Aug 18, 2010

Semasa pulang bertemu kemalangan. Dasyat. Melayang baju sejuk kesayangan.Ohh!

nak kata dasyat sangat tak adalah juga, tapi sebab aku pun tak terbiasa menghadapi situasi begitu, bagi aku agak dasyat. tapi dulu pernah lah sekali terlibat dalam kemalangan kecil...baik, sebelum cerita perihal kemalangan, aku nak cerita dari awal bagaimana perjalanan bermula. kan hari tu aku ada buat entry balik kampung itu best dan menterujakan!... ha ini adalah sambungan ceritanya kawan. jadi baik kamu baca entry itu dulu dan menyambung di sini ye :]


malam itu seperti yang telah aku hebohkan, konon-konon macam aku sajalah yang terajin di dunia ini menolong kemas rumah bagai, aku pun dijemput oleh kak elly balik untuk pulang ke kuantan, sebab esok kami ada program di sana. jadi, cerita kemalangan ini pastinya bukan lah di kemaman ye kawan-kawan. cumanya, pada malam itu aku tergerak hati ingin memakai sweater putih aku yang lama dulu padahal lama dah aku tinggal kat rumah. sejuk, fikir aku.


[si baju sejuk putih]


siang esoknya, seperti biasa, merambangkan mata di bazar juadah bak kata encik M, silau itu ini, menuruti kehendak dik Paan yang perut buncit, grrr... maka berjalan pulang. bukan berjalan kaki, tapi berkereta. best yang amat membeli-belah di situ tapi mmasih aku ingat bahawa membazir itu amalan syaitonniraajinn maka, aku tak adalah membeli sakan.


[ ketika balik dari pasar juadah..]


malam itu pula, aku berbuka puasa dengan cukup riang sekali memang tak ingat kau langsung sebab berbuka kat kampung kan... mak kak elly masak ketam cili api. dah apa lagi, bantai cukup-cukup. memang berselera tapi...dalam hati, masih rindu masakan emak kat kampung. aduhai...rindunya... selepas berbuka, macam biasalah ke trawikh dan yang paling bestnya ialah surau dia depan rumah je. maka, bersama-samalah aku dengan warga tua semuanya di situ...


kemudian, balik tu, melepak punya melepak, aku yang dah mengantuk ni pun melayarkan bahteraku dahulu hinggalah gelak ketawa kak elly yang geli hati pasal apa pun tak tahu, telah menjahanamkan mimpi indah aku tadi. jadi, sekitar 12.40 a.m kami bergerak semula ke tanjung malim. katanya abang azrul, bas malam memang macam ni. grrr...bas sendiri ye dak... dan malam itu juga, hati masih tergerak untuk memakai sweater putih walaupun sudah berlengan panjang.


ketika inilah cerita bermula....kamu tahu tak Sungai lembing, Kuantan? panching? kalau tahu, angkat baju cepat. eh, eh...angkat tangan atau angguk laju-laju. ye, bagus. malam memang pekat hitam. mata aku pula terang sebab tadi dah beradu kan. kalau tak, memang awal-awal lagi aku dah melayarkan mimpi...masa melepasi sungai dekat bukit Kuin,tiba-tiba...


abang azrul u-turn balik. eh eh kenapa, kenapa...??ada orang terbabaslah jawabnya abang azrul. masa tu aku naik curiga juga, adakah ada sandiwara semasa? yelah kan...macam kamu tahu, banyak betul kemalangan tipu untuk merompak, merogol dan sebagainya kan. jadi, aku was-was juga sebab tadi aku tak nampak apa-apa, tapi rupanya memang ye. teruk. pokok patah...kereta jahanam kat depan tapi malangnya aku tak tersempat nak ambil gambar kejadian.


