Oct 23, 2010

aku terima nikahnya...

majlis akad nikah : kediaman khairul (taman perwaja)
tarikh : 22hb oktober 2010 (jumaat)

*******

dengan sekali lafaz, bff aku... cik mila dah bertukar status kepada puan mila. sah, sah dan sah. maka memang sahlah sudah. sah sudah dia milik khairul kini. alhamdulillah, alhamdulillah. akhirnya, segala yang dirancang terlaksana juga dan menjadi mengikut yang diharapkan. syukur :)

aku juga tumpang berbahagia. bila melihat senyuman yang terukir di bibir kawan, dan raut kegembiraan menghiasi wajahnya. ohh dah tak boleh gegeh-gegeh lagi, atau mengedek-ngedek ajak dia teman itu ini atau selalu sms tak kira masa, tanya eh baju sekian-sekian ni sesuai tak untuk aku... dah, dah. dah tak boleh dah. nanti khairul tanya, eh ehkau tak reti-reti ke, yang dia ni dah ada laki... pelempang laju-laju, nak pia? =P

bermalam-malam aku tidur rumah dia. bermalam-malam jugak aku menghadap kerja-kerja persiapan majlis hari ni dan esok. ohh banyak sungguh yang aku belajar. yang paling best bila mula rapat dengan ahli keluarga dia yang jauh, yang tak pernah aku jumpa sebelum-sebelum ini dan mendengar cerita saja.

contohnya, maklong yang pandai memasak dan banyak cakap macam arwah atok tu. sampaikan, mula-mula nama aku ni jadi sapiah, lepas tu, jadi sofia, lepas tu jadi sufiah. hakhak. gelak terkangkang-kangkang aku. (hodoh benar rupa gelaknya ye...hakhak). tak boleh blah betul.

dan macam-macamlah belajar. paling penting yang aku tahu, dan selalu tahu, buat kerja nikah kahwin ni bukan senang. banyak sangat benda. kalau bersedia macam mana pun, mesti ada jugalah yang terkurang situ-sini. namun aku harap, majlis esok akan menjadi yang terbaik... insyaAllah :)

banyak nak aku kongsikan. tips dan petua barangkali... sebab banyak yang aku terbelajar seminggu ni. dan esok aku banyak tugas nak buat rumah dia. pagi-pagi lagi dia dah cop dan bagi kerja dah. koman-koman pun jadi bodyguard. hakhak.

jadi, karangan malam ni setakat ini saja, aku nak tidur dah. tunggu esok-esok aku cerita satu-satu. dari tips pemakaian inai lagi hingga bab memilih-memlilih ni. sebab aku ni juara pakai inai. suka sangat pakai... :). ni pun aku pakai... kalah pengantin der... tapi tak apalah, yang penting, pengantin tetap vogue gila-gila!

layan gambar sikit... jom :)

sebelum akad nikah.dalam bilik

saya dengki nihhh!
 buat-buat sibuk nak tolong. tolong jahanamkan ada lah. hu :P
semasa akad nikah. cool babe!
selepas akad nikah.hoooray, aku dah kahwin, yeahh! eh silap, dia.bukan aku :P




  
=)

pesan tahibulan:
tengok berinai bagai, ambik berkat.hu :P
jangan kutuk-kutuk kawan kita, puji boleh = ]

4 comments:

cik arnab said...

cantiknya kak mila,huhuh..persandingan macam artis dah..hehe.. tahniah kak mila..congratulation..now u hv ur new life.. hope u will be a good wife.. selamat pengantin baru.. semoga berbahgia ke anak cucu.. adik xdapat hadir majlis akak, ada aral yg xdpt di elakkan..

Kik0 ♥ QiLaH said...

nak kawen jugakkkkkkkkk.
huhu..

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

cantek penganten...
bile yong???

Sheherazade said...

cantik :)

nti ade org tu lagi cantik,nge~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SILAP MATA :)