Dec 2, 2010

Bila si dia tertanya...



si dia tu bukan ehem ehem, tapi si dia ni okeh.... blogger hebat, ben ashaari. ini segmen beliau jugak. semalam dah masuk satu segmen hari ni nak join lagi. seperti biasa, dah namanya bertanya, mestilah tanya soalan kan, takkan tanya khabar je kan. dah bila tanya soalan adalah jawapan. nah, inilah jawapan-jawapannya...=]


*Pada pendapat anda , apakah yang perlu ada dalam sesebuah blog ? 
-bagi aku yang paling perlu ada dalam blog, ialah entrylah. kalau tak ada entry, tak adalah blog. hakhak. loyer buruk je kan, marah en ben. actually, entry yang berinfo okeh. walaupun jarang-jarang. kalau tak ada info, bagi aku blog tu tak ada makna. info tu sekadar info tentang fesyen, pasal berus gigi, pasal nasi ayam pun tak apa. asal saja info.



*Bagaimanakah anda mempromosikan blog anda ?
-pertama, yang paling penting bagi aku blogwalking. tu je prmosi paling mudah. lepas tu tinggal jejak kat shoutbox dan komen dan komen. lepas tu geng blogger. tapi aku tak berapa laju sangat dengan GB ni. kurang arif. fb, itu jugak mediujm penting bagi aku. ping je kat mana-mana pages kan senang. lepas tu masuklah mana-mana contest dan segmen macam dibuat ni.


*Blog bagaimanakah yang anda tidak suka masuk ? dan kenapa ?
-serius aku tak suka masuk blog yang tulis guna bahasa gedik. lepas tu, tulis singkatan gila punya over nak mati. owang tak shuke... pergy ar tidow. ohh please. bukan aku nak tuding jari sebab bahasa aku bagus okeh, tapi memang itu terang-terangan bersalahan sama sekali dan menyukarkan pembacaan. makin lambat otak tua aku ni nak faham, makin lambat nak habis baca, makin bengang, makin rasa nak pergi klik X.


*Jika anda masuk ke sesebuah blog , bahagian manakah yang akan menarik perhatian anda ?
-he, tentulah bahagian entry. tengok entry dulu macam mana pun, baru tengok template, header, gadget. tapi kadang-kadang ada jugak blog yang bertemplate menarik sehingga aku rasa tak apalah entry macam gitu je pun, yang penting aku syok tengok template dan header dia. so, layannnn


*Apakah kata kata semangat yang boleh anda berikan buat blogger yang mana semangat mereka telah jatuh akibat dikritik hebat oleh pembaca ?
-ada aku kesah? cakap je macam tu pada diri sendiri. kalau kau yakin cara kau betul dan tak bersalahan dengan mana-mana pun, teruskan saja. melainkan benar-benar salah, berubah. itu je. then, teruskan berblog dengan berfikir aku je yang tahu kenapa aku tulis blog. so, apapun jadi, aku tetap nak menulis jugak.


*Blog bagaimanakah menjadi pilihan anda...
-aku suka masuk blog yang ada banyak gambar. apatah lagi gambar tentang cara berfesyen, gambar keluar outing semua tu. sebab boleh tengok apa yang dipakai. memang blog macam ni, blog pilihan no satu aku. mesti masuk selalu punya kalau dah jumpa sekali.


lepas tu blog yang tulis dengan tetap. means, kalau bahasa dia macam tu, pakailah bahasa macam tu selalu... kalau guna bahasa yang berbunga-bunga atau seperti sasterawan negara, teruskan begitu. kalau tulis macam samseng, teruskan jadi samseng. sebab aku rasa lebih kenal dengan orang yang sebegitu. rasa macam boleh dekat dengan jiwa aku. means, terasa kenal jiwanya bagaimana.


lepas dah jawab soalan, mari kita baca buku pulak, untuk exam esok. mungkin ada soalan baru en ben bagi lagi. kekeke =] -statement pura-pura

ye, pura-pura rajin


tahibulan:
dah tanya, dah jawab. boleh ye en ben?

2 comments:

Peri PiA said...

blog ku wokey kah?hak2 ;P

nak tanya =))

Mama Kembar 3 said...

mama pun tak suka masuk blog yg guna bahasa gedix tu, bukan apa, most of the time tak paham apa yg nak disampaikan.

btw, guna lah gambar dr blog mama, tak kisar :-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SILAP MATA :)