Dec 2, 2010

aku cikgu garang? mengulit kerinduan ketika berpraktikum.

 saja je nak control. nak buat garang pun control jugak ke? hehh
ni bukan apa, ni muka mintak pelempang lah ni ;P

entry aku semalam selamat diterima en ben dan disenaraikan dalam entry ini bersama 26 blogger yang lain. pergh, berdesut trafik masuk. ada yang tinggalkan komen, ada pulak yang follow, terima kasih banyak-banyak. aku sedar ni pun lepas jam 2 pagi masa bukak ladtop balik. sebab lepas jam 9 malam aku dah off pergi kemas rumah.


cakap pasal kemas rumah ni, sebenarnya aku kemas-kemas sambil selongkar kotak-kotak aku yang dibawa dari rumah kakak angkat dan sepupu aku. aku tumpangkan kat rumah dorang dulu masa habis belajar dan habis praktikum. so, banyak lah rete redak yang tak perlu sebenarnya pun, tapi jenis aku ni suka benar menyimpan. lepas tu kemas lagi buang sikit, dan simpan lagi buang sikit lagi. gitulah selalu.


selongkat punya selongkar, jumpalah macam-macam harta. yang tak tahan, ialah jumpa balik kad-kad ucapan hari guru hari tu dari pelajar SMK hilcrest, tempat aku praktikum selama 3 bulan. bukan saja kad, kertas-kertas ulasan dorang (konon-konon post mortem lah kan) juga ada. banyak pulak tu.

rumah sukan; tun sri lanang (merah)


so, aku ambik, aku baca satu-satu. aku gelak. then, baca lagi, aku gelak. dari gelak kecik sampai gelak besar. kalau bab membodek nombor satu student aku nihh. tak perlu nak ajar, memang ada bakat. suara cikgu merdulah (hehh, sebab suka benar bersyair dalam kelas kan. hakhak), cikgu cantik bak permaisurilah (komen lebih kurang, hakhak yang ni lagi aku nak gelak guling-guling) kalau setakat kata aku manis ke apa tu, bolehlah diterima akal lagi kan?

cikgu ni pura-pura tekun dalam library =P

kalau duduk dalam bilik guru pulak, dia paling control ayu dan sopan. hakhak

housemate, ros


pendek kata, semua ayat bodek. bila mana pelajar suka kau, pelajar akan tulis ayat-ayat macam tu lah kan... walaupun ia tak sebenar realiti. yang tu aku tak ambik pot sangat. yang aku ambik pot ialah komen-komen membina dari mereka. aku tahu ramai pelajar cina dan india (kelas pandai) yang komen dengan ikhlas hati, sebab dorang memang bukan bahasa ibunda dorang, tapi bila belajar bahasa itu kena dengan caranya, mereka pasti suka sangat-sangat.


antara komen negatif yang aku dapat dari kebanyakkan student ialah suara aku agak perlahan, lepas tu yang paling banyak jugak dikomen pelajar ialah aku ni GARANG. hakhak. dulu cikgu garang, sekarang dah tak dah. ayat masing-masing. atau cikgu jangan garang/marah-marah sangat, tak lawa atau tak best. hakhak. tengok, kan aku dah cakap aku memang garang. sebab aku akan cari kau sampai lubang cacing kalau tak hantar kerja sekolah atau kalau tak boleh jawab soalan berdirilah sampai ke soalan yang boleh dijawab. siapa suruh tak bagi perhatian atau tak ulang kaji kan? tapi takpe, studen pandai, apa nak kisah kan? sekejap je, bolehlah jawab.




 
 garang ke....?


then, kalau komen positif yang aku dapat dari most pelajar ialah, aku suka bagi penerangan sejelas-jelasnya atau perjelasan lengkap tentang sesuatu terutamanya bila pelajar ajukan soalan. aku jugak suka ajukan soalan kepas pelajar dan pelajar suka sesi tu (komunikasi dua hala) sebab baru tahu mereka faham ke tak. dan yang paling aku terharu baca komen, ialah aku seorang guru yang tidak bersambil lewa dalam mengajar. ye, aku akui tu. yang aku senaraikan kat sini, negatif dan posfitif ni ialah komen yang aku sendiri berasakan kebenarannya. yang lain tu semua komen sama je ha. cikgu comel, baik hati, peramah, ambil berat dan lagi-lagilah ayat bodek.



