Oct 20, 2010

berdiam diri itu lebih baik

ye, sekarang ni aku dah tak nak cakap apa-apa dah. aku lebih rela begini. aku tak nak fikir banyak dan tak nak semak-semak. aku juga tak lagi pasang angan apa-apa. aku juga malas nak membela diri atau memberi alasan. biarkan mereka terus menilai dan memberi hukuman, kerana mereka kan lebih baik dan sempurna, bukan seperti aku yang tak berkeperibadian tinggi seperti mereka.

fikirlah apa saja, katakanlah apa saja... kerana aku tahu siapa diri aku. aku memang bukan sebaik mana, tapi aku tahu hati aku di tahap mana. bukan aku kalau jenis bermuka-muka. bukan aku juga kalau depan manis, belakang pula memburuk-buruk. bukan.

aku juga tahu, di mana bumi ku berpijak dan langit yang aku junjung. aku tahu itu. mana yang baik itu, jangan fikir aku kan lupa. aku selalu ingat... dan menjadi kewajipan pada diri aku sendiri, sedikit-sedikit pun, satu masa akan aku perbalasi budi baik itu... insyaAllah...

jadi sekarang, lebih baik untuk diam.... dalam segala hal pun, dalam segala hubungan dengan sesiapa pun...kan? :)


cakap tahibulan:
rasa damai sekarang di samping keluarga tercinta...biarlah, aku masih punya mereka yang tahu baik burukku...;)

2 comments:

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

sungguh sokong berdiam lebih baek tue...

Sheherazade said...

dan lagi satu,diam tak semestinya kita kalah kan? :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SILAP MATA :)