Jun 29, 2011

Bukan Niat

sambungan part II entry sebelum ni (aku dah draftkan balik) ramai yang menunggu. tapi dah karang-karang, tetiba kena sembur pulak. adehh, ada yang terasa lah. dan ada yang panas. so, aku taknak tambahkan lagi panas orang. dan tak nak orang terasa lagi.


kadang-kadang niat kita tu lain, tapi orang ambik dengan cara yang lain. tak kurang juga dengan 'orang yang mengambil fungsi sebagai penyampai tak bergaji'... memanaskan lagi yang sedia ada dengan penerangan yang salah. kan?


so, malas lah. walaupun benda kita cakap tu betul dan kita berkongsi tanpa audiens tahu siapa yang kita maksudkan, tetapi orang-orang yang tahu siapa yang kita maksudkan tu lah yang menjadikan benda ni isu. sedangkan, perkongsian kita secara universal sahaja, dan mengambil sampel terdekat sebagai contoh. kan?


sekali lagi ditekankan, ini personal blog. sesiapa sahaja pun yang ada personal blog, korang boleh chek lah, semua kongsi about opinion dan kehidupan peribadi masing-masing. kadang-kadang, cerita yang terlalu peribadi pun nak cerita. makan, keluar dating, sakit perut, semua cakap. so, entry semalam lepas tu bukan nak mengutuk-mengata, memerli atau nak buat orang kecik hati, tetapi dibincangkan sebagai suatu isu sahaja.pendapat peribadi, dan berdasarkan pengalaman orang sekeliling. thats all.


tapi kan, apapun aku nak mintak maaf if ada yang terguris rasa dengan entry tu... dan mungkin aku silap sebab mention beberapa benda sensitif kat situ. orait. aku mengaku, yang aku silap. mungkin ada benda berkaitan, dan buat hati aku panas dan tak puas hati. maaf.


p/s: tak suka bila niat disalahtafsir... aku tak suka orang kecik hati dengan aku macam tu.....

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SILAP MATA :)