Oct 9, 2010

pengikut ajaran sesat aku ngam-ngam 500

daha dapat 500. lepas ni nama blog nak tukar jugak..hu


eh, eh jangan terpedaya dengan tajuk. tajuk selalu pelik, tapi sesat-sesat memang tak ada kat sini. makan langsat memang banyak.hakhak. urm, ni satu. nak kata ngam-ngam, rasa dah terlebih... tapi yang peliknya, bila aku chek, yang ke-500 tu dan ke-501 tu sama orangnya. haihh, boleh ke?

bukan ke kalau dah follow, kita takkan boleh follow lagi sekali. kalau kita follow algi sekalipun, ia akan jadi angka yang sama, juga kan? eh pengikut, tahu lah nak dapat hadiah follower ke-500 tapi tak aci main tipu, tamak haloba macam ni... sampai rembat dua, kan, kan...

aku cuba chek. mana tahu ada sindiket palsu apa ke kan.. atau kumpulan mafia yang cuba nak mempermain-mainkan perasaan aku yang sedang teruja suam-suam kuku ni. tapi... malangnya, bila aku cuba masuk ke dalam blog follower yang ke-500 dan ke-501 ni, mesti error. problem loading. dan dia cakap, try again. aku pun try dengan again-again, sambil minum susu weight gain, masih sama. masih.

yang peliknya dan menambahkan kepelikan aku ialah, kedua-kedua blog ni berURL ini http://ik.my/tokguru dengan nama apa tau, psst..untuk 18+ sahaja!. ohh apakah? jadi sekarang aku dah tahu kenapa aku tak boleh masuk... tentulah sebab adanya aku ini belum cukup umur. ha, baligh pun belum.... :P

oii kawan, apa ke halnya main-main ini macam dan bikin wa susah... nak makan pelempang laju-laju wa ke? ada berani? babab karang, bak kata dini. atau lu ni... sebenarnya siapa, kawan, atau lawan...? :P

aku sebebarnya rasa macam ada yang tak kena dengan follower ke-500 ni... kalau follower ke-500 ni memang orang yang sah kewujudannnya dan mempunyai taraf kerakyatan melaysia beserta kad pengenalan biru, silalah tinggalkan komen dengan nama berserta no ic, tak pun no telefon sendiri, bukan no telefon bomba atau apa...

sebab nak bagi hadiah sikit... kerana, mengikut entry ini, kan aku dah tersalah cakap jadi aku kena kotakan, hakhak, follower ke-500 akan dapat hadiah menarik... tapi kena tahu dulu, ia ni feminine ke maskulin? okeh?


 
 update:
dah boleh masukkan gambar tapi cara lain dari biasa...he, gambar pergi i.-city semalam :)


pesan tahibulan:
silalah berlaku jujur dengan aku kerana aku akan selalu jujur dengan kamu...:)


cakap tahibintang:
tadi cik bulan pergi i-city buat kali ke-II dengan membawa seluruh penduduk kampung... :P

repekan meteroid:
cuba beralih sikit-sikit... blog ni mungkin tak lama lagi bertukar kepada blog yang tak lagi guna bahasa skema, sebab ia akan beralih kepada blog lain..:) bak kata blogger naman, jadi cikgu tak semestinya kena skema, cuma aku masih ingat, yang aku ni bakal cikgu bahasa melayu, tu kena jaga-jaga sikit. tapi insyaAllah, akan cuba tak guna bahasa rempit dan bahasa gedik keterlaluan :)


tanya si buruj:
kenapa masih tak dapat masukkan gambar ek?adoii

4 comments:

SoFie NuR said...

jeng jeng jenggg!!
sungguh misteri...
jom kita investigate jom!!

hamzah ian said...

sesat?? har har har

ardinihumaira said...

;) makin ramai tu...
hehe... betul3 jadi ckgu tak semestinya guna bahasa skema. din duk guna loghat tganu je hik3

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

hehehe...
aku tergolong pengikut ajaran sesat eh???

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SILAP MATA :)