Apr 17, 2011

apa sebab awak BERTUDUNG?

 Sekadar gambar hiasan. curi dari SOFFYA ESHOPE :P


Gadis 1: Sebelum ni saya tak bertudung pun, tapi bila ramai lelaki cuba mengambil kesempatan terhadap saya, saya mula bertudung. Kebanyakkan lelaki fikir perempuan yang tak bertudung ni senang nak main. Saya masih virgin tau!

Gadis 2: Design-design shawl sekarang ni semua lawa-lawa! Saya cukup tertarik! So, dari situ saya mula memakai tudung.

Gadis 3: Sebab mak yang suruh pakai.

Gadis 4: Kawan-kawan saya semuanya bertudung, segan la saya bila hang out saya seorang je yang tak bertudung. Alang-alang pakai la tudung, sampai sekarang bila keluar je mesti pakai tudung. Dah terbiasa.

Gadis 5: Sebab boyfriend saya cakap saya nampak cantik bila bertudung ni.

Gadis 6: Rambut saya rosak la. Malu lah kalau orang nampak.

Gadis 7: Kalau kita tengok trend sekarang ni, ramai wanita yang dah mula memakai tudung. So, i pun pakai la. I sentiasa peka dengan trend semasa okay!

Gadis 8: Artis kegemaran saya dah mula memakai tudung, so, saya pun ikutlah. Maklumlah saya ni die hard fan dia kot!

Gadis 9: Saja nak tukar imej. Ini adalah imej terbaru saya! Cantik tak?

Gadis 10: Alhamdulillah, saya baru dapat hidayah dari Allah!


Gadis 11: Saya sejak azali lagi pakai tudung, biasalah ayah saya Ustaz, mak saya pula Ustazah. Kenalah jaga imej keluarga.

Gadis 12: Saya nak kembali ke pangkal jalan.

Gadis 13: i kan baru balik dari umrah, nanti apa pulak kata orang bila tengok i keluar rumah tak pakai tudung.

Gadis 14: Bertudung kan wajib. (*tapi pakai baju ketat, seluar sendat)



Kita copy dari ni dari blog aksrie. macam menarik je... dan ada jugaklah kena dengan diri sendiri. HA HA. korang pulak macam mana?


okey, okey. main-main, main-main jugak, tapi persoalan agama dan tuntutannya itu tak boleh buat main-main. pakai tudung itu kewajipan, dan apa pun nawaitunya, itu hanya Allah sahaja yang mengetahui. tapi tak boleh cakap, "alah, baik aku... tak bertudung dan perangai aku macam ni, dari orang yang bertudung tu, pakai je tudung,tapi perangai macam setan". TAK BOLEH okey!


renung-renungkan, dan selamat beramal... T____T


p/s:
satu lagi pia nak pesan, jika orang tanya pasal kenapa awak bertudung atau kenapa eh semalam pakai tudung hari ni tak, tak payahlah awak menjawab sesuatu yang menunjukkan keBODOHAN atau keJAHILAN diri awak.....

9 comments:

jaya jr said...

bertudung tapi legging..tak jadi jugak..haha

cik arnab said...

tq for sharing.. gud info

anna said...

xsuka sesetngah girl yang kejap2 pakai tdung, pastu buang..mcm main2 je

Sheherazade said...

muhasabah diri

soffya cik bulan said...

jaya jr,
betul dah tu.....
so, jgn pakai tudung n leggging. he

soffya cik bulan said...

cik arnab,
hehe.. weycome adikz

soffya cik bulan said...

anna,
hehe...betul dah tu...
terkena den. haha

soffya cik bulan said...

peri pia.
ye.muhasabh.
harap nnti ada perubahan. insy

Askrie Hishamuddin said...

thanks sudi share entri saya di sini. teramat menghargainya :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SILAP MATA :)