okay, bila ada satu yang bercakap, mesti ada satu yang mendengar.tak boleh dua-dua nak bercakap, sebab bila dua-dua nak bercakap, siapa yang nak mendengar?
begitu juga bila da seorang lelaki dan ada seorang perempuan - berkahwin, ye itu memang sudha hukum dunia.tidak akan ada lelaki berkahwin dengan lelaki, dan perempuan dengan perempuan. bila itu terjadi, mereka melanggar hukum dunia.betul tak?sudah hukumnya...tiap sesuatu perkara gandingannya berlawanan.
begitu juga bila ada orang yang baik dan orang yang jahat, kulit putih dan kulit hitam, perasaan benci dan sayang, tubuh kurus dan tubuh gemuk....kerana ia memang telah diciptakan sang pencipta bahawa pastinya ada sesuatu yang berlawanan, kan?
kerana itu memang hukum dunia.malah kalau kamu lihat magnet pun, ia tidak akan tertarik kepada bahagian yang sama.contohnya, negatif tidak akan bertarikan dengan negatif, tetapi apabila diletakkan dengan bahagian yang berlawanan, iaitu positif dan negatif, pasti bertarikan.bukan?
ye, kerana itu memang sudah hukum dunia...
begitu juga apabila di sekolah, apabila ada guru pasti ada pelajar dan bila ada seorang guru yang mengajar,pasti ada murid yang belajar. bukan?takkan ada situasi yang hanya ada guru dan hanya ada sekolah,tetapi tiada pelajar.kan?
kerana itu hukum dunia...bukan?
begitu juga soal nikah cerai.bila ada yang berkahwin dan bila ada yang bercerai, janganlah kamu persoalkan lagi...ye, kerana itu memang sudah hukum dunia.yang berlawanan itu pasti ada.duka dan gembira juga perkara nyata, juga hukum dunia....
sekali lagi saya tegaskan, bila satu bercakap...satu lagi mestilah mendengar.maksudnya, bila orang itu sedang menjelaskan letak duduk yang sebenar, janganlah pula kamu sibuk bergebang.dengari dulu tentang itu.mungkin kamu jelas akan kekeliruan itu.kan?
begitu juga saya.benci kiranya masa bercakap, orang tidak pula mahu mendengar.tapi bila diberi peluang untuk dia bercakap, tidak pula ia mempergunakan peluang itu.jadi,bila dua-dua mahu bercakap, dan melawan hukum dunia, bilakah semua yang kusut bisa dilurut?
kan indah, jika semua tidak melawan hukum dunia....:)
p/s:sedikit bengang, apabila pelajar bercakap masa kita bercakap.sedangkan masa itu ia patut mendengar.hehh
p/s/s:pesan lecture saya yang begitu tinggi nilai budinya, bila ada satu yang berdiri, perlu ada satu yang duduk.tapi kenapa ya?
1 comment:
btl tu,cikgu ku juge pernah sound..the more u talk,the less u think.tp bukan ku yg ber pot pet mase tu..tabah ye syg
inging merajuk kerana komen2 ku disini ku rasekan terabai,maaf ye cikgu menambahkan kekusutan.sikit jer rajuk ku
xoxo
Post a Comment