Dec 21, 2010

Syukran! Pertama-tama kalinya menikmati gaji sebagai seorang GURU =)

ohh ye, yang perlu diingat, ialah bila mention saya cikgu, mesti jaga attitude. tak boleh itu, tak boleh ini. macam orang dalam pantang... tapi betullah jugak, kata orang guru itu idola. masakan tidak, adanya pepatah menyebut, guru kencing berdiri murid kencing berlari. kan?


update kali ni tak nak panjang-panjang sebab dah pagi, tapi mata belum nak tutup. yang cuma nak dikongsikan, ialah rasa kesyukuran ini. bagaimana Allah selalu memberi ujian dan akhirnya Allah mempermudahkan. disimpulkan juga ini adalah rezeki durian runtuh.


kenapa? sebab bila posting cuti sekolah, dan hanya pergi sekolah seminggu berorientasi dan akhirnya menikmati gaji seperti guru kerja sebulan. dan dipanjangkan lagi syukur ini kerana Allah telah mempermudahkan saya berada si sebuah sekolah yang 'sedang-sedang' dalam segalanya... malah, semua pelajar pulak perempuan.


bertambah syukur lagi, bila Allah mengurniakan seorang kerani yang baiiikkk hati dan komited sangat-sangat. yang tidak main-main soal kerja, yang talah mengurusksan fail-fail kami secepat mungkin hingga dapat menikmati gaji yang masuk semalam. kata orang, berdasarkan pengalaman, kerja tiga bulan baru dapat gaji. ohh tidak, itu di sekolah yang keraninya tidak cekap ye. jadi sekarang, silalah beratur cik puan kerani semua, saya nak belanja. bukak sekolah ni ek? ;)


alkisahnya, semalam, kebetulan nak chek duit customer bayar. tapi tengok angka beratur empat. haihh, silap akaun bank kah? tapi bila difikir-fikir, ohh ye, mungkin gaji pun dah masuk.. sebab baru 20hb. syukur sangat-sangat. tengah berkira-berkira nak bayar duit lesen kereta, Allah memberikan pertolongan ini. syukran.


apa lagi, selamatlah semalam seluruh kerabat, dari atuk, makcik pakcik, sepupu sepapat, anak buah semua yang seramai 30++ mengkenduri kfc. dengan pesan kepada mereka, doakan saya ye kalian, moga terus dipermurahkan rezeki.... dalam perkerjaan dan perniagaan. kata poksu, haihh, kalau tiap-tiap bulan belanja macam ni lagi murah rezeki.  hak hak, pandai. otak poksu geliga, boleh buat batu cincin. hehh.


samalah jugak korang, doakan saya okeh? Giveaway akan selalu dibuat di sini.. memandangkan perniagaan soffya eshope pun semakin maju. alhamdulillah =)



cik bulan:
insafi diri. meskipun selalu lupa dengan nikmat Allah, tapi Allah tidak pernah lupa memberi nikmatnya. ya Allah jauhkanlah aku dari kelalaian ini!

9 comments:

Sheherazade said...

Alhamdulillah,happy for u...giliran ku pulak nak merase hak2

Cesc Luzeza said...

selamat pagi cikgu !

blh la blnja kami jugak yerk..huhuhuhhu

Amy Abdul Rahman said...

Okay akak, sila belanja saya kfc :) HAHA

Atiqah Adnan said...

alhamdulillah. Allah mempermudahkan urusan sofiya.. bestnye jadi guru.. ^^ semoga Allah sentiasa murahkan rezeki kita sekalian ya..

Illiana Hidayah said...

tahniah cik soffya..saya ni masih tgu posting belum dapat2 lagi ni..aiyakkkk~

zarifahmr said...

kepsiiii sebaket! hahahaha

noah darham said...

salam..
mengajar dekat sekolah mana tuh??dah dpt gaji boleh belanja choc indulgence nih ;p

kak ina kl said...

alhamdulliah merasa gak gaji pertama. mesti kasi mak dan ayah merasa gak kan.
kamu mengajar kat ner..

Gee Jah Noor said...

cepatnye dpt gaji..g dulu 3bln baru dpt..memang seksa jgkla nk tggu 3 bln..tp bila dh dpt, sonok giler, 3 bln gaji tu...huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SILAP MATA :)