Aug 16, 2010

balik kampung itu best dan menterujakan!

ohh kan aku dah bilang, away untuk dua hari. kemana? balik kampung...tapi lebih ke kampung kakakku, kak elly. begini, malam tu kami rancangnya ingin bertolak selepas trawikh, tapi tiba-tiba kucing abang azrul, si YUNG tak sihat.


 ...si YUNG yang pandai mencium orang T_T...

jadi, abang azrul macam hati separuh-separuh lah jadinya. nak kata demam, hidung nya tak ekring sangat tapi macam tersedak-sedak macam tu. aku fikir keracunan dan abang azrul fikir, cacing. jadi, dibelinya ubat cacing. apapun kami lebih prefer nak bagi dia Life enzyme.ohh ia bukan saja baik untuk manusia yang demam, untuk kucing pun bagus.


selepas itu perkiraan dibuat...sama ada bibik yang tak balik, atau yung dibawa naik kereta ke kuantan sekali (tapi takut ia lemah kerana perjalanan jauh) atau abang azrul yang tak balik...wakaka. eh tidak, bibik yang tinggal untuk menjaga yung. ohh itulah hati manusia itu yang sangat mencintai kucing. aku dah cukup cinta pada kucing tapi tidak sama dengan kecintaan dia...


sudahnya bertolak selepas sahur dan kami prefer untuk sembahyang subuh di genting skyway sebab itu laluan nak balik kuantan. ambil kau, aku dengan berseluar treknya, dengan muka ketat dan kelat, mata ala-ala tak nak buka kan, sejuk-sejuk beku, berjalan-jalan anak mencari surau dan bersembahyang kat situ. grrr, nasib tak ada pelancong asing, karang dia pula yang ingat aku yang warga asing.hakhak.


kami sampai ke kuantan hampir jam 10:00 am pebih kurang. melepak-lepak dan sambung tidur. tengahari kami bertolak ke kemaman, dan aku pulang ke rumah mak. fuhhh, rindu tak payah nak cakap. rindu mak, rindu abang, rindu manja. ha, manja...aku peluk dan godek-godek dia sampai lebam. hakhak.


 ni pula si MANJA...yang kepala besar


part paling best bila balik kampung yang tak ada kat tanjung malim nun ialah... bazar ramadhan yanag beraneka makanan, kuih, warna, kesedapan, kemelelehan air liur semua ada. terharu aku..sob sob sob nak cakap kau... mata aku ni dah jadi warna-warni. nasib aku tak lupa diri, dan selalu ingat, yang membazir itu amalan syaitan.grrrr....maka, aku tak adalah mewarna sangat masa pergi bazar tu hanya pilih warna-warna kuih tertentu sahaja.


dan bila azan berkumandang, akulah yang paling bahagia rasanya..kerana, inilah puasa pertama aku berbuka dengan emak tahun ini...fuuhh, sentimental value ni bukan biasa-biasa. macam biasa, aku ni bab makan tak adalaha pelahap mana sebab aku takut tak larat nak sembahyang dan fikir karang nak makan lagi. maka makan secara tertib dan karang makan lagi..ye dak?


malam...sempat juga aku mengemas rumah yang ala-ala tongkang tak berapa nak pecah bila aku tak ada kan...yelah, adanya anak jantan mak, manalah dia nak buat dan mak pula kerja aku faham dia tak larat nak jaga nak cuit situ sini kalau aku tak ada..jadi, aku kerja overtime lah hari ini. tukar yang patut tukar, lap yang patut di lap, mop mana yang patut dimop dan segala-galanya luar dan dalam. akhirnya, lawa juga rumah aku ni...:]ops, rumah aku kceil je weh, rumah flat...:)


ohh itu dulu untuk cerita kali ni..macam penat je nak tulis banyak-banyak...eh hari ni aku ada kelas amali 3 jam lah, kat litar. adoi, larat ke tak ni..karang ada yang berbuka..eh tak, mana ada, larat..hu. okay, apapun, selamat berbuka lah nanti yop...:)




Notabintang:
rasa macam gatal-gatal sebab banyak sangat makan ketam. apakah ini petanda...??tak nak weh dulu dah kena naik bengkak merah satu badan gatal-gatal sebab doktor cakap tak boleh makan budu...dua kali kena injection. ooh tidak,tak mahu lagi macam itu...

7 comments:

cik helena said...

kenapa kucin tu dua-dua macam malu2 ja.hahaha dia tau nak masuk blog la tu :P

Anonymous said...

salam..

kucing tu mcm malu2 la pulak..best pic tu...

Sheherazade said...

pengsan,terlalu comel
geramnya

Firdaus Jamaludin said...

nihmesti bazar tanjung malim yg dekat ngan stesen bas tuh kan?..wah~!!..best tuh~!!

.::WaNiE::. said...

alah comelnyeee

Mat Sentap said...

mmg best balik kg!!! tp sy blik kg kne cirit birit!!huhu..x suke...

Mat Sentap said...

best balik kg!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SILAP MATA :)