tam, tam...bilalah kau kahwin ye.kenapalah tak ajak aku sekali....hu
sebab itu, nak buat majlis kahwin ni memerlukan masa dan perancangan awal serta teliti. orang tua-tua dahulu tak apa, tak teliti-teliti mahupun meniti-niti
zaman sekarang pulak... macam-macam ada. aduhh, nak pilih kad kahwin satu hal, barang hantaran, barang cenderahati, pelamin, baju persandingan, camera man, tema dan lain-lain. itu baru bab pilih. ni, satu lagi, yang besar dan membebankan lagi bahu yang tak berapa nak terpikul, ialah DUIT... duit, duit, duit.
anggarannya tu pulak... haihh, asyik lari saja kan... anggar RM400 untuk kad kawhin, jadi rm450. lari sikit. itu baru kad kawhin, kalau 10 benda lari RM50, seratus dua... tak ke niaya, kan yop? belum masuk lagi duit belanja luar kawal, yang belanja tak nampak tu. ulang-alik pergi beli itu ini, cari itu ini, angkut itu-ini. huhh, berpeluh ketiak nihh.
jadi, persiapan kahwin ni... memerlukan masa. jangan kau nak kahwin, jam itu juga nak kahwin. pening mak bapak kamu nanti. perancangan kena betul. baru tak terasa sangat terbeban. apatah lagi, bajet tu kenalah sesuai dengan perkahwinan. eh, bukan, bukan, perkahwinan tu yang kena sesuai dengan bajet. (isk, kalau bakal laki haku cakap bajet tak apa, mesti sesuai je dengan perkahwinan yang awk nak, melompat tak hengat lah aku. hakhak.eh tak ada, aku cuma harapkan yang simple je, tapi bermakna...)
jadi beberapa hari ni, kalau aku tak sempat update atau apa-apa tu, itu tandanya aku ni sedang bersiap-siap untuk majlis kahwin lah. baut-buat sibuk faham? :P eh bukan majlis kahwin aku, tapi bff aku... cik mila. jumaat ni dah nikah. jumaat tu jugaklah aku ada small gathering dengan kawan-kawan lama. tak apalah, aku larilah sikit-sikit nanti. sebab majlis sanding hari sabtu. kalau tak malu, jemputlah datang ye... memang meriah gila ni. wedding of the year jugak lah kira :)
30 hb pulak, satu lagi bff aku kahwin. berkampung lagilah aku 7 hari 7 malam kat rumah dia pulak. huhh. semangat bebenar aku ni. jadi, sebab aku bersemangat, tolonglah datang jenguk blog aku ni kalau aku tak sempat update pun ye... he, terima kasih kawan-kawan sebab selama ni pun blog aku tak ada entry masih tetap hidup dan berjalan jugak BE tu tak putus-putus...:)
ha, apa sengih-sengih? engkau dah cukup duit nak kahwin ke yop? tak ada? ha, duduk diam-diam. :P. asal cakap pasal kahwin je, sengih je masing-masing....:P hehh, tak ada 20 ribu jangan mimpi nak kahwin ye kome... :P
pesan tahibulan:
jangan nakal-nakal eh :P
5 comments:
hai pia...sya kembali berblogging..hahaahhaa
kawen bukan sesenang kite cakap k.a.w.e.n...
tenagh pikir bila aku nak kawin ni..ha3
kak yanie baru dok cari check list kawen ari nih...alhamdulilah jumpa....ketaQ gak nak kawen nih hehehhe
byk perlu difikirkan
Post a Comment