Apr 2, 2010

bila pergi sekolah, teringat cerita zaman-zaman sekolah


cilok gambar dari facebook ummi umaira. ini bukan kelas saya, tapi saya punya geng semua dalam kelas ni.dan majoriti satu kelas ni klick dengan saya.




mesti achik suka baca entry ni.lama sangat dah dia nak saya post entry pasal zaman-zaman sekolah.saya form 4, achik form 5.achik sangat kelakar dan bongek macam cipan.eh, bukan. lagi bongek dari cipan.haha.sebab tu achik best...(banyaknya kutukan membina untuk achik.hehh)




hu, saya ni tak lah baik, tapi bukanlah juga budak nakal sangat. pening-pening saya pun cikgu-cikgu tetap sayang sebab saya pandai hormat cikgu.then, saya juga aktif berpidato dan berdebat (segan pula nak mengakui ini.hehe). saya masih ingat, pernah digelar pemidato dengan sinisnya oleh ustazah bahasa arab kerana saya telah mencuri masa bahasa arab untuk tulis teks pidato .saya geram....event lagi dua tiga hari, tapi saya baru tahu.dah lah 11 sekolah masuk.malulah saya jika saya je yang terkapai-kapai tak ingat teks...




"ha, pemidato.jawab soalan dua"blur je muka saya (lepas kena tangkap tu, terus dia cop macam tu, sebijik atas dahi) then,
"hahh awak.jawab.pemidato dah ada.hahh, pendebat lah pulak." soffuan kena.kau ingat lagi tak soff?





tapi yang paling tak tahan ialah, dalam saya berlatih, menghafal selaju-lajunya, habis kawan- kawan pun pening sebab kena jadi pendengar tak bergaji, tiba hari kejadian...




sunyi dan sepi ruangan itu.ikut surat jemputan, itulah tempat yang dijanji-janjikan.kami suluh, kami periksa, kami geledah...kami baca sekali lagi surat jemputan...dan berkali-kali.bulat mata-mata...





wakaka.agaga.hohoho.kehkehkeh.(ada 14 orang di situ kan, dua cikgu, 10 penyokong, seorang driver, mesti style gelak tak sama kan.saya gelak tutup mulut okay?hehh) dan nak pecah perut kami gelak.




adey, tambi....ini bulan depan la.bukan bulan ini....wakaka :p





p/s;moralnya ialah, baca surat jemputan berkali-kali dulu.dan fokus,okay?tapi macam manalah, saya dan cikgu-cikgu, dan kawan-kawan penyokong yang baca dulu tu tak perasan?haiihhh...malu.malu.malu...kalau contenstant2 dari sekolah jiran tu tahu, malu den.semangat ye kau yop?


p/s/s:nak cerita lain..keluar cerita lain.tunggu eh achik, den cerita hal engkau dengan budak-budak belacan tu in the next posting.okay?


p/s/s/s:dalam kejadian di atas, arwah hafis masih ada dan turut serta. dia yang paling banyak mengutuk saya sampai rasa nak masuk bawah meja je.then, masa saya form 6 hafiz dipanggil menghadap Ilahi.hu...sedih gila, her girlfriends, my best friends SUE, menangis tak ingat dunia.sebagai sahabat, ku hanya mampu menenangkan.....al-fatihah buat hafis, moga rohnya aman di sana.


p/s/s/s/s: kawan-kawan, sila dengar lagu ini....berita kepada kawan. melankolik sungguh.buat kamu semua juga, okay...:)





...tika form 5.sila cari saya...ku rock dan comot, okay.hehehehehehe...


6 comments:

- said...

pemidato?? wow~~~~

gmbr kecil gila..x jelas
xpa..teka juga! tudung ptih baju viru yang senyum nampak gigi!

btol kan? heee

Ena said...

so sweet.. teringat pulak akak zaman mase sekolah dulu2.hehe

ardinihumaira said...

seronok godek gambo lama :p

sugar2 kapas strawberry said...

aha..dlu pon sy masok pidato ngn debat..tp kalah la kn.. ;)

CameronSweetHomestay said...

cik soffya parctikal kat PJ?
bebudak ok?
dah kna observe ke?
mengajar bebudak tingkatan berapa?

...........

jwb jgn tak jawab....hahaha

Sheherazade said...

ku cemburu..mereka yg pernah sekloah dgn ku..ntah ingt ntah tdk akn diri ku ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SILAP MATA :)