haha.itulah...orang dah sampai ke bulan, kamu baru nak merangkak-rangkak cari jet.orang dah ke langit hijau, kamu baru nak kaji berapa KM ye jarak dari bumi ke langit tu.orang dah pergi kerja, kamu baru celik mata dari jeretuh.orang dah punya anak lima, kamu baru nak cari calon laki.hehhh, lembab bebenar...:P
nasib le jumpa blog ni, majulah juga kamu setapak ke hadapan.bukan setapak dekat wangsa maju tu okay?mak saya cakap, takpe..biar lambat asal selamat...:) kak ixoranajira pula cakap, takpe lambat sikit, asal boleh pecut buat anak.haha.bantai gelak....:D
okay, pada website ni saya jumpa macam mana nak edit template kita tu dengan mudah.tak perlu lagi search nak cri design, nak cari template susah-susah kan nak-nak blogger buta kayu macam saya ni.kat sini, kamu boleh ejas sendiri macamana template kamu nak tu.dulu saya dua column saja, sekarang dah jadi tiga...
wahhh....terasa hebat sungguh hari ni.tahu kenapa?sebab, pertama kali saya ejas sendiri width untuk widget-wdget saya supaya sesuai dengan width untuk kolum-kolum yang saya buat tu.huu...gila hebat rasa hari derrrr...haha (adnan sempit sungguh)
sebenarnya, blogger.com dah announced pasal benda ni.start 11 Mac lagi dah ada, tapi mungkin sebab tak pernah log out, jadi tak pernah lah pulak log in, tu yang tak perasan tu...
okay, mana-mana yang belum mencuba,bolehlah mencuba.ini ada sedikit tutorial mudah untuk orang-orang yang agak buta it macam saya...begini langkah-langkahnya...:-
1.Log in ke akaun blogspot anda
2.Ia akan terus ke dashbord kita.pada dashboard, ada tulis benda ni atas tu... Make Blogger in Draft
my default dashboard. kamu klik pada kotak untuk stay pakai sampai bila-bila
3.klik pada layout tu. dan terus ke bahagian template kan.kat situ kamu akan nampak ada button baru iaitu Template Designer.kamu klik button tu.
4.sekarang, kamu boleh pilih template, edit nak berapa column, saiz, tulisan dan warna semuanya la..klik saja pada button yang berikut.boleh main-main dengan senang hati..:)
okay, kalau kamu nak langkah cepat, boleh juga kamu pergi ke http://draft.blogger.com dan log in dengan akaun dan pasword yang sama dengan blog kamu.kamu nanti kamu juga akan mengikuti langkah-langkah yang sama, macam saya bagitahu tadi.
dan, nak tahu lagi info lanjut, boleh klik sini.versi omputih punya.tadi tutorial versi omtakberapaputih (budak itam) punya...hehe.moga memberi manfaat...:)
p/s:he...ini pertama kali saya buat tutorial.walawehhh...bangga gila.haha.walaupun ia tutorial mudah, tapi saya betul-betul buat sendiri tau tanpa copy mana-mana...he.sila ucap tahniah kepada saya dan cakap, cik bulan..sila usaha lagi dengan gigih ye, supaya tak buta kayu sangat lepas ni.he..:)
p/s/s/s:saya akan iringi dengan tips pulak ye...:)
13 comments:
betul2.
banyak orang dah tahu.
tapi banyak juga yang tak tahu.
50-50.
kita yg tahu ne bleh buat pendedahan sedikit. org kata biar sedikit tapi impaknya banyak.
thumb up!
terima kasih syg
bagusla cik bulan neh...sgt2 pemurah berkongsi ilmu...thanx a lot for da tips... (^_~)
best kan guna blogger in draft tu. cuma leceh nak upload gambar. dni tak draftkan masa nak upload gmbr.. huhu
uhhh cam tu..
betul betul senang sngat cantik2 pulak tu
pia.. dni baru pasan.. kat shoutbox tu kan.. dia tak appearkan mail tapi kasi link.. adoyai... ini emel dni... amni_shiro@yahoo.com
p/s: pia.. dni tengok kat satu site kan kalau kita ada buffered earnings kita tukar layout buffered tu tak jalan. huaaaaaaa siesly kalau dni tau hari tu dni tak tukar layout. so pia.. cuba check tau.. takut nanti buffered slow. dni lupa site mana. nanti dni godek2 balik. adoyai patutla buffered slow.. nak nanges wase..
terimakasih infonya saya tidak tahu kalau ada tampilan alternatif dariBlogger
tenkiu2...akhirnye da jmpa tempat nk tukar template...me pon ala2 buta IT so xtaw mende2 ni sume...
hope de la tips2 lg ek..hehehehe
tnkhs for the info n tips..
(walaupun 1st tutorial tapi penuh ngn ilmu n gaya tersendiri)..sempoi..
ala...cik bulan!
bagitaw la camne nak wat yang kat atas 2...ala yang ade tertera name cik bulan yan beso2 2....;)
contohnya :bicara dari bulan..;D
bonus mark o_O
mcmne nak buat tulis cantik2 kat blog..kalu pakai template tulisan kat blog tu asyik sama je..nak lain sikit mcm ne ye
Post a Comment