Mar 2, 2011

akan mula beriklan :)

ohh ye, lepas beberapa lama bukak tapak pengiklanan, alhamdulillah, ada seorang pemilik butik yang positif terhadap saya. sangat positif. dia terus sewa untuk setahun terus, dengan mengambil pakej vogue. pakej vogue tu hanya RM10 sebulan dengan tiga entry. okey, saya sangat hargai. dan teruja :)


ohh ye, saya memang bukan blogger tegar sekarang, tak macam dulu, sibuk duk bw sampai tak tidur malam, sibuk komen sana-sini. sejak beberapa bulan ni, kecenderungan saya terhadap dunia blog semakin berkurangan. mungkin sebab blogshop atau dan ditambah lagi dah mula bekerja.


tapi saya sayang blog saya. dan mungkin kerana usaha yang dulu-dulu tu, trafik tetap bertambah dari masa ke masa. means, kalau dulu just 4,5 puluh unique, kemudian naik 100++, then naik 200++, then 300++ lebih sehari. kalau entry okey, mungkin 500++ sehari.


dan jangan risau, walaupun trafik saya hanya 300++ hingga 500++ sehari, tapi viewer melebih 1000++ sehari biasanya. tak tahu orang stalk apa lama-lama kat sini. mungkin rantaian entry pasal heliza, artis-artis dan fesyen bertudung, kot?


so, saya rasa bayaran RM10 itu sangat memadai. insyaAllah, kepercayaan akak ni tak akan saya sia-siakan (ayat cikgu BM, haha). so, saya sedang menunggu pengiklan seterusnya.... positif, positif =)


ohh ye, ini pakej iklannya... murah kan?


PAKEJ PENGIKLANAN:
(pia dah update mulai 24.12.2010)

Pakej cun
- personal blog
-sebulan RM10 dengan 3 special post 
-sewa 2 bulan sekaligus free 2 minggu

Pakej vouge
-blogshop
-sebulan RM10 dengan 3 special posts
-sewa 2 bulan sekaligus free 2 minggu

Pakej style:
-personal blog n blogshop
-sebulan RM5
-tiada special post, cuma muncul secara random dalam entry pia  


boleh jugak ke link ini untuk lebih jelas. tq.


jom jenguk AINEENURRA untuk dress-dress cantik :) 





selamat membeli T____T


psst...
masa mula-mula bukak pengiklanan, ada beberapa blogger yang berminat nak iklan, lepas tu, bila dah bincang-bincang, then, mintak bayar dan baru masuk banner, sampai hari ni senyap. mungkin dia berasa tak yakin dengan pia kot... btw, tak apa, hidup kan kena positif, sebab tu saya tetap letakkan banner kat atas tu, walau tak ada sapepun yang datang tempah. dan tengok, bila rezeki Allah nak datang, dia tak ada hint, memang dia datang. kan? hehe :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SILAP MATA :)