Jun 18, 2010

website making | tiba-tiba otak aku berjambul. susah juga belajar buat website ni ye?


gambar segar dari ladang.panas lagi... tengah belajar ni, aku curi tulang kejap



Kalau ada air-air tawar nak bagi, bagilah aku ni kome sekalian. Susah bebenar nak belajar perihal website ni. Hari ni adalah kali ke-5 aku belajar buat website ni, sebab tu tak dapat blogwalking dan update blog sedangkan aku ada nak berkongsi tips pasal nuff.fb pun tak update langsung juga.



2x yang lepas belajar ramai-ramai dan 1x tu belajar secara overall. 2x ni (iaitu semalam dan hari ni) barulah belajar secara serius untuk menjadi tenaga pengajar sambilan. Nasib nas.my menyediakan sistem pembangunan website yang mudah iaitu, konsep DIY (do it yourself).




Baik, sesiapa yang menginginkan website sendiri boleh bagitahu aku... sesiapa yang nak ada website dan nak belajar sendiri sampai pandai pun boleh juga, semua disediakan oleh nas.my ni... aku tak nak cerita banyak sangat pasal ni sebenarnya sebab semua belum siap sepenuhnya lagi. (nanti rumah tak siap-siap lagi tapi pahat dah berbunyi-bunyi) Nanti bila myelly dan anak syarikatnya nak dilancarkan dengan kerjasama nas.my dan rabbani di stadium melawati, aku akan hebah-hebahkan, okay? apapun, doakan yang terbaik untuk kami, ye?




Emm, setelah berkenal-kenalan dengan sistem DIY ni (bagi aku sangat mudah. kau tak payah belajar coding bagai tu. yang tu lagi berjambul lah otak kau) antara latihan pertama yang aku kena buat ialah mencipta template untuk website. Fuuh, yang ni betul-betul nguji kesabaran dan mata aku...yelah, adobe photoshop pun aku bukan terror lagi, so so je kan. Yang nak kerat, nak ejas, nak tampal..semua ada. Tenung punya tenung, sakit mata-mata nak kerat-kerat ni kau tahulah kan...




Alhamdulillah, satu yang aku tahu pasal diri aku ialah aku tak mudah putus asa dan lagi suka bila belajar tu kalau aku banyak salah...sebab bila banyak salah, baru aku banyak belajar, kan? Sebab tu bila salah, aku akan gelak dan cakap 'okay cikgu, saya buat balik!' dan akan buat lagi sampai betul (cikgu aku tu pun penyabar orangnya... baik hati. tapi oppss...dah berpunya okay, tunang orang :P). ini juga sebagai persediaan nanti orang yang aku ajar pun mungkin buat kesilapan yang sama kan.. .dan insyaAllah, aku tahu penyelesaiannya, tak lah teraba-raba.




ni aku nak tunjuk header pertama aku buat sendiri (dengan berilmu tak macam header blog aku sebelum ni)... sila cakap, cantik ke tak? kalau tak cantik pun aku cakap cantiklah...kalau tak, aku jadi macam wanie, sentap semacam, kan? tapi kalau kau nak kutuk pun, tolong membina sikitlah...bagi motivasi bukan motibasi, okay? kalau nak kipas pun, kipas pelahan-lahan sebab nanti aku naik toncang...hoho. tapi ni tak siap lagi ni... aku nak try pakai untuk blogshop aku lah, boleh?



lawa tak aku tempek aku kat situ?ngeh3x


p/s:
update
[ni aku tempek sekali template aku buat tadi]


kalau rajin, singgah ke blogshop cik bulan yang baru bina... ada kata-kata aluan dari admin :)
.soffya|eshope.

itu percubaan pertama okay? aku kerat tepi tu pun tak sama...kalau aku perasan lah... dah, aku nak belajar lagi.cikgu aku dah jeling-jeling 14 kali dah... nanti makan penampar laju-laju tak ingat, baru tak payah makan nasi dah...huhuhu



babai~ (pertama kali aku babai ni....hu)




cik bulan:

aku suka bidang ni.... walaupun ia leceh, tapi aku suka. kena dengan jiwa aku... :)

walaupun aku nakal, cikgu aku tetap sabar dengan aku...sekepala dengan aku... thanks untuk nas.my sebab menghantar cikgu ni kat rumah k.elly untuk memandaikan aku...ngee~

lupa nak cakap... nas.my ini adalah syarikat yang membangunkan website untuk rabbani... cuma layari www.rabbani.com.my untuk tengok hasil kerja mereka. sesiapa yang berminat nak belajar buat website ni, cakap saja...okay?

8 comments:

ardinihumaira said...

err..pia masuk kelas website kat mana?

sugar2 kapas strawberry said...

at least ad pengalaman blajar buat website..

nti ajr sy ye sis ;)

Peri PiA said...

sayanggggg,tahniah!!xoxo

tunjuk ajar ku sifu nge~

soffya cik bulan said...

dini,

dgn nas.my..
nas.my ini adalah syarikat yang membangunkan website untuk rabbani... cuma layari www.rabbani.com.my untuk tengok hasil kerja mereka.

soffya cik bulan said...

sugar2,
he...ye..betul..insy, nnt akak jadi tenaga pengajar utk myelly...

Peri PiA said...

oh ya,jambul itik ka?aym? :P

Uruchimaru @ kf said...

hehehe best2 ade kwn bloger yg reti bab2 website..
nnti ape2 kita tnyer cik bulan ea!

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

aku juga buat web...
leh kate ok jew la...
susah sgt x...
senang sgt pon x...
;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SILAP MATA :)