Jul 12, 2010

apa ceritanya kisah TOM tu? mari aku cerita ye!


baca je dan jangan tanya kemudian. diam.



okay, tadi baca komen wanie, tanya actually apa ceritanya.... mungkin sebab banyak aku cerita pasal TOM tapi lebih pasal keyword dan trafik. jadi, apa kata tengok entry pertama dulu pasal TOm ni di SINI dan SINI iaitu kisah artis pukul isteri kekasih?




kalau baca statement tu memanglah kita duk tertanya-tanya siapa artis realiti tv tu? bikin panas je kan... tup tup, ralit-ralit aku layan blog, keluar kat melodi semalam kisah ni...dan artis yang dimaksudkan itu ialah tom mystarz LG. terkejut tak payah cakap lah... haihh, budak ni ke?




tapi masa Nas terjah tu apakah benar khabar diterima, dia selamba je dan menjawab dengan tenang. antara kata-katanya yang aku ingat ialah, dia cakap lelaki yang dimaksudkan ialah bekas kekasihnya dan dia baik dengan isteri si lelaki. malahan masa sakit nak beranak, dia juga bawa pergi hospital. ada masalah apa ke, perempuan tu bercerita dengan dia. so close. itu cakapnya.




Tom juga ada menyebut yang keluarga perempuan tu tak suka perempuan tu kahwin dengan si lakinya tu, tu yang buat macam-macam cara dan kenyataan itu juga merujuk bahawa gosip yang terjadi juga salah satu agendanya.



Nas minta tunjuk bukti dan bawa pergi ke rumah kalau betul baik... dan si Tom pun bawa pergi rumah lelaki dan perempuan yang dimaksudkan. masuk rumah baik-baik je. lepas tu si lelaki bagi statement yang seperti dinyatakan Tom tadi, iaitu tentang keluarga si isterinya itu...




lepas tu perempuan tu, isterinya tu... buat statement yang sama juga dan siap cakap, yang dia bahagia dengan kehidupan berumahtangganya dan cakap, janganlah buat macam-macam lagi....




entahlah..itu berdasarkan apa yang aku faham. maaf kalau aku ada silap taip ke apa kan... tengok tu lega juga hati aku kan, tapi tadi peri pia cakap dalam harian metro keluar lagi pasal ni, tapi berbeza pula. entah.



selebihnya bacalah sendiri ye dalam harian metro sebab aku pun tak baca lagi...jadi, aku harap kau orang faham apa yang terjadi sebenarnya dan fikirkanlah mana satu betul tidak...



Notabulan:
maaf weh kalau ulasan aku salah....

3 comments:

Sheherazade said...

memang keliru kan?ku buat entry sekadar utk berkongsi bkn untuk mengaibkan sesiapa

FiesyaaChacha said...

uhukk.. mcm2 cite daaa..

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

macam2...
;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SILAP MATA :)