kelas peperiksaan, masuk sekadar relief. selalu relief kelas itu, tapi jarang sempat berbual-bual.
murid 1:salam cikgu. (angkat tangan.cikgu angkat kening.senyum) cikgu, cikgu lawa lah hari ni...
murid 2: weh, cikgu ni memang tiap-tiap hari lawa dowh...
cikgu:kelas, ini exam.tolong jangan bising dan berbincang!!!karang tak pasal-pasal, ada yang jadi pelajar pertama dapat 0 untuk Sains karang.
diam sekejap. lepas 5 minit, masing-masing sibuk angkat tangan bertanya macam-macam kemusykilan dengan soalan.huu...soalan Sains. otak dah beku sebenarnya.tapi masih mencuba. alhamdulillah...okay.ingat ni kaunter pertanyaan ke?hehh
lagi 10 minit nak habis exam.dia buat lagi...
murid 1:cikgu, cikgu dah kahwin ke belum???(sambil buat muka hensem)
cikgu:cikgu?cikgu dah anak 4 dah....
murid-murid:ha??????(terlopong.macam nampak hantu cikgu. yang pakai spek, macam nak jatuh spek.)
murid 2: biar betul cikgu...
cikgu sengih.hah, terpedaya lah engkau.
murid 3:(duduk agak belakang).cikgu...anak cikgu yang 4 orang tu, berapa yang perempuan?
(mak aihh, gatal tak ingat budak ni...kalau aku ada anak pun, mestilah baru nak belajar kenal abc.jeling saja)
murid 2:cikgu, umur cikgu berapa sekarang?
cikgu;29 tahun. (cess, menipu lagi.saja test IQ)
murid 1: biar betul cikgu.
cikgu:yelah, kenapa?
murid 1:yela...kenapa cikgu nampak gaya macam orang muda-muda je...hee..macam budak 20 tahun
malas nak layan dah aku budak-budak ni dah...senononong, konon ingat nak alih topik
murid 1:(sambung lagi ayat dia)he...beruntung suami cikgu...
ouch!tak tahan dengar ayat tu....dengan muka dia sekali.gila gatal...dah pandai, baru 13 tahun.
murid 4: (perempuan)cikgu, (angkat tangan.dan dengan series, saya kebelakang.ingat nak tanya soalan ke)ni ada orang nak ngorat cikgu.(menunjukkan kepada pelajar perempuan juga.si pelajar sengih-sengih)
mak aihh,lesbo ke apa?sengih sambil menggeleng2 kepala...jangan dilayan omong-omong kosong.makin dilayan, makin menjadi-jadi.ini kelas pandai tau...kelas first.baru tingkatan satu.
ke depan semula.
murid 2:cikgu, umur berapa cikgu kahwin.yelah...29 dah 4 anak.
cikgu:cikgu kahwin muda.18 tahun.baru cikgu sambung belajar balik.....
murid 2:isk, beruntung suami cikgu....(sekadar mengulangi ayat rakan)
saya makin nak tergelak.jika betul, apa yang beruntungnya?
cikgu:sudah2.ini fakta...cikgu belum kahwin.baru 24 tahun....okay?
(masing-masing, isk, ye ke....)
murid 3:tadi cikgu kata, anak 4 tu apa???
cikgu:betul la..anak kucing cikgu ada 4. wakaka :D
kena lah pulak...
murid 1:wow cikgu belum kahwin.bertuah lah aku..dapat ngorat cikgu.
murid 2:wey, kau bapak jauh umur dengn cikgu lah...
awalnya melayan sekdar berbasi-basi.bimbang mereka dihurung stress peperiksaan yang berapi.
