Cardiff, Welsh - hasil siasatan pegawai forensik mengesahkan bahawa seorang remaja Inggeris yang pemalu, pengsan dan meninggal dunia kerana sindrom kematian mengejut dewasa (SADS) hanya beberapa minit setelah bercium buat pertama kalinya.
Jemma Benjamin, 18, bercium sesama mahasiswa universitinya, Daniel Ross untuk pertama kalinya, kemudian rebah di sofa, kata penyelidik itu. Tak lama selepas mereka berpelukan, kelopak matanya "tiba-tiba mulai layu," dan ia mulutnya mulai berbuih.
Benyamin, dari Rhondda, berhampiran ibukota Wales Cardiff, digambarkan sebagai "superfit" dalam pemainan hoki yang tidak mempunyai sejarah masalah perubatan. Autopsi tidak menemukan jejak penyakit jantung dan tidak menemui sebab-sebab kematian.
Penyelidikan mengetahui bahawa dia meninggal akibat SADS, yang membunuh sekitar 500 orang Inggeris setiap tahun.
Ross, 21, memberitahu polis bahawa dia dan Benjamin telah berkawan selama tiga bulan sebelum berciuman.
"Ini bukan hubungan seksual, tapi kami bertemu beberapa kali seminggu," katanya. "Kami pergi ke sebuah bar untuk makan dan kembali ke rumah saya untuk mengambil kad kredit yang terlupa bawa. Kami bercakap dan akhirnya berciuman di lorong dekat pintu depan. Kami pergi ke dapur dan kemudian ke ruang tamu, dan Jemma duduk di sofa."
Dia menambah, "Dia rebah dan tidak sedar. Saya menelefon ibunya untuk mengetahui apakah dia epilepsi."
Pembantu kecemasan memberinya petunjuk melalui telefon tentang cara menguruskan CPR, tetapi ia tidak mampu untuk menghidupkannya kembali.
[berita inggeris asal di sini. maaf kalau silap translate. HA HA]
Okeh moralnya kat sini, bukan romen atau ciuman itu yang nak diketengahkan. tetapi sindrom SADS yang semakin menular itu. malah, kita pun selalu dengar tentang kematian mengejut ini kan kat malaysia. tidur tiba-tiba tak sedar-sedar dah, innalillah...
jadi, sebagai yang hidup, kita memang tak tahu bila kita akan mati, dan oleh sebab itu, terutamanya orang Islam, kita haruslah selalu bersedia. jangan pulak nanti mati sia-sia. ingatan untuk diri ini jugak... okeh, selamat beramal kawan-kawan ye...
3 comments:
mak aih....
kesimpulan :
jangan bercium selagi belum kawen hehehe
kuase Allah
Post a Comment