Oct 28, 2010

banyak list. bercuti di cherating mahu?

 cherating...macam lebih lawa dari biasa pulak pic ni

memang tak tahu nak tulis apa sekarang. apatah lagi malam-malam macam ni, sunyi tak ada teman sebab semua dah lena diulit intan (ciskek encik M, awal-awal tarik selimut. sawi betul lah!). yang adanya, mukabuku yang tak bulih bersuara. haihh, cuba cakap sikit, encik fb, pengsan tak pengsan aku karang =P

hari-hari, pergi pejabat pos. apa lagi, pergi pos barang lah, takkan pergi baiki motor, kan? lepas tu pos ekspress. sini asing-asing. pos laju dan pos ekpress adik beradik je, bukan kembar :P jadi, dua kali kerjalah. tapi sebab tempahan akhir-akhir ni masuk sikit, tak ada hal lah nak rushing sana-sini hari-hari memandangkan seminggu lepas tak buat langsung penghantaran sebab sibuk di kenduri kahwin si princess comel ni.

esok, to do list juga masih panjang. ke pejabat pos juga masih ada dalam senarai. jadi, sesiapa yang rasa nak barang dia di pos esok, silalah buat pembayaran segera. ada bayar, ada barang. ye tak? ke macam mana? =) lain-lain list, adalah nak update blogshop yang terbengkalai, nak ubah macam-macam dan nak tulis macam-macam. moga-moga terijabkabullah..:)

then, ada tetamu nak datang rumah... insyaAllah petang. ohh lupa, tadi pergi cherating, pergi intai chalet untuk percutian encik M dan keluarga kat situ. maaf le yop, apa tu, duyung ke buyung, ohh itu sudah full booking ma... lain-lain ada yang aku pergi intai tadi tak terima booking. so, pagi tu datang lah cepat-cepat, chop ye dak?

hari tu cakap pantai tumur tak best lah apalah... sekali datang, nak datang berkali-kali. boleh blah lah lu bro... sila makan itu lu punya lidah balik. eh silap, jilat =P kat sini banyak pantai okeh. kalau nak bilang satu-satu dari depan sampai rumah aku ni, sampai depan lagi... mahu tak cukup jari tangan kaki dan pinjam jari kau sekali, tau tak encik M?

kata adik aku.. eh kak, baik mu suruh dia duduk hotel je kat bandar, tempat tu kan macam bali, karang tsunami. amboii... tak sayang mulut ye mu dik... hakhak. itu lah pasal... :P tapi seronoknya kalau bulih ikut kawan tu pergi bulan madu kat langkawi...hohoho :P


pesanan penaja:

terima kasih untuk semua yang sudi mengomen di blog ini. meskipun cik bulan jarang membalas komen, tapi komen tu pemberi semangat, dan memang dibaca dengan penuh teliti setiap komen korang semua.

tapi masa memang tak sempat. blog pun kadang-kadang tak update.
cuma pesanku, janganlah aku tulis pasal bola, kamu pergi komen pasal kucing, nampak sangat kamu tak baca repekan aku kan....hohohohoh :P

btw, i love u very strong lah my readers!


cakap tahibulan:
hari tu encik M gelak sakan, bila prgi beli ari kelapa, orang tu tanya, air nyiur se? hakhak, ye, se se. (se tu satu wehhh)


pesan tahibintang:
aku cakap, tulis memang macam samseng jalanan. tapi jangan takut, aku tak bunuh orang =P

6 comments:

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

nak bercuti mane yew hujung tahun nieh...
adoiii...
hehehe...

SoFie NuR said...

dah lama tak gi pantai!!

Sheherazade said...

tahniah diats perniagaan kamu

huu,perlukan sgt cuti3

soffya cik bulan said...

ceroi,
cherating2 :)

soffya cik bulan said...

sofie,
nti blik mesia, gi pntai ek

soffya cik bulan said...

peri pia,
thnks cayam :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SILAP MATA :)