sesi maraton lagi..dengan budak itu
(baca dulu part I dan II... baru lebih afdal. hakhak)
masa ni kan keesokan harinya dari cerita part II... adik aku kerja jadi aku temankanlah si tunang dia, nik untuk membeli-belah dari aku duduk rumah membina badan. siap adik aku cakap...
"kak gi je teman nik nak beli barang... takpe kalau kak tak larat, kak minum je air, nik takpe, kuat iman..."
hakhak. badigol punya adik. siap dia pesan macam tu lagi... konon-konon aku ni peserta maraton paling lemah lah kan. eh, kalau masa-masa menstruasi macam ni, tuhan saja yang tahu lemah dan lemaunya badan. pinggang ni rasa nak tercabut saja... tambah-tambah kalau banyak berjalan macam ni. penat lagi... aduhai...
tak apalah... orang tak puasa, berbaiktilah kepada mereka yang berpuasa. sesungguhnya begitu, aku diberi keutamaan juga..
"angah, angah beli air gi. nak makan big apple ke? gi beli ah" sambil bawa aku ke arah big apple. haiih, malu den. tapi tak apalah, sebab kata dia lagi, beli sekotak terus untuk adik sekali. malu, malu, masuk bawah meja. hakhak. tapi tak adanya aku nak makan depan dia kan? ish, tak tomaninah langsung, kan... ;P
fuhh... macam-macam dia beli sebab semalam duit gaji dia tak masuk lagi. hari ni dia shopping untuk satu keluarga. untuk adik perempuan, adik ipar, ayah, emak, anak saudara... dan kakak ipar dia ni sekali.. hakhak, dapat juag beg sebiji. apa lagi, senyum sampai telinga. eh, tak adalah.. bukan minta, tapi dia bagi. sambil buat muka tak bersalah masa adik aku tanya... ;P
dari JUSCO, ke GM kelang. amboi... rambang mata aku pergi GM ni. gila kau... memang kaw-kaw punya harga, tapi lebih bagus untuk belian borong lah. tapi kami nak beli borong apanya... takkan nak beli t-shirt sekodi untuk satu keluarga. team bola pun tak macam tu, tahu. pengsan sekampung karang tengok team boria, t-shirt sama, kan?
cuma, sempat lah beli beg kat sini... lepas tu cuci mata. kata nik, tempat ni besar jadi dia bawa aku pergi semua. nasiblah dia ada, kalau tak mahu tak ingat mana pintu keluar aku ni... hakhak. maklumlah, daya pengecaman aku agak rendah. bukan macam raksasa dalam siti ultramen kan, ada alat pengesan tu kan, kan... =,=
tapi nik asyik nak muntah saja... bukan datang bulan, tapi sebab ramai sangat auw, auw menjual kat sini. kalau biasa-biasa saja tak apa, tapi ya rabbi... siap dia cakap dengan mata-mata dan naikkan #### dada dia kan, kasi menggoda. terpana aku. hakhak, bulan-bulan puasa ni kan... nik memang langsung tak boleh blah. pelik kan? ni bukan statement menghina ke apa... tapi, fikir-fikirnkanlah.. kalau awak dah lembut semulajadi, lembutlah tapi janganlah mengubah semua tu sampai begitu sekali ye dak?
masa ni tercari-cari kedai cutekoreanstyle punya kedai sebab hari tu ada beli jaket dengan dia. naklah pergi tengok kedai dia kan... tapi tak jumpa. lepas dah berpenat lelah sampai petang, kami pun balik. lepas adik balik kerja, kami langsung ke rumah maksu di Kampung Rantau Panjang, kelang.
******
lelong bunga pun ada? mak aihhh
aku... rasa lagi terharu sampai nak menangis pun ada. bila... kat jalan ni betul-betul suasana nak raya tu terasa. lagu, gerai, penjual, barang jualan... adui, betul-betul mengingatkan tentang, eh bila nak raya? bila nak raya? barang-barang pun banyak murah-murah, sebab dah last kan. orang semua nak perhabiskan stok, sebab untuk dah banyak kan dapat... ye tak? T_T
masa ni terjumpalah gerai si zapa... cutekoreastyle. masuk, dan cuci mata. cakap-cakap sekejap dengan si zapa. aku ingatkan orang tua, rupa-rupanya muda lagi.kekekee. suka-suak hati saja kan. ada dress, jaket, top dan lain-lain. tak beli pun... sebab dah beli dah untuk diri sendiri sehelai dress hari tu, jadi tak perlu lagi nak menambah koleksi.
lepas tu, berjalan-jalan lagi... ish, kalau ada duti banyak ni, aku beli je tak banyak soal. main bayar-bayar saja kan... kekeke. tapi, realitinya... wa dah sengkek. ngerti kamu? kuikuikui...;P
apa kejadahnya tunjuk beg tu? eh, bukan aku punya ya... tak mampu, sob sob sob
tengok, berapa banyak dia punya gaya samseng?kuikuikui
*****
lepas tu adik bawa bersiar-siar kat tanjung harapan. he betul ke tidak nama ni ye? hentam sajalah... (hentam sajlah untuk kau satu, hentam sajalah untuk aku satu, bak kata penyamun si badan dan nyawa dalam nujum pak belalang. hakhak)
aku... biasalah. mesti nak pose juga walau sekeping dua. orang tengok je kan. gelak adik aku. tapi ada aku peduli? =,*
gambar paling aku suka...macam potrait, ye tak?
ohh ada gaya gdis kesepian tak?;P
nik melayan karenah kakak yang hilang waras bila jumpa tempat lawa
ambildiri
-ambil dengan tangan sendiri.
(kan berdikari berdiri atas kaki sendiri.hakhak)
kemudian, balik, tidur...zzzzZZZZZ....T_T. esok nak balik kampung... hoi, hoi hoi balik kampung... padahal ikut sendiri dah lama patut sampai rumah, tapi kasihankan adik nak berteman, lambat cuti dengan aku sekali lambat balik kampung...huhhh.
boraktahibintang:
banyaklah cik bulan ni merayap... lepas satu satu...
2 comments:
cemburu,nge~
ngapaan sihh...
Post a Comment