Mar 11, 2010

Pernahkah kau? bahagian 2

Pernahkah kau…tiba satu masa tu, kau rasa jatuh, semangat kau hilang…makin lama, makin jatuh.down, down and down.sampai satu masa, kau betul-betul tersungkur.nak bangun pun terasa payah…apatah lagi nak membina kembali. Apa yang kau dah ada, yang kau dah usahakan, kau biarkan. Peluang yang ada pula, kau lepaskan. Apa yang patut kau kerjakan pula, kau buat sambil lewa. Kau cuma rasa nak enjoy, nak bermain-main, tanpa perlu fikirkan tanggungjawab dan bebanan yang sedang kau tanggung. Yang kau tahu, hanya ikut saja perjalanan hidup kau..kalau bagus, baguslah. Kalau tak, tak lah.tapi kau sedikit tak kisah…sebab kau tak punya semangat lagi.dan kau pernah rasa ingin bangkit kembali…tapi masih tak berdaya. Bila kau tetap mencuba, ia seperti tidak menjadi. Rosak dan punah. Sia-sia jua akhirnya...di saat itu, kau terasa sangat perlukan seseorang. Sangat-sangat memerlukannya…pernahkah kau?



******



Hari itu encik mangkuk membebel lagi.dia memang seorang yang tak series, tapi ada sesetengah perkara sangat series. Dan saya banyak belajar dari dia. Dalam hal ni pun, saya tahu dia betul.ye…tak salah lagi.tapi saya rasa, saya berhak membela diri.mungkin saya tak seperti dia…kuat, dan jenis tak ada perasaan, kot?saya pernah cakap dia macam tu…dan dia hanya gelak. (memang tak ada perasaan lah tu, kot….)




Saya bersuara, akhirnya…(setelah telinga kanan saya macam nak pecah dan berdesit-desit.he…)


saya cakap macam ni....

"Wak..dalam hidup kita, akan ada satu tempoh tu….kita jatuh..betul-betul jatuh.sampai tak ada satu orang pun boleh tolong kita. Awak tak boleh tolong saya, dan saya pun sama. Sebab ada satu masa tu…tiba-tiba kehidupan kita tak macam dulu, kita kehilangan sesuatu yang selama ni jadi kekuatan untuk kita. walau sejauh mana pun saya cakap, kehilangan dia tak memberi apa-apa kesan pun pada saya, tapi…kehidupan takkan pernah menipu.” (wah, panjang lebar penerangan saya. Betul-betul macam cikgu bahasa melayu yang sedang berceramah di depan kelas. Berhemahnya…tatabahasa pun rasa okay ni.he…)



lepastu dia cakap macam ni...


"Ye…memang ada masa kita akan jatuh.tapi jangan terlalu lama jatuh…jatuh yang lama-lama tu bahaya tau cik ya. Nanti susah dah nak bangkit balik…awak, jangan dikenang-kenang lagi yang lepas tu. Makin awak fikir banyak, yang bagus-bagus pulak awak fikir, makin lah awak tak dapat nak lupa. Awak kena kuat. Kena biasakan diri…”


Saya faham maksud dia sebenarnya. saya tahu, dia pun banyak bagi semangat untuk saya akhir-akhir ni dan sangat mengambil berat. Cuba penuhi rengekan-rengekan budak 14 tahun ni.hu…



saya cakap lagi....(bila nak habis daa...hu)


“Encik jamil…saya bukan cakap saya bergantung pada diri dia. Tapi, sekurang-kurangnya bila saya terasa down, ada orang akan cakap..jangan, kuatkan semangat. Dan bila saya terleka, ada orang akan tegur, supaya jangan lalai…itu je, wak..."



last-last dia cakap....

“Cik ya ni manjalah…” dia sengih dan teruskan memandu.




Tengok.habis-habis itu juga label dia bagi pada saya. Bukan, bukan ia persoalan manja atau tak. Tapi kerana kita seorang manusia, yang lumrahnya hidup saling bergantungan antara satu sama lain dan saling memerlukan…betul tak?jadi, ada satu masa dan situasi, kita pasti akan terasa kekok untuk hidup berseorangan. Kan?apatah lagi jika sebelum ini, kita sudah terbiasa hidup berdua...



pernahkah ini terjadi kepadamu?




p/s:hari ini merajuk seharian dengan beliau kerana kecil hati yang keterlaluan. terasa rindu..kerana itu teringin update pasal beliau di sini.he...kenapa selalu berkecil hati, ek?tapi sebenarnya bukan selalu pun..sebab, saya dah makin tough sekarang.atau sebenarnya saya dah mula jatuh hati?hoho.....tidak.nonsense lah wey! (sekarang cuba menafikan)


p/s/s:demam hampir sembuh. dengan geram, ikut kawan-kawan keluar berkaraoke dan makan-makan...yang pasti, tanpa beliau.layannn.....tiba-tiba terasa macam superstar lah pula. dik...mintak sain.hehe.

11 comments:

Sheherazade said...

kerana wanita ingin mengerti dan dimanja :),x apa syg.

kita adalah diri kita

uhh,cemburu pg jln2 ke W.W.M lagi ye

soffya cik bulan said...

hu..itulah wanita, kan?kerana kita jarang sekali boleh menjadi dewasa dalam satu2 hal, sedangkan kita boleh sbnrnya....

jgn cemburu syg.nanti akn ada hari kita.okay?

Sheherazade said...

kita boleh :),InsyAllah kita akn berubah jd lebih baik dan matang seiring waktu.

baikk syg,:)

soffya cik bulan said...

hoho..ye, akan tiba saat itu.sabar..

yang, malam ini agaknya mereka2 memujuk rayu saya untuk keluar lagi.mahu join?

Sheherazade said...

Amin utk perubahan positif kita, :)

owh,ikut rasa hati ini,ingin rasanya ku terbang utk berjumpa mu syg.(wah sejak bile ayt k.long mcm ni :P,hihi)

kamu hav fun ya jika keluar mlm ni,ku terpaksa tidur awl kerana keja diwaktu pagi.

Bgn pagi sgt mencabar buat diri ini,terok kan?hihi

p/s-jumpa jumaat malam atau pagi sabtu jogging mungkin?

soffya cik bulan said...

hu...sgt fun td syg.group lepaking ini semakin besar.makin havoc

syg, tiap jumaat mlm daku bersama en mangkuk utk kelab dia.huuu...tapi kalau mahu join sekali, katakan jgn ragu.atau berjumpa seawal yg mungkin, sebelum 10pm?

Sheherazade said...

kelab apakah itu?

xapalah kamu hav fun ya,ki hepi jika kamu hepi :)

soffya cik bulan said...

owh..syg.ambil hati dgn sy ye?

kelab kereta...spt minggu lepas.tp hope dapat jumap lebih awal dengan kamu, sis...atau dia drop sy dgn kamu.mcm mna?

Sheherazade said...

Oh tidak,ak ok jer.

tidak sekelumit pon,jgn risau ya

nanti kita rancang btl2 pertemuan kita ya :)

masing2 ade jadual masing2 :)

soffya cik bulan said...

aah kan...syg kamu sis...muahh

Sheherazade said...

muahhhh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SILAP MATA :)