Jun 14, 2010

bila pia nak kahwin? ni aku nak jawab, bila aku nak kahwin :)



tanya encik aiseyman... eh bukan, encik aisyam :P orang yang ke-1645 dah tanya ni, lenguh dah aku nak jawab. ehem (gatal anak tekak pula nak jawab. betul, terkedu tadi bila hari tu dia tanya aku macam tu... series pula tu bukan main-main) dan lagi terkedu bila dia cuba padan-padankan aku dengan bff sejati aku, encik syawadi. eh, ini tak boleh jadi ni. dah berapa ramai yang cakap, silap-silap hari bulan masing mulut, menjadi...



tak, tak. hari tu pergi kenduri kahwin aisyam dan husna... majlis sambut menantu sebenarnya. minggu lepas lagi kahwin. kahwin satu kampung, cepat, mudah dan jimat, ye tak?he... aku nak pergi tadi pun punyalah fikir 44 kali. nak pergi ke tak nak. nak pergi tak ada teman... tak pergi nanti asiyam boikot majlis kahwin aku pula atau tak rawat aku bila aku pergi wad kecemasan (dia M.A hospital Kemaman). huhu.



sudahnya, aku heretlah bff aku tu yang memang kawan baik aisyam pun. ala... kami semua satu kampung. dari kecil lagi dia tengok aku...dari berhingus, berenang dalam paya...semua dah. jadi, tak ada yang peliknya hubungan kami semua ni...



dan berbalik kepada soalan, bila pia nak kahwin? soalan tu... jawabnya, sampai jodoh dan serunya, aku akan kahwin jam itu juga. ye, bila takdir Allah sampai... takkan cepat atau lambat walau sesaat pun, kan? jadi, masanya... aku tak dapat anggarkan bila pun..



cuma, aku harap nanti segalanya bersederhana saja... bertunang? mungkin tak... tapi kalau bakal suami aku tu gatal-gatal nak juga bertunang, aku bertunang lah 24 jam ke, seminggu ke... mungkin. kita ni merancang saja, tapi sebaik-baik perancang, adalah Allah S.W.T, kan? tunggu dan lihat sajalah...(ayat artis glamour jawab soalan panas melodi)



jom layan gambar pergi kahwin... :)


itu saja gambar sempat aku tempek...aku di CC ni lenguh nak copy gamabr dari facebook... apapun, tahniah buat aisyam dan husna...:)



cik bulan:

calon menantu mak masih dalam peringkat saringan...haha (melawak saja :P)

maaf ku pohon dari ustaz dan liyana sebab tak dapat hadir ke majlis kamu berdua hari ini..telah ku cuba tapi keadaaan mmg tak mengizinkan...(sedih, sob sob sob..)

3 comments:

Peri PiA said...

kalau jodoh tak kemane :)

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

jgn sedih...
mayb xder rezeki nak g...
diaorg paham tue...
;)

ardinihumaira said...

^___^ nanti nak kawen gtau dni ye!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SILAP MATA :)