saya semakin kurang mendengar percakapan itu, kerana segera berjalan kebelakang kelas meninggalkan mereka. huh, makin dilayan, makin menjadi-jadi kau ye, budak-budak?. bergerak ke tengah kelas, mengumumkan ketibaan masa-masa yang terakhir. jelas mereka telah siap sepenuhnya menjawab. almaklumlah, kelas 1 Arif, antara yang terpandai dari yang terpandai.tapi, mana-mana pun sekarang, susah dah nak cari kelas pandai yang bapak skema macam kita sekolah-sekolah dulu.
pelajar sekarang makin advanced.jadi, sila jangan terkejut....kadang-kadang kau tak sangka itu yang dia akan buat, itu yang dia akan kata. kadang-kadang dibahasakan kita macam kita budak sekolah juga, kawan-kawan mereka. as a new teacher, i'm stranged and shocked. kadang-kadang saya rasa tugas ini amat berat.dulu, saya cuba berlagak garang.tapi saya penat jadi garang yang bermuka-muka.saya ingin jadi cikgu yang boleh faham pelajar, sebab dulu pun suka cikgu yang macam tu.tapi, pelajar pual naik kepala.apatah lagi, kadang-kadang saya macam budak sekolah jika saya tidak berhigh heel.huu...sebab tu, kalau ke padang pun, saya nak pakai nametag.boleh beza sikit antara saya dengan budak sekolah.cuak wehh...asal ke padang, ada je yang tanya, eh cikgu ke ni?macam student je...hu.saya tahu saya tak berapa nak tinggi, dan tak berapa nak besar.apatah lagi, saya tak suka mentuakan wajah.hehhh.
saya tahu juga, saya belum mencapai kategori guru yang baik.separa baik pun belum.ye, saya masih awal.masih berpraktikum.dan adakalanya, saya buat sesuatu yang tak patut.ye, saya masih muda.saya perlu masa untuk belajar. saya masih terikut-ikut dengan cara saya. tapi takpe..mungkin saya tidak baik sekarang, tapi insyaAllah, bila masa itu datang, mungkin selepas saya kahwin (hee...gatal) saya akn cuba menjadi guru yang baik dan sempurna. sebab,dengan result yang lepas, saya rasa tak sukar untuk saya mendapat job nanti.insyaAllah...jadi, saya ingin belajar sebanyk mungkin di sini sebagai persediaan.dan, blog ini akan menjadi bukti, bagaimana cikgu soffya yang bermula dari insan biasa, budak nakal, yang akhirnya menjadi guru yang penuh khilaf dan kerdil, akhirnya menjadi sempurna dan dewasa...insyaAllah.saya harap itu kan terjadi.
okay,nanti saya cerita lagi tentang diari saya sebagai cikgu di sekolah ini.apapun, saya memang minat kerjaya guru dan saya akan teruskan biarpun payah....insyaAllah...
p/s:student, jika kamu terjumpa blog ini, harap sentiasa positif dengannya.
p/s/s:harap betul-betul beruntung lah suami cikgu nanti...ngeee gelak encik M dengar cerita ni. haihhh :)
5 comments:
ahahaha...beruntung jadi student cikgu...ahaha.
kalau dulu dah lama kena rotan..pandai tol budak2 skg..neway best baca entry nie cikgu..hehehehe
tu la yg ak risau kan dgn bdk2 sekarang,terlebih bijak
kadang2 ku berfikir,alangkah kuat nya cabaran mu disekolah
dan adakah kamu akn ditmptkan dikwsan yg jauh bila btl2 keje nanti :(
ed,
apa yg beruntungnya?ngee...:D
itulah pasal ed, dulu kita dah lama kena tampar kot.nak puji cikgu pun sikit punya takut.
nanti, ada lagi nak cerita experience kat sekolah...
peri pia,
itulah akak, pia rasa cuak juga kadang2
apapun, doakan sy boelh jadi cikgu yang cemerlang dan juga tak posting jauh2..saya mahu kekal di sini, boleh?
shafie,
huhu...org yang baik hati memang pandai mengambil hati :P
murid2ku di SMK hillcrest, sri gombak...
Post a Comment