Sep 26, 2010

hang out, beli dan belah di Jusco (AEON) | shopping raya 1431H part II

antara peserta amraton. hakhak. cuba tengok muka nik, macam gigi tak ada saja kan..?kekeke
okeh okeh, dah beli dan belah di jalan TAR yang tak berbumbung, berbuka puasa pun sambil bermaraton kan... jadi, hari ni pergi beli dan belah di tempat berbumbung pakej dengan aircond lagi. putih lah dia lepas ni....=P hakhak. kali ni peserta maraton di dalam bangunan beraircond ialah aku (ada haku kesah?kata kau kan...?), adik jie, tunangannya nik dan kawannya si bad.



aku pun tak pernah-pernah kenal si bad ni, tapi hari ni pertama kali jumpa, terus masuk kepala. dia sengal-sengal ubi... aku layan sajalah. dia panggil aku apa tahu, dia panggil macam ni...

'eh sapiah! belanja aku sapiah!'


kamu tahu kenapa dia panggil aku macam tu punya nama penuh? siapa yang panggil macam tu asalnya? hehh, tentulah tak lain tak bukan si adik gedik aku, adik jie. yang lebih popular dengan nama marjijah... kalau dia datang sewel dia, dia akan menjerit pada aku.. sapiahhhhhhhhhh!!!!!!' .ha...mahu tak luruh jantung aku kan kalau dia ada di rumah. tapi kalau datang megada light-light macam wanie tu, dia panggil akak... dan kalau datang gedik dia, dia panggilah didi mor...


sapiah, si budak sihat, kuat berlari dan berjalan... lumba jom, ada berani?



didi mor?apa didi mor tu? itu adalah gabungan bahasa filifina untuk mor, dan didi tu bahasa india. sekarang, kamu cakap, apa sewel tak sewelnya adik aku ni? berapa panjang dia punya akal? berapa tinggi dia punya kreatif. alah, dulu kan... cerita filifina famous gila kan... lepas tu aku kan gelap macam pelakon hindi (bukan tamil okeh?hakhak), jadi dia pun sedap-sedap rasa panggil aku macam tu. ciss,ciss, dan memang cisskek punya adik.

marjijah dan didi mor dia...;P

******

dah, mengarut panjang pula. tiba-tiba kan termukadimah panjang. lama sangat tak update hari-hari. gian nak merepek tu dah datang lah. baik, baik, sekarang kita terus ke cerita hang out kami yang konon-konon bernawaitu gila nak membeli-belah barang raya. tekad, semangat tu tinggi. setinggi bukit tinggi letaknya bangunan AEON tu...


mula-mula ke AEON. lepas berbolok-bolok kat maybank konon-konon nak mengeluarkan wang di Amanah saham macam dah melabur berbiliion-biilon kan, maka teruslah mengushar. aku dan adik cuma nak beli barang untuk mak dan abang saja dah. tapi,... eh kejap-kejap..,,


selingan:
he, jangan marah. pegang kucing tadi kejap cium-cium sikit. aku tengok kan kucing aku ni macam lupa saja sejak aku bagi dia makan banyak-banyak. macam alzheimer saja. kekeke. eh manja, ni aku lah... tuan kau. sapiah, sapiah!! ingat tak???? hakhak... bercakap dengan kucing itu hobi. memang suka tanya kucing macam ni...


  • eh manja, kenapa curi ikan? lain kali nak cakaplah...
  • manja pergi mana sayang...??? manja takut kucing tu ye..

comel kan manja aku ni...

 
tapi aku dan manja, mana lagi comel?wakawaka


kekeke, nasib dia tak jawab, kalau tak time-time tu juga pengsan si sapiah niha. baru padan muka kau lah, tiba-tiba kucing boleh bercakap kan... ha,tanya lagi. okeh tamat selingan.###


sambung balik. ha... berjalan punya dah banyak kan... tapi barang belum beli lagi. langsung ke jalan taiping. mak haihhh... banyaknya kedai kat sini ye. aku rasa penat macam nak berbuka (padahal memang tak puasa. kekeke) tapi letih lebih dari orang yang berpuasa. heh betul lah... bila kita tak puasa lagi letih tahu dari orang berpuasa kalau tak makan, tak minum. aku fikir, sebab orang berpuasa ni diberi kekuatan seiring nawaitu dia... ye tak kawan-kawan?


