Nov 7, 2010

mana idea? idea mana?

salam =,=

beku. beku otak aku. otak aku beku. wehh. tak tahu apa nak tulis. tak tahu mana pergi idea? weh idea mana? mana kau idea? menjelmalah... aku tak reti nak manderem kau, jadi lebih baik kau keluar dulu, sebelum apa-apa jadi kat ladtop ni. mana tahu kejap lagi ia jadi roti, buat cicah kari sebab kebengangang dek kebekuan idea melampau, ye dak?

fasa hidup berjalan seperti biasa. menuju hari tua, kata orang. yelah, tak adanya manusia makin hari makin tua, kan? oleh sebab itulah, fasa-fasa ini menjadikan aku semakin lesu dan lemau. sumpah, semakin banyak kau memikirkan sesuatu dengan serius, semakin terbeban otak kau. kebejatan otak pula makin melarat. haihh.

kadang-kadang, kita berasa, how interestingnya hidup ni! wow, wonderfull life! ada kawan-kawan yang menyenangkan, family yang bahagia, rumah yang ibarat rumahku syurgaku, disertai dengan karier/business yang memberangsangkan. itu kadang-kadang.

dan kadang-kadang yang selainnya, yang bertentangan dari itu. yang ohh, teruknya hari-hari yang berlalu. seperti tak punya siapa-siapa. seperti tak indah langsung isi dunia. seperti, rasa mahu mati. mungkin. seperti, sampai bilalah lagi akan seperti ini?

kadang-kadang di antara kita, mungkin akan tertanya-tanya, mengapakah kita? kenapakah kita? sedangkan dalam masa yang sama, ada seseorang yang lain juga, dari situ, sini, sana, yang mungkin mempersoalkan yang sama? ohh tidakkah kita terfikir, yang bahawa setiap dari kita dihujani dengan ujian yang pelbagai, mungkin berbeza tapi beratnya juga sama?

ye, itulah hidup ini... sekalipun aku selalu bertabah hati, aku juga seperti kamu, akan juga pernah jatuh dan selalu menangis. apatah lagi bila hari-hari memikirkan sesuatu, seseorang yang aku tidak pasti, mana hujung, mana pangkalnya, bagiku ia amat memeritkan. apatah lagi, masalah sesama manusia, amat berat untuk dipikul bukan????

idea, ohh idea... di manakah? aku ingin menulis lagi.. tapi bukan tulisan yang begini...;'(


pesan tahibulan:
bukan tentang cinta... banyak jugak draft sebenarnya, tapi aku tak dapat lagi tempek gambar...intenet tak ok


pesan tahibintang:
encik M di sini...bercuti. impiana resort, best sangatkah?

2 comments:

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

jika merayu idea tue xkan datang...
hehehe...

Sheherazade said...

dgn kuasa bulan,dtg laaaa hak2

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SILAP MATA :)