Jun 16, 2010

Unit Dietatik (Bilik Kaunseling Diet) | Lagi tips tentang hospital!

pusat sumber hospital kemaman, terengganu

sebelum ni, aku pernah berkongsi tentang pusat sumber di hospital kan? jadi, sekarang aku nak kongsikan pula tentang unit dietetik, yang punya kaitan rapat dengan pusat sumber. sila baca untuk pengetahuan dan persediaan masa depan... (elok baca dulu pasal pusat sumber)





UNIT DIETETIK (BILIK KAUNSLING DIET)



ini bahagian yang lebih khusus untuk kita tahu tentang pemakanan pesakit. kalau diberi peluang untuk merujuk bahagian ini, tanyalah apa sahaja pasal pemakanan, okay? contohnya, makanan apa untuk pesakit yang tak lalu makan, bila masa sesuai nak bagi makanan kepada pesakit dan apa yang boleh dan tak boleh bagi pesakit makan.



masa ni juga, minta mana-mana pamplet yang berkenaan. contohnya, untuk atok hari tu, aku dapat senarai pemakanan yang tinggi potassium, pamplet untuk pesakit buah pinggan kronik-kencing manis, pamplet untuk pesakit buah pinggang kronik-hipertensi, dan banyaklah lagi.



yang penting, banyakkan bertanya dan memberitahu (mengadulah kira.... dan, mesti ingat details tentang pesakit - apa yang dah dia makan, bila dia makan, apa yang dia suka makan, apa yang kita masakkan untuk dia... ingat semua tu, okay?



kalau kita ada surat rujukan dari doktor, mungkin dia dah tuliskan keadaan pesakit waktu kali terakhir dirawat. contohnya, atok ada kecing manis, darah tinggi dan buah pinggang. tapi doktor tak keluarkan surat rujukan pun masa tu. jadi, aku perlu ingat bacaan kencing manis, darah tinggi dan urea kali terakhir atok diperiksa. senang untuk jadi rujukan.



paling tidak pun, bawa kad hijau pesakit masa jumpa dietation tu, okay?



yang beruntungnya, kita akan diberikan sample mana-mana makanan yang disarankan untuk kita test dulu. kalau okay, baru pergi beli. malahan, pihak pusat sumber ada menjualnya dengan harga yang sangat berpatutuan. contohnya, susu SUECRA untuk pesakit diabetis, di luar dijual dengan harga RM37 tetapi hospital menjualnya dengan harga RM30. untung kan?



begitu juga alatan gantian. contohnya, jarum untuk mengambil darah dan swaps. harganya cukup rendah dan berpatutan. jadi, tak perlulah membazirkan duit untuk membeli dengan harga yang tinggi di farmasi atau kliknik swata, ye tak?




jadi, pilihlah yang terbaik...dan lakukan yang terbaik... aku dah mencuba membuat yang terbaik untuk arwah atok, tapi Allah lebih sayangkan dia. tak sampai seminggu aku membuat termujanji dengan dietation utnuk susulan setelah doktor memberikan atok 10 paket sample susu nutren diabetik percuma untuk dicuba, akhirnya atok pergi dulu...



demi Allah,tiada sedikit pun perasaan sesal bila atok pergi...sebab, sebagai cucu... selama bertahun-tahun ai sakit... aku rasa aku tidak pernah mengabaikannya.... harap-harap macam tu lah, insyaAllah...:)




cik bulan:

aku ingin bercerita lagi tentang arwah atok... sebab aku rindu sangat....rindu sangat...

4 comments:

Sheherazade said...

wahhhh bgs ni,ku tak pernah tahu..thanks syg

FaTiN said...

baru je komen yang entry bawah tekan reload kuar entry ni pulak.:d

al fatihah kat atuk.. atuk saya pun dah pergi 2 tahun lepas.. dulu atuk la yg selalu hantar saya dan adik2 ke sekolah dengan motor. rindu arwah bila baca entry ni..

.::WaNiE::. said...

tetiba rindu kat arwah atok :)

teringat masa dia meninggal dulu, hmm dia macam tengah tido lena sangat

**nanges nanges**

al-fatihah untuk arwah atok sy & soffya

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

sabar...
jgn ingat sgt org yg dah xder...
kuatkan semangat...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SILAP MATA :)