masa ni bad punyalah lama beli bapak jin jeans kat butik levis tu. (eh perlu ke mention levis? he... perlu, sebab bukan aku yang beli okeh?). lepas dah siap ukur-ukur sambung jalan lagi. adik aku punyalah semangat raya. dibelinya bakal mak mertua dia, mak aku dan dia sekali baju sembahyang. tapi tunang dia yang bayarlah...;P. lepas tu berjalan lagi. jalan lagi...


dan pulang semula ke pangkal jalan. balik ke AEON semula. gigih tak, gigih tak? gigih kan kami... masa tu baru aku shopping baju melayu untuk abang dan handbeg untuk emak. mula-mula dah tengok baju melayu kat jalan taiping tapi rasa berkenan kat situ juga. nik perli, nak beli tempat aircond juga... hakhak. tak kena mengena langsung okeh? kan semalam dah cakap jadilah pengguna yang bijak... harga biar seiring kualiti... ye tak? pilih punya pilih, kami decided untuk beli sepasang baju melayu crocodile untuk abang. warna merah.


sempat lagi try beg tu... lawa kan?

ini suggestion juga... mula-mula aku samalah macam kamu semua kan, nak save budget. ingat nak cari dalam 6, 7 puluh ringgit saja kan. tapi...bila tengok kualiti kain dan jenama dia tu... rasa tak apalah mahal sikit pun. agak mahallah untuk kami yang tak berapa berduit ni... jadi, kami pilih saiz XL untuk abang. bila balik, tengok dia cuba, suite gila. tak perlu baiki, kerat ke apa dah ha... puas hati sangat-sangat. ha, dah selesai satu tanggungjawab.

handsome je mamat ni pakai baju melayu tu... i like!
ops maaf, dia sangat pemalu orangnya.;P


lepas tu pergi pilih handbag emak pula. tak selalu aku belikan emak handbag jadi aku nak cari yang baik-baik sikit. biasa beli kain pasang, tudung, baju, jubah dan aksesori, tapi kali ni pertama kali beli beg. puas kami nak decided nak beli yang beli macam mana, last-last ambil jugalah si POLO coklat hijau... ada sale, murahlah sikit kan... =)


lepas siap semua, terus beredar cari tempat lepak. aduhh, penat... penat sangat. dengan aku pakai wedgesnya sebab kasut-kasut flat semua tertinggal kat rumah, jadi... penat rasa sampai ke tulang sumsum. macam kerja pula hari ni rasanya. lepas dah gaduh-gaduh setengah hari tadi dengan bad yang nak berbuka kat pizza hut, aku akhirnya dapat juga melunaskan impian adik nak makan mcd. kekeke... hebat tak aku bergaduh?mesti bad menyesal kenal aku hari ni. hakhak. (dah lah tak puasa kan....)


kesemua peserta maraton bersedia untuk melantak...

cuba kau tengok menu tu.. banyak tak banyak, kan? yang kelakarnya kan...

bad:eh, aku nak burger yang CBC tu je... lepas tu bagi aku air, dengan kentang dia hor..
adik: dah yelah... se set dia. dapat sekali lah air dengan kentang tu bad...

(gelak. bad sengih...)

bad:eh...ingat tu..aku nak burger tu je... lepas tu air dengan kentang tu je..
aku:hor lah... memang tu lah se set.. dapat yang tu lah...

(gelak lagi dan lagi...)

bila aku dan adik nak pergi order, nak tahu apa lagi? eh dia cakap lagi... aiyyaaa, ini orang. brader, lu kasi wa panassss je kan...?hakhak..;P. lepas tu baliklah kan apa lagi... balik dengan pernyata kira-kira dalam kepala... hujung bulan nanti makan meggi hari-hari lah nampak gayanya.. hakhak.



tanya tahibulan:
nak tulis tips merawat susah hati... ada idea? mungkin boleh ditambah-tambahkan...;)


2 comments:

.::WaNiE::. said...

hi soffya

sesungguhnye

err

tak tau

nak komen ape

huhuhuhu

soffya cik bulan said...

hoi3..kikiki

dear..tkpe tkyh ckp apa2...janji datang baca...;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SILAP MATA :)