Sep 21, 2010

kamu bahagia saya pun bahagia...

 kami ; zaman kanak-kanak ribena. sem 3, 2008

tak lama lagi.... bulan 10 dua kawan baik akan ke pelamin berganti-ganti. haihh, gembira. apatah lagi, ulang tahun kelahiran adalah 31 oktober 2010. tarikh pula seperti berjanji-janji, ;) semoga majlis kedua-duanya nanti berjalan dengan lancar dan mengikut perancangan...


ena & mila

23hb oktober 2010 ; mila dan khairul (kampung mak lagam, kemaman)

31hb oktober 2010 ; ena dan rizal (kampung fikri, kemaman)


triplet
masa ni aku dah bergelar tunangan orang...T_T
 
triangle=mila.pia.ena

masa berpoya-poya tak ingat dunia..dua tahun lalu...

.
.
.
.
.
.

pergi genting highlands, sem 7, 2009

si dia tu masih mencari-cari yang TERBAIK...
si dia tu pula sudah mempunyai yang terbaik, tunggu masa saja...T_T


wahh, gembiranya dalam hati. meskipun bukanlah majlis empunya diri... tapi rasa tak sabar menanti. seakan-akan dapat melihat sinar kebahagiaan yang bakal memenuhi keriangan hidup dua sahabat. ya rabbi...mohon yang terbaik untuk kedua-duanya ini....


tadi, menemani ena ke kuantan beli barang-barang untuk majlis perkahwinan dia. sampai malam. ohh ini satu, belum yang satu itu lagi. dua-dua punya keistimewaan dalam hati. ohh, harap persahabatan ini kekal abadi...


saya, kalau berkawan... memang berpanjangan dan berkekalan. itulah biasanya. sebab saya tak mudah lupa.. saya akan selalu ingat siapa kamu pada saya. siapa dia di masa saya begini, begini. meskipun saya pernah terluka atau berguris hati, tapi saya tidak keras hati. itu saya. saya bukan berhati batu. saya boleh menjadi serendah pepasir di lautan, bermohon maaf dari kawan. saya boleh. dan saya juga senang memaafkan =,=


hidup ini indah. malah bertambah indah bila punya yang menyayangi dan disayangi... tapi paling penting, ialah kawan. kawan... kalau kamu bahagia, saya akan turut berbahagia T_T.  jadi, saya harap kamu jangan tersilap langkah. moga rahmat tuhan mengiringi langkah dan perjalanan kamu...


 konon-konon.berusaha keras untuk nampak tinggi!

penderaan!
saya dah macam pencacai angkat barang.muka pasrah atau parah?



till the end...


kawan...
bila kamu ku lepaskan pergi dalam dakapan seorang kawan yang lain,
yang buka muhrim bagimu...
yang perlu kau tahu...meskipun ia adalah 'sesuatu' bagimu
tapi sahabat tetap sahabat,
yang tetap kau datangi bila tiba waktu sukar bagimu...


itulah aku, 
tetap dan 
selalu 
di sini...
untuk kamu 
=,=

itulah kawan!

selamat berbahagia dua insan terpilih dalam hati aku... mila & ena. 



dua si tinggi dah nak kahwin...

dah tu, si pendek ni bila lagi?

p/s:
agaknya..kena jadi tinggi baru cepat kawhin ye dak?hakhak ;P



pesan tahibintang:
eh, sedia duit cepat-cepat... banyak wohh nak pakai nikah kahwin ni...aduihhh... ada sesiapa nak jadi bank tak?kekeke.




tanya tahibulan:
hadiah apa ek cik bulan nak kasi pada dua sahabat ni? yang terbaiikkkk punya...

nanti menysul kisah shopping raya part II pula...=) 
semua gambara kebanyakkan dari friendster dan fotopages saya =,=

10 comments:

Peri PiA said...

cemburu...

ku jua bahagia,jika mu bahagia

cik helena said...

tulah..bila tgk kawan nak kawen rasa sedih pon ade..huhu tapi jodoh lum sampai nak buat lagu mana kan?

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

pendek kene pilih yg terbaek dulu...
:)

Uruchimaru @ kf said...

bkn ke cik safia ade incik M?
hee..=)

arianna alhaddad said...

firstly, very nice pic. remind me to our time that we had together :)
secondly, its ok to be shorter than us. but u always be on the top in my heart :)
thirdly, thanks for being my friend. and u are my best friend forever
fourthly, i love u so much laling :D

*moga cepat ikut jejak kami. naik pelamin! hehe

soffya cik bulan said...

peri pia,
hu...cemburu apa2 an sih..?
same wif me sis...;)

soffya cik bulan said...

cik hel,
btl tu cik hel...segalanya hanya tuhan saja yg tahu...

soffya cik bulan said...

ceroi,
aahh.si pndek tggu putera kayangan..;)

soffya cik bulan said...

kf,
hi..incik M byk slow...
kui3

soffya cik bulan said...

arianna,
yup..one to four...semua btl.
dn sama...
love u much!

harap ada jodoh terbaik yg menanti..insyaAllah..;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SILAP MATA :)