Nov 7, 2010

makan free, memang best ye tak?

 salam...=,=

pelempang free je yang tak best kan, kan? dan dalam banyak-banyak makan free, makan free kat tempat best, sedap-sedap, mahal-mahal tu paling best, ye tak? tapi... kalau tak mahal, tak kat tempat best, tak sedap mana, tapi kalau orang belanjanya ikhlas, dan belanja dengan kerelaan hatinya, itu lagi sangat best, ye dak?

dan tadi, bersempena encik M dan adik-adiknya datang sini iaitu kemaman tercinta indah nian bab i-city ni, mereka nak pergi makan seafood. apa lah sangat seafood tu kan, kat KL tak ada seafood ke? =P kalau bagi duit tu kat aku, masak, dua hari tiga malam boleh makan kenyang-kenyang ye tak? sedap pulak tu. eceh, gaya cakap macam rajin sangat =P kan, kan?

ate aku ni bukan le gheti sangat bab-bab makan-makan kat luar ni hatta tempat ni adalah tempat aku, malah, tempat tumpah darah aku. memang aku bukan kaki makan. sesiapa yang kenal aku tahulah aku macam mana. kalau makan kat luar je, aku lebih suka makan fastfood dan itulah masalah aku... tubuh pun dah jadi macam ayam fastfood, ayam kfc kata kawan baik. hehh. mulut memang nak mintak pelempang saja, kan?

aku jarang pergi restoren-restoren sebab aku ni tak reti nak memilih makanan. pening wehh, tengok lauk bersusun, atau menu yang beratur panjang. mahu lat talilat, jugak... kecuali, kalau pergi dengan kawan-kawan kuat makan. order apapun, tak apa, nanti dia tolong habiskan... ye tak?

aku jugak lambat nak pick up bila orang tanya mana tempat makan best-best? sedangkan sebelum tu, adalah beberapa tempat yang aku suka. contohnya, kat pantai chendor tu. aku suka view dia. tepi pantai. malam-malam, rasa angin dari pantai. sjeuk je. lepas tu, ada tomyam kelapa. unik jugak, kan? ada pulak orang nyanyi karoke. sakit-sakit telinga dengar pun, ada jugak hiburan yang boleh bikin gelak, ye tak? hakhak.

tapi bila orang tanya semua hilang. begitu jugak, kalau orang tanya mana tempat keropok best, dan-dan je time tu lupa segala. blur nak jawab. adehhh, mana tempat ye? masa tu teraba-raba cari punat kat dahi, nak tekan butang memori, nak cari mananya kedai keropok best. haihhh.

sama jugak bila orang tanya, kat mana kedai kopi hai peng yang popular bagai tu. adoii. tempat tu aku tengok hari-hari. meskipun aku tak pernah pergi dah besar-besar ni, tapi aku tahu sangat tempat tu. tapi, bila orang tanya, lagi sekali nak teraba-raba. sama jugak kedai restorern nasi ayam awie yang selalu je aku pergi singgah beli nasik ayam bila melayankan karenah adik nak makan nasik ayam konon-konnya, tapi bulih lupa pulak mana tempat tu. adoii lagi sekali.

lagi sekali adoii, bila orang tanya, mana rumah? flat warna oren ke? adoii... bulih pulak aku tertukar dengan flat tnb. kali ni yang teraba-raba bukan aku, tapi kawan tu. kata flat warna oren, tapi kata pulak bukan flat tnb. adeeeh. rasa nak lempang aku laju-laju tak, kawan?

huhh gilak, gilak... dari nak cerita pasal makan free, terus cerita pasal kedai ke kedai, terus masuk cerita flat. tak apalah, esoklah pulak cerita. penat taip bhai. dah, tidur-tidur. jam 2.30 pagi dah. jom, zzzzZZZZZZZZZZZZzzzzzzzzzzzz =P

pesan tahibulan:
seronok pulak tulis tak berasas macam ni.... hakhak

tanya tahibintang:
nak buat contest shawl..ada sesiapa nak join tak? hadiah dia... tudung ropol2 rozita che wan yang comel bawah ni kot...nak tak?

3 comments:

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

kalau at contest shawl aku leh join kew?
ehehehe...

HAZ_SHAMEER said...

ermmm encik M tu sapa?istimewa ek?heheehe

Sheherazade said...

kamu memang istimewa,nge~ :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SILAP MATA :)