nota baru bangun tidur. tapi ini bukan mimpi. ini kenyataan. HA HA. series, pagi tadi, masa keluar dari putra, aku rasa macam pelik. haishhh, kemana hilangnya orang-orang KL. selalu, jalan macam pasar, sesak kemain. ini orang pun 2, 3 kerat aje.
tak jadi nak ambik lrt nak blik rumah. risau takut takde orang kat stesen. dapatkan teksi dari pakcik tu... dan terus balik rumah dengan aman. kepelikan tu terlerai, bila pakcik tu cakap, hari ni tak ada orang lagi, lengang. esok... ha, baru tau ramai tak ramai. orang semua dah balik sini.
ohh baru aku ingat, semua orang kan balik kampung. bukan semua, majoritinya. eh awak, tak payah balik KL lah ek, duduk kampung tu diam-diam boleh? menyemak je pun ada kat KL ni..sila jangan jawab, ada aku kesah? kalau tak nak rasa pelempang laju-laju.... =P
petang ni tak tau lah pulak macam mana.. nak keluar cari barang kejap lagi... harap orang-orang KL masih dalam perjalanan aje. KEH KEH T________T
1 comment:
hak2...tettt to bad
hari ini hari isnin,amacam?
keluar dgn siapa tu?? :P
Post a Comment