mengapa harus meneruskan jika hati tidak lagi berasa gembira, berasa tidak serasi, berasa tidak mahu bersama, berasa seperti membenci? meneruskan kerana bimbang? kerana takut? kerana berfikir tentang maruah, tentang nama keluarga?
sebenarnya dalam permainan itu... aku lagi tersepit. kalau kalian bahagia bersama, sudah pasti dia tidak mencari aku. kalau kalian sama-sama mencintai dan menjaga hati, sama-sama prihatin tentang satu sama lain, dia pasti tidak akan merindui aku lagi.
aku sebenarnya benci untuk berada dalam permainan ini. percayalah, aku tidak mahu meneruskan. tidak mahu.... semakin dia ada, semakin dia mencengkam jiwa. semakin dia mengawal segala rasa, semakin dia mengawal segala laku...
aku jugak mahu seperti orang lain. hidup seperti orang lain. punya hati untuk dikongsi dengan insan yang layak... tapi andai sayang ada padanya, dalam masa yang sama aku selalu ingin membuang, tetapi dia pula yang sering menghimpit, kalau kau kat tempat aku, cuba kau cakap, boleh ke kau melakukan??????
bila kau makin ingin lari.... sekali kau cuba pergi, tapi 10kali dia menghimpit kembali, kau rasa kau boleh melupakan???? dan kau boleh ke berkata tidak, boleh orang itu berkata masih memerlukan?
tolong jangan dipersalahkan aku. aku jugak tidak mempersalahkan kau bila kau marah, dan bila kau mengamuk segala kerana memang hak kau untuk berasa marah. tetapi, gunakanlah akal kau, kalau sedari awal lagi kau tahu tentang perkara sebenar, nak ke kau menjadi yang kedua???
fikirkanlah tentang hubungan kalian sedalamnya.... adakah akan bahagia, selepas saling memiliki?
No comments:
Post a Comment