Oct 26, 2010

AMARAN! sila baca terutamanya WANITA dan pencinta WANITA!

 wanita... sila hati-hati

memandangkan aku ni wanita dan pencinta wanita jugak (sayangi kaun hawalah maksudnya kan...), dan memang bercita-cita jugak nak jadi ketua wanita kat tempat aku ni (hakhak.gurau derrr), maka aku dengan berbesar hati berkongsi info yang diterima menerusi emel ini. terima kasih kepada pemberi maklumat. kawan-kawan, sila copy ye...:)

Amaran kepada Kaum Hawa

Amaran pada Kaum wanita dan kepada sumer kaum perempuan yang memandu, kes ni betul-betul menakutkan. Kisah ini  betul-betul terjadi kat Penang. Ingat lagi tak dengan kes Ms Canny Ong yang dirogol dan dibunuh??

Kisah nya... ada seorang perempuan ni berhenti kat stesen gas "pay-at-the-pump" untuk isi minyak. sebaik saja dia siap isi minyak tu dan nak beredar, seorang pekerja kat situ buat pengumuman yang kad kredit perempuan ni ada problem sikit. pekerja tu suruh perempuan ni masuk ke dalam untuk bayar... tapi perempuan ni confused la sebab transaksi menunjukkan yang pembayaran kad kredit dia diluluskan dan tak ada masalah apa-apa pun..

so perempuan tu bagitau la pekerja tu dan dia pun bersedia nak beredar ke kereta dia balik.. tapi pekerja tu tetap bertegas dan suruh dia masuk dalam. perempuan tu pun decided untuk masuk ke dalam... sebaik saja dia masuk kat dalam... dia mula marah kat pekerja tu.

lalu pekerja tu suruh dia bertenang dan bagitau hal sebenarnya... nak tau apa?

sebenarnya masa perempuan tu tengah isi minyak, pekerja itu nampak ada laki menyelinap kat belakang keretanya dan pekerja itu dah pun telepon polis. perempuan itu pun apa lagi, takut lah. dia pun try intai dan dia ternampak pintu kereta dia terbuka dan lelaki tu keluar dari kereta dia.

Sekarang ni... ada laporan yang mengatakan ada geng yang ambil body part orang perempuan... salah satu cara mereka adalah dengan menyelinap masuk kereta orang perempuan masa perempuan itu tengah pump gas atau beli barang kat kedai tengah malam-malam!! kemudian, mereka akan potong kaki perempuan itu untuk memudahkan penculikan dan bunuh perempuan tu.

satu cara lagi pulak, dia orang akan masuk kedalam kereta yang tak ada orang dan tak berkunci kemudian culik perempuan tu dan bunuh dia orang. semalam pun ada Crime Investigation di Astro menceritakan kes yang sama di Hong Kong, tapi perlakunya adalah pemandu teksi yang mengambil penumpang perempuan selepas lepas tengan malam. Memang ngeri.

Pesanan: sila panjangkan email ini kepada sesiapa yang anda kenali. Bagi kaum perempuan elakkan keluar berseorangan pada waktu malam.


pesan tahibulan:
huhh, terbeliak biji mata baca nihh. hati-hati duhai wanita sekalian!


cakap tahibintang:
emel telah disalin dan diubahsuaikan dari segi ejaan dan kesilapan tatabahasa melampau :)

5 comments:

Unknown said...

dia ambik anggota badan pompaun??
untuk ape tu??
menakutkan la..
sekarang dalam rumah pun tak selamat..
apatah lagi kat luar..

ardinihumaira said...

tulah...
dni dapat email ni petang tadi dari sis aja... terkejut juga. huu takut drive malam2

semoga kita semua selamat, amin

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

giler bahaya skang nieh...

Sheherazade said...

ya Allah....terjegil biji mata ku bace
semoga kita dalam lindungan Allah

kenapa manusia jadi begini? ;(

tinta emas said...

salam ziarah ye..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SILAP MATA :)