Sep 14, 2010

mencari follower ke-500 | jejak kasih di hari raya ke-4

follower ke-500


500 okeh, bukan 5000 mahupun 5000 000




tengok entry pun dah faham ye dak? jadi, apa tunggu lagi..promote kat kawan-kawan blogger tu untuk mengushar blog ni dan menjadi follower yang ke-500 soffya cik bulan punya main blogspot. tak ramai dah pun..jadi, sila cepat!=)


apa kes nak jadi yang ke-500? he..tak ada kes apa-apa bro, cuma adalah sikit cenderahati dari aku untuk kamu tu. tak istimewa pun, cuma bolehlah dijadikan kenang-kenangan antara kita. ha, jangan lupa juga, sesiapa yang menulis entry mempromote yang aku rasa sangat membantu untuk kemasukan pengunjung baru sebagai follower blog ini, aku juga ada sesuatu untuk kamu..


ohh ini bukan contest montest. tak ada test-test yang nak disprint test. ini hanya suka-suki saja. antara aku dan kamu, kamu, kamu. kikiki (sengih yang tak ada maknanya...hu) sesiapa yang alert dan best sangat tu, memang boleh catch up hadiah-hadiah yang tawarkan ini;

  • satu hadiah untuk follower ke-500
  • satu hadiah untuk promoter terhebat dan best!

soalan & jawapan:

  • perlu ke buat entry?-ohh tak perlu buat entry pun, cuma follow saja untuk jadi yang ke-500... buat masa ni aku remove widget follower supaya kamu tak tahu, kamu yang keberepa, dan berapa lagi nak cukup 500 kan? -buat entry kalau nak promote benda ni untuk rebut hadiah kategori kedua. yang ni aku galakkan untuk follower lama...mana tahu kan?sila letak banner atas tu sekali (kalau rajinlah) dalam entry kamu tu..yang lain-lain terpulang pada kamu  nak buat macam mana gaya pun...=)
  • macamana nak bagitahu?-lepas follow/buat entry, tinggal saja komen kat bawah ni dengan NAMA & URL masing-masing ya...=)

lagi-lagi soalan, boleh je tinggal komen ya..atau jerit kat shoutbox aku tu ha..=) hope join ramai-ramai okeh?


P/S:
HADIAH LAIN MUNGKIN ADA JIKA AKU TERASA PERLU TAMBAH..MANALAH TAHU KAN... EH TAPI INI BUKAN CONTEST OKEH? JUST SUKA-SUKI SAJA...=) JADI JANGAN ADA YANG PANDAI-PANDAI NAK CLAIM MACAM-MACAM =P

*********

jejak kasih di hari raya ke-4

apa kemalangnya, semalam si shuhadah baru saja balik kampung aku tu. dia asalanya beraya kat terangganu. dah bila ada dia, ada motor, mulalah aku nak merempit kan... tapi bukan merempit samai tersepit, cuma merempit ala-ala diva berjalan-jalan ronda kampung sambil lambai-lambai gaya miss world naik pentas ambil award tu. ahaks, kemas, perasan! hakhak =D


okeh, yang jadi ceritanya... kami mungkin langkah kiri. niat di hati nak jejak member-member lama yang dah lama tak jumpa.


pertama, pergi rumah salamah binti amat (hakhak, sebut nama penuh tu......supaya dia dan keluarga dia, serta seluruh keturunan dia tahu yang aku pergi cari dia), di blok A, bdr seri bandi. tapi... hampa, dia sudah pulang ke pangkuan mydin terengganu, meneruskan kerjayanya sebagai supervisor berjaya sambil menolak troli di Giant untuk meneruskan kerjayanya sebagai suri rumah tangga masa aku call tu apabila mendapat nombor telefonnya dari bondanya.


cuba kau bayangkan frust tak frust aku ni? tapi tak apa, teruskan langkah untuk jejak kasih seterusnya...


kedua, rumah sabrina binti yusof. fuuh, juga hampa. sudah meninggalkan suami, pulang semula ke kolej (nursing) meneruskan perstudian. kemain bergaya aku pergi melaung bagi salam, tapi tiada jawapan ku terima, langsung pergi cari di rumah mertuanya, juga hampa.


yang ada, hanyalah iparnya sahaja. kalau kau jadi aku, masih bersemangat tak?aku, tetap bersemangat. lansung meneruskan percarian.merempit lagi....


ketiga, rumah juliza binti mamat. ha, ini bukan sekelas ke , seusia ke apa...tapi lagi tua dua tahun. tahu dia ni siapa? bekas gf abang sepupu aku... tapi, meskipun begitu, kami baik... baik sangat. dari dia jadi gf sampailah tak jadi gf. lama dia jadi gf abang sepupu aku. masing-masing sayang nak mati, tapi ada ego masing-masing. tpi bila abang aku tu nak kahwin, mulalah menangis masing-masing...huhu.


tapi sekarang, kak jue pun dah kahwin juga.... dan kerana dia dah kahwin, maka dia beraya rumah mertuanya di shah alam. maka, kau rasa percarian aku ni hampa ke tak hampa?


hu...hampa lagi...bak lagu to'ki.aduhh...tapi tak apa, aku dah dapat contact number dia setelah menghilangkannya tempoh hari.


kata syuhadah:
aku...dok kenal mana doh budok-budok sini.dok cara etek.

kata aku:
ye ah, aku dok cara mana gok ke budok-budok ni... sebab tu orang pun dok cara gok ke aku...=P


hakhak, gelak.=,=


betul tak, kalau kita take care, orang akan take care kita lah kan? kan dah cakap, what you give you get back..ye dak?=)


gambar bukti? tak ada =,=


pesan tahibintang:
selamat bekerja untuk yang dah mula bekerja...sabar ye yop..;)

4 comments:

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

500 dak polowwers nye yew yongg..
:)

Sheherazade said...

huhu,lihat kamu dimana didunia blog sekarang

tahniah

hamzah ian said...

kenapa mesti ke500????

takde penghargaan ke bg gua ni yang jadi follower terawal dan menyokong dari dulu??

ahhahaa..

gurau2 je,., aku pun baru je sampai sini.. hjehe

cik helena said...

pyaaa rindu!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SILAP MATA :)