May 18, 2010

JELAJAH BLOG versi 4.0 BEN ASHAARI



berasal dari kemaman,terengganu...berusia 24 tahun, saya safiahafsah shaharuddin. (gaya pengacara jemputan nona memperkenalkan diri.haha).kenali saja saya sebagai safia/soffya/cik bulan...cikgu?ye, bakal cikgu dan baru saja menamatkan sesi praktikal di sri gombak. oleh sebab itu catatan saya banyak tentang diari cikgu dan kehidupan seharian.ada juga tentang tips,blog, cerita-cerita kelakar, cerita artis dan filem serta isu-isu semasa.




macam yang diberitahu dalam entry yang lepas dalam surat untuk encik ben, blog ni dah ditubuhkan pada tahun 2007.masa tu gatal-gatal mentry sebab dah ada blog kat friendster dengan nama blog PIA
BUCUK.aku tak tahu kenapa obses sangat dengan perkataan bucuk dulu.blog kat fs pun pakai url itu, tapi tajuk je bertukar-tukar.lepastu delete dan lepastu buat balik, dengan nama gadismanis86.blogspot.




tak aktif pun juga.adalah duk menulis entry syok sendiri.aku je yang baca.yelah, mana orang nak baca, orang pun tak tahu ada blog tu.blogwalking tak pandai.berkawan tak pandai.bila orang komen apa-apa, tak reti nak respons.naif sekali.tapi, akhir tahun lepas, bila kawan-kawan dah tahu aku ada blog dan ada konflik sikit dengan nama gadismanis tu, aku pun tukar url blog dan nickname aku.sekaligus.tapi emel tetap sama.... gadismanis86@gmail.com.




masa tu aku tak tahu langsung yang bila kita tukar url, orang takkan dapat detect kita dah, kalau cari dengan url lama tu.haha.gila sengal..semua tak tahu.hentam je buat apa-apa.apa lagi, follower aku yang ada dalam 60 orang tu, yang aku kumpul selama setahun lebih berblog tu, hilang macam tu je lah.yelah, mana dorang nak dapat jejak aku lagi..kecuali peri pia, yang begitu setia. tetap berhubungan sampai sekarang.




itulah, bila berblog suka-suka, tak ada ilmu.salah tahu.kita harus belajar.buat apa-apa biar berlandasan dan  ada ilmu.macam encik ben,tengok...tak sia-sia usaha dia.tapi aku?lepas hampir dua tahun, baru aku berblog dengan aktif dan faham apa kegunaan blog ni yang sebenarnya.apa rules dia.apa yang perlu dan patut kita buat.apa yang patut kita jaga,kita ada dan kita jangan ada.sekarang, aku hampir faham semua tu.




sebab tu...dari bulan 2 aku mula aktif, follower bertambah dengan cepat tak macam aku buta kayu dulu-dulu walaupun tidaklah seramai follower orang lain.tapi aku bersyukur...sekurang-kurangnya aku ada loyal reader yang sudi baca apa yang aku tulis setiap kali aku menulis kan, tak macam dulu-dulu tu...syokk sendiri..eh, malu pula nak cakap.hehh.




jadi, secara overallnya, blog aku ni dah banyak transformasinya...dari tajuk, url, kata sapaan (aku, saya, pia, aku), header tak payah caap lah.template apatah lagi.kau orang semua pun mesti sama kan?bagi aku, itu semua proses bertatih.nak kenal dunia blog ni...banyak lagi yang aku tak tahu sebenarnya.tapi makin banyak yang aku tahu, makin banyak yang aku tak tahu rasanya...dan bila dah tahu, rasa makin teruja. walaweehhhh....:D



...header blog cik bulan yang perlu diperbaiki.
kena baiki sebab pendek.he.belum ada kesempatan...



itulah sedikit-sebanyak tentang blog aku...walaupun orang kata blog aku tak best, tapi aku sayang blog aku.yang penting, aku nak blog aku jadi referral untuk orang lain.sebab tu aku cuba bermain dengan keyword SEO.contohnya, konsert double trouble dan fesyen bertudung..memang jadi keyword tertinggi kat blog aku akhir-akhir ni.walaupun aku tak online dan update beberapa hari, mereka nilah penyumbang ke blog ak




panjang tak penerangan?sebab encik ben cakap, lagi panjang lagi bagus...hehe.jadi aku buat lah karangan ni.semoga encik ben sudi menjelajah blog ni sekali lagi untuk versi 4.0 pula.terima kasih daun keladi, silalah encik ben terjah lagi! :)




ohh ye...aku tahu tentang jelajah terbaru ni dari blog encik ben sendiri...sebab aku kalau online memang aku  akan singgah blog beliau.aku tak faham juga mula-mula.ingatkan yang dah dijelajah tidak boleh sertai, tapi tadi godek-godek lagi, jumpa entry encik ben cakap yang dijelajah pun boleh.bersorak lah aku...dan terjadilah kejadian entry ini.hehe.
terima kasih encik ben...:)




pesan cik bulan:
blog cik bulan pernah dijelajah oleh encik ben untuk old version...di sini (blog encik ben) dan ini (ulasan di blog saya).masa tu trafik naik juga tapi tak lah sebanyak blog orang lain yang dijelejah oleh encik ben sebelum ini.mungkin blog ni tak berapa best kot.he...yang penting, aku nak membina hubungan dengan blog-blog di blog encik ben.contohnya, saling memfollow di antara satu sama lain dan support blog yang encik ben dah jelajah.insyaAllah...:)

6 comments:

Sheherazade said...

wah syg,antara 2 darjat entry mu dan diri ku

sgt bgs entry mu,ku xpandai..hrp2 En Ben sudi la dtg blog ku

kamu kali ke-2 wah :)

MR.Z said...

panjang betul entri ni, en.ben mesti suka.gud luck! hehe

Unknown said...

oooohh..baru kenal dgn cik bulan~heee

azieazah said...

Salam kenal PIA. Nampaknya berkesan siri Jelajah by BEN tu.

Semoga PIA terus maju dalam berblog...

mama affan said...

bagus blogging dgn niat baik..

apa2 pun gud luck eh..

Cromirama Elcy said...

ooo.. lu ada blog kat frenster jugak ke sis... bagi url.. hehehhe...-cromirama

http://cicaktonjeng.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SILAP MATA :)