tak sambil lewa sebab aku selalu akan chek latihan, bawa banyak bahan bantu mengajar seperti lembaran grafik, set induksi aku mesti ada barang-barang yang ku selalu bawak atau aku berlakon ke apa, atau mainan pun aku suka buat, sambil main kotak beracun dan jawab soalan tatabahasa. aku jugak akan pastikan pelajar faham apa yang aku ajar dengan tanya balik soalan. means, kalau tak boleh jawab,  dia  tak faham lah kan?


hari anugerah cemerlangan


komen-komen tu sangat membina semangat aku. yang negatif tu aku akan cuba perbaiki. mana tahu lepas ni pergi ambik kelas vokal ke ye dak? hehe. kasi voice power bagus sikit. lepas tu sekarang dah kena kurangkan garang sebab mengajar sekolah semua perempuan. pelajar perempuan sensitif sikit kan? tapi sebelum ni pun garang aku pun garang light light je, ye dak? hehhh =P (ayat cover)


azam aku, ialah apa cara pun, aku tak nak menjadi guru yang MEMBOSANKAN even mengajar bahasa melayu, yang selalu dianggap membosankan oleh student. doakanlah aku ni selalu kreatif dan tak kering idea untuk kaedah pengajaran aku. aku tetap nak student selalu have fun dalam kelas. biar semua pelajar cintakan bahasa melayu meskipun dorang sebelum ni anggap ia sangat membosankan. apatah lagi, ramai student aku sekarang adalah dari kaum cina, dan sama ramai dari kaun melayu dan india. so, boleh agak-agak sendirilah kan macam mana situasinya kan?


insyaAllah, semoga aku dapat menjadi lebih baik dari masa praktkum hari tu. masa tu, aku akui cara mengajar dan kawalan kelas aku memang alhamdulillah, tapi aku lemah dari buku rekod dan perancangan. so, aku harap selepas ni, aku can do more better dan harap semuanya berjalan dengan lancar. ini cita-cita aku, aku harap, aku dapat lakukan yang terbaik selaras dengan niat aku yang telah tanam dari dulu lagi.


dalam banyak-banyak kad yang terima (penerima hadiah dan kad terbanyak serta jamuan terbanyak yang diaturkan pelajar dari kalangan guru pelatih hehh. bukan bangga, riak je =P), ucapan ni paling menyentuh hati. even aku ajar budak ni masa kelas PJ je pun, satu masa je aku jumpa seminggu sebab share pegang kelas ni dengan seorang cikgu lagi, tapi dia tetap menghargai.


"teacher is a very special gift from God, we must handle it more than a fragile glass" 
-Ngeh Sze Hui-


apapun students, terima kasih banyak-banyak untuk semua kad dan hadiah yang diberikan. he, that means, cikgu tak garang mana dan masih guru yang menyeronokkan lah kan? hehhh =P perasaan, perasaan!


korang pulak, cikgu macam mana korang suka ye? mungkin ada pendapat untuk dirku ini? =) ha, ada satu student yang memang aku tahu pembaca setia blog aku ni, dia komen kan "cikgu, semoga berbahagia dengan encik M" dan "selalulah update blog, blog cikgu adalah sarapan pagi saya" hakhak. mereng sekejap aku baca komen ni. memang dia betul-betul stalk blog aku, nihh? dah tak terharu dah, yang ada haru biru je. kan, kan?


tapi aku suka bila dia cakap, di mana ada BULAN, di situ ada CAHAYA, sebab nama dia tau apa? = CAHAYA AZUREEN. ya Allah RINDUUnya kat student dulu............... sebenarnya dari tadi baca satu-satu kad, mula-mula gelak, gelak gelak lepas tu berair air mata then nangis.... ada sesiapa nak tolong lap air mata tak?

masa peringkat saringan






hari sukan sekolah. rindu saat-saat ni dan rindu dorang semuaaa ni!




hari terakhir praktikum bersama pelajar dari UNISEL

sumber gambar: semua dari entry-entry lama, aku repost balik (picasa web album)


pesan tahibulan:
ini perkongsian je okeh? mana yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan :) tqvm guys!

5 comments:

Sheherazade said...

ade byk pekara nak ckp bile jumpe..Amin

cikgu garang2 sikit..hak2

tahniah!

. said...

wuih.cikgu garang.

Amy Abdul Rahman said...

serious cikgu nye lawaaaaaaa! :)

FiesyaaChacha said...

garang tetap comel babe.. hehe :)

Sheherazade said...

comei oo sumo

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SILAP MATA :)