May 29, 2011

kalau niat kita baik, tuhan akan permudahkan jalan kita. ye tak?

tiba-tiba hari ni blur. mana jalan nak lalu ni nak gi panching. tahu panching, kuantan tak? pernah pergi dulu, tapi tetiba rasa blur pulak jalan yang betul yang mana. heee... semalam macam confident je nak pergi sana, last-last hari ni main tikam-tikam dengan adik, jalan mana nak lalu ni? kot highway ke tak, kot bawah ke atas...


last-last, kita survive jelah kan. siap-siap, start kereta, lepas tu ikut firasat sendiri. dari kemaman, ambik jalan ikut signboard ke kolej shahputra, lepas tu ambik highway, lepas tu keluar highway ikut signboard ke sungai lembing. alhamdulillah, dipermudahkan. sampai jugak sana tanpa aral, tanpa makan buah langsat......


dah lah ada dua kenduri kat area panching ni, satu kat ATONG, satu kat KG.KOLEK. takpe, redah aje...walau jalan tak tahu, kad jemputan pun takde.  heee... sampai umah eza kat atong, gelak dia. yelah,sampai jugak akhirnya kan...


tetau jelah, dah lama tak jumpa mak bapak dia, apa lagi sembang tak hengat lah kan. bapak dia memang kaki kutuk haku... ha ha. ingat lagi dulu muka aku berparut sebab pengsan dalam tandas... sedap lah dia bahan aku. dia cakap, muka lawa-lawa, pergi tonyoh kat jalan... ada ke? lepas tu, dah ni tua-tua dah takde parut, lagi sedap dia gelak pulak. haiihh orang tua ni, makan siku nak?


along dia.. dah kahwin pun. tahu, dulu masa aku form 1, aku datang rumah dia, itu first time aku panjat pkok manggis. gelak dia sebab ayat aku... isk,isk, comel buah manggis ni... sebab gabra first time panjat pakok manggis berjemaah dengan along semua. haha, hebat tak hebat aku. buah manggis pun comel. watdehel lah kan... :P


memang sini suasana kampung sangat.... aku suka sangat. sebab tu kalau datang sini dulu, aku akan keliling kampung semua. lepas tu, banyak kebun. kebun durian, jagung, limau, dan banyak haiwan belaan, macam kambing lembu itik ayam semua. kat kampung atok aku haram nak ada semua tu....


lepas dah buang boreh kat sini, gerak ke kampung sg. kolek pulak. nasib straight je dari rumah eza ni. dalam 15 minit macam tu ah. pengantin dah nak gerak gi outdoor photoshoot dah pun sebab dah petang. sempat ah snap gambar sikit. lawa pengantin :)


aku datang ni pun sebab kak elly...itu adik dia.... itu sebab usaha jugak datang walau kad semua takde. jalan tak tahu....


kata orang, kalau nak semua boleh. sebab kita akan usaha kan? kalau dah taknak, macam-macam dalih kita bagi, sebab kita malas nak usaha kan? dan kalau niat kita baik, insyaAllah Dia akan permudahkan jalan kita...


macam tu jugaklah journey aku hari ni... penat memang penat. datang adik aku bawak kete, balik aku bawak.... tapi yang aku dapat ialah, KEGEMBIRAAN sebab dapat memenuhi jemputan dan jumpa dengan orang-orang yang lama dah aku tak jumpa... memang happy!


gambar pengantin semua nanti aku tempek kemudian eh.... tapi yang bawah ni memang gambar wajib ah kalau gi kenduri kahwin. ngade kan?


rumah eza... snap terbaik dari adik. i loikeeeee!!!!

3 comments:

♥♥LiSsA♥♥ said...

comeinyeee:)

Peri PiA said...

betul tu

wa,tantek nye dia

Aida Azryn said...

lawo posing.. ngeh3. :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SILAP MATA :)