Jun 18, 2010

kucing comel | 7 fakta tentang si manja aku ni



 ..telatah manja tika tidur.comel, kan?..


1.semakin berat.
    aku tahu badannya semakin besar.makan makin kuat.nak makan yang sedap-sedap saja pula tu. abang jadi pembeli dan pemberi makanan yang setia.



    2.makin pemalas.

    kalau lipas, tikus lalu kat tepi dia, dia tengok, buat derk saja.kalau tikus tu menari-nari gaya jerry nak pekenakan si tom pun, dia angkatt muka dan cakap, hehh, ada wa kesah derr? badigol punya kucing, tak boleh harap. perabih boghaih ajo...



    3.tak gentleman langsung


    ni kalau manja boleh baca, mesti dia marah.haha.penakut gila kau dengan kucing betina.tak reti mengorat.aku rasa sampai sekarang, manja ni tak kahwin-kahwin lagi kot dan tak ada anak lagi kot.mungkin masih teruna terang tang tang sampai sekarang.he...:)




    4.memang penakut

    kalau kucing lain masuk rumah ajak gaduh, bukan dia yang terkam, tapi mak dia yang terkam dulu. dia bersembunyi je belakang kerusi.kalau kucing lain, masuk rumah dan makan makanna dia pun, dia biarkan saja.hoho.tapi sekarang aku tengok pandai dah angkat-angkat ekor, kembang-kembang bulu, marah sangatlah konon..




    5.sangat comel

    macam aku.haha.menurun gamaknya. aku tak boleh tengok muka kiut comel dia tu, mesti geram nak cium-cium.





    6.pandai

    cuba pula tengok gaya dia mengintai kat tingkap.hoho.sebijik macam orang-orang orang.cerdik betul aku tengok...geram je nak usik dan sergah. he, ni dia mesti bengang. apa lah bangang tuan aku ni?hu...




    7. sangat cool

    apa tak coolnya, makan free...rumah tak bayar sewa, memang lah cool.cuba kita jadi kucing, tengok cool ke tak cool, ye tak? he :) ni, kalau kau tengok gaya dia melepak kat rumah, gaya kucing orang kaya yang hidupnya cuma perlu goyang kaki je dan masuk duit.amboiii.....tu lah port dia.almari sikit punya lawa mak aku ni jadi tempat melepak paling best untuk dia.cess, cess dan cess.



    manja aku ni memang manja. aku sayang dia sangat...dia perangainya kadang-kadang macam orang. kalau kau peluk dia lama-lama sangat, dan gomol-gomol dia, lama-lama dia akan keluar bunyi....nggrrrr...dalam dada.mulut tak buka tau.haha.macam kemarahan terpendam lah kiranya.



    dulu aka selalu je tak lepas-lepas juga walau dia dah geram. natijahnya, muka aku ni dah banyak kali kena capik dengan dia.tangan aku ni banyak dah parut-parut kena cakar dek manja .tapi tak apa, sayang punya pasal.haei tu abang aku sikit lagi kuku manja nak masuk mata.bawah mata sikit je.berdarah-darah ha....dia memang macam tu style.dia manja-manja.tapi ada satu habit buruk.tak boleh orang sekat angin dia.(ish, macma orang lah pulak....)



    aku pun risau juga lah, takut dia kena darah tinggi ke apa kan. yelah, asyik marah-marah je, pendam perasaan.itulah pasal, aku tak nak dia selalu marah-marah dah sekarang.tambahan dia tu pula pemalas kucingnya.jarang exercise, kejar tikus pun malas.asyik duduk rumah bermalas-malasan je.mengorat pun tak pandai. kot-kot nanti kena heart attack ke apa kan. isk, apa nak jadi lah kat kau ni manja?isk.....



    sekian, 7 fakta pelik tapi benar tentang manja kali ini...:)



    cik bulan:


    ia makhluk istimewa dalam hati aku...bila bersama kucing dan menyintai kucing, seolah-olah telah wujudnya satu perasaan indah dalam diri...

    8 comments:

    helena's said...

    kucing cikhel yaya pon macam tu..hehe comel dan pandai..

    Liza said...

    Hm..kita xdpt bela kucing sebab dua-dua hero kite ada asma....

    cik bulan, slalu terbaca cik bulan kata autopost entry. how u do that? share please....

    Peri PiA said...

    nge,terlalu amat comel

    geram tgk aksi2 terlampau ia,hihi

    Bintun Sazali said...

    wahh..comellll!!!!..haha..

    kucing akak pemalas ye?..kena train lebih ni..:p

    ♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

    smalam kucen aku mati sekor...
    sob sob...

    SuRAizA~ said...

    hahah comey2
    sue pn de bnyk gile kucing kt rumah ni.sampai tatau nk letak mana dh.lepas sekor,sekor lg beranak.smpai dh takde nama nak bg.haha

    intanurulfateha (◡‿◡✿) said...

    .i teringin nk suke kucen tp i takut kucen tu tasuke i pastu die geget i
    T_____________T

    naz said...

    erkkk saya kurang gemar kucing haha

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    SILAP MATA :)