Oct 27, 2010

burfered earning semakin rancak, kerana usaha itu tangga kejayaan!

 empat BE untuk blogshop, soffya eshope

kadang-kadang tengok trafik tak lah masyuk mana. setakat 200-300 uv sehari apalah sangat. kadang-kadang juga tak ada update dua tiga hari, tapi alhamdulillah, blog masih dikunjungi. bila chek nuffnang, dan tengok analitik, terasa jugak lega hati ni, sebab tanpa entry kalian masih lagi bertandang ke blog merepek sakan ni. terima kasih okay!

hari tu BE yang selalu berderet macam tiang api tinggal hanya dua hingga empat BE sahaja yang sedang berjalan rancak untuk blog soffya cik bulan, dan lepas tu hilang pulak tinggal dua... yang bestnya bila yang dua tu hilang, timbul pulak BE untuk blogshop aku, soffya eshope. haiih, trafik tak rancak mana, setakat 20-50 sehari, dan kadang-kadang sampai 80 saja sehari, melekat juga BE. ohh itulah yang dinamakan rezeki, ye tak?

beberapa hari lepas, chek ada dua, tapi semalam chek lagi, tengok ada empat pula untuk soffya eshope. ohh bahagia! bila blog yang digunakan untuk urusan jual beli juga boleh jana pendapatan kecil selainnya. meskipun kecil gila jumlah yang masuk, tapi ia satu petanda yang bagus. dulu pun aku bermula dari kecil-kecil juga, tapi lama-lama, ia akan menjadi besar, ye tak?

yang penting, USAHA. tanpa benda tu kita takkan kemana-mana. sama juga bila aku mengusahakan business tudung. akulah yang jadi model dan akulah yang tangkap sendiri gambar. tapi bila adik dan tunangnya, nik ada di rumah, aku minta tolong adik jadi model sekali dan nik yang capture, itu pun masing-masing dah lenguh bagai. nik pun pelik, macam mana sebelum ini aku melakukan sendiri.


 dengan adik. gelak sakan shoot ni

kata aku... usaha kan tangga kejayaan =) dan dia tersenyum, mengiyakan. itulah juga yang selalu aku katakan dalam hati. sudah senang perjalanan perniagaan ini, insyaAllah, aku akan meneruskannya sehinggalah ke kemuncak...

dalam hidup ni pun macam-macam orang aku jumpa, yang paling banyak ialah orang yang nak kaya cepat. bila dia sertai satu-satu perniagaan, angan-angannya nak berada di puncak, tanpa melalui susah-senang dari bawah. ohh itu tak mudah kawan!

hidup ni kan satu perjalanan... apa yang kita usahakan itu juga perjalanan. jalan yang sukar itu selalunya akan membuahkan hasil yang baik di penghujungnya. kegagalan? kesilapan? itu akan selalu ada. macm aku jugak. macam-macma aku dah baut. kegagalan apsti ada di mana-mana, dan kesilapan juga. tapi, bermakna ke kejayaan tanpa itu semua.

sama juga, bila masa SPM aku hanya mendapat 1a sahaja kerana sikap main-main, tapi masa STPM aku berjaya mendapat 3a, 1b+ dengan menjadi top student dari lower six hinggalah STPM tanpa tempat itu dimiliki sekali pun oleh pencabar-pencabar aku. ohh, itu kerana usaha dan tawakkal, dan semuanya diizinkan Allah.

mungkin aku orang yang selalu tak kenal erti putus asa dan diharap kamu juga begitu. ingatlah usaha tangga kejayaan dan manusia hidup dan berakal seperti kita, ingatlah berputus asa itu adalah sifat yang amat memalukan... =,=


pesan tahibulan:
usaha... bukan macam hangat-hangat tahi ayam. nak buat itu ini, tapi duduk berdiam diri. bukan begitu ye....

6 comments:

ismimaizura said...

tahniah..klik buffered u..jmput singgah my blog =D

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

usaha sepenuh hati...

penaberkala said...

PERGH, bnyka woo buffered earning
baru dpat satu pun dh happy,hak3

"usaha... bukan macam hangat-hangat tahi ayam"
nice one, tp susah gak nk sentiasa hangatkan tahi ayam itu, slalu sejuk br hangatkan blk, adeii

PutraRocker said...

mantop tok guru kami ni..hohoh

ardinihumaira said...

betul tu...
tak boleh putus asa.. dni juga tak pernah putus asa. lemah sekali sekala tetap ada. tapi dalam kelemahan tetap mencari kekuatan... :') gudlak dear!

Sheherazade said...

wow :')

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SILAP MATA :)