Oct 15, 2010

dah cuba berkawan tapi tak boleh. aduii.

aku ni kan sejenis wanita yang kalau dah bagi hati kat orang tu, orang tu je dalam fikiran hati. bila nak fikirkan orang lain, bila nak buka hati kat orang lain, rasa payah sangat. betul kata orang, macam mana nak merasa cinta, kalau kita tak buka hati kita untuk menerima.... ye tak?

kata orang, kenali dulu ramai orang. masih belum terlambat untuk memilih... tapi itulah, sukar untuk aku menerima dan kemudian memberi. serik pun ada, bila mula kenal orang, aku mula rasa ahh dia tu macam sipolan A ahh dia tu macam sipolan B, yakni mereka yang pernah ada dalam hidup aku dan membaut aku terluka.

aku ni bukanlah baik sangat, tapi aku rasa aku taklah buruk sangat. sama macam kamu semua juga... aku juga tak memilih sangat. cuma kadang-kadang aku mencari seseorang yang macam aku 'suka' dan 'harap'. aku harap seseorang macam dia ni, cuma berbeza macam ni, macam tu...hakhak, memilih ke? tak kan...

tapi terus-terang, aku memerlukan seorang teman 'baik' dalam hati aku... encik M? usah ditanya. aku dan dia, 'mesra' tapi dia selalu memberi ruang untuk aku memilih yang terbaik, kerana aku masih muda... :) keadaan kami, hanya aku dan dia saja yang tahu...T_T

sebab tu status aku di mukabuku, adalah SINGLE. (eh, perlu ke caps lock?hakhak) :P


pesan tahibulan:
encik M selalu dalam hati aku... selalu menjadi pilihan aku yang teratas, tapi aku rasa ada jurang di antara kami. jadi aku harus membuka ruang hati ini untuk seseorang... he :)

6 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SILAP MATA :)