abang azrul dan kak elly bergegas memberikan bantuan sebab masa tu tak ada sesiapa lagi yang nampak. dua orang perempuan. kasihan sungguh. ish, kalau aku lah, memang pengsan dah ni. yang memandu pula tak ada lesen, katanya baru ambil kawan dari stesen bas kuantan. yang si kawan tu pula memang kesakitan. sebab dia pula tidur tadi, jadi tak sedar apa-apa, so memang terkejut lah kan. tengok kenderaan dia, macam penumpang teruk, tapi alhamdulillah dua-dua okay. cuma, si pemandu cedera di lutut dan si kawannya, lemah sangat jadi, kak elly pangku saja dia.baringkan dia atas riba...aku agak, dia ada kecederaan dalaman. sebab darah memang tak langsung, tapi mesti belakang dia terhentak kuat kan...


kasihan aku tengok si pemandu tu. dari gayanya, aku agak dia ni memang berani. gaya pun agak kelakian. dua-dua anak remaja, aku agak baru 20 tahun, atau sebaya-sebaya aku. yang pemandu tu memang menggelabah sebab dia tak ada lesen, kereta rosak teruk, dan kawan dia pula sakit macam tu. aku faham perasaan dia... masa tu dia berkali-kali cakap...


"saya tak pandu laju. dalam 60-70 saja sebab saya tahu malam. saya pun tak tahu, mula-mula ada benda melintas, mungkin babi (khinzir), saya elak, lepas tu ada sesuatu macam benda putih terbang, saya terpegun tengok...lepas tu saya tak dapat control kereta dah..."


lebih kurang macam itulah katanya dia. orang-orang yang ada kat situ pun percaya cerita dia sebab situ memang banyak kes macam tu berlaku. kata mereka, iblis lah tu...ohh misteri sungguh. kamu pernah menghadapi situasi begini tak? janganlah... minta simpang malaikat 44.taip kat sini pun aku dah rasa ngeri, seriau semacam, apatah lagi menghadapi.isk.


melihatkan si kawan yang terlentang, dan agak seksi, jadi aku pun buka sweater putih yang aku pakai... aku hamparkan menutupi dia. maka, sehingga ambulans datang pun, sweater itu bersama dia dan selamatlah sudah, sweater itu pergi dalam kenangan. bye bye sweater putih, semoga kau akan terus berbakti. actually, aku sayang baju sejuk itu sebab ia selalu jadi penyelamat bila nak cover baju lengan pendek, atau dalam kesejukan. yang aku selalu bawa ke mana-mana, ke genting, balik kampung...satu lagi, ia tak besar. selesa pakai. tapi mungkin itu takdirnya...jadi, selamat tinggal sweater putih...


selepas ia selamat dibawa ambulans (kira-kira sejam selepas kejadian), kami pun meneruskan perjalanan. aku tidak lagi tahu apa perkembangan mereka...bagaimana kesudahannya dan di mana kini si baju sejuk kesayangan..tapi aku harap, mereka merasai kasih sayang aku dalam baju sejuk putih itu. tak ada apa yang boleh ditolong untuk meringankan penderitaan mereka, hanya itu sahaja....mungkin itulah hikmahnya. kenapa hati begitu tergerak nak pakai, rupanya ada rahmat yang menanti. rupanya si baju bakal berbakti...


apa yang aku harapkan, mereka berdua selamat hendaknya dan tak ada apa-apa yang teruk...itu satu. satu lagi, kereta itu.aku tengok mak budak tu bukanlah orang senang. agak-agaklah sebab memang tak boleh cover insurans (tak ada lesen), berapa habis tu nak baiki kereta. aku tak boleh weh...memang aku jenis fikir itu dulu sebab aku tak boleh tengok macam mak aku sendiri pun susah sebab aku. jadi, bila aku tengok mak dia susah-susah datang masa tu, susah hati pasal anak lagi, pasal kereta lagi, kasihan sangat... harap ibu itu tidak menaunggung bebanan yang besar akibat kejadian itu...


jadi, kawan-kawan...nasihat aku...

  • jangan memandu tanpa lesen.jangan kawan. masa kau memandu tu kau tak fikir lagi akibat dia sebab tak jadi apa-apa lagi, tapi bila jadi apa-apa, masa tu baru kau menyesal tak sudah.kalau kawan kamu mati tika itu, kamu juga boleh dicas menyebabkan kematian okay...tak silap akulah...
  • bila memandu selalu beringat.banyakkan membaca nak-nak malam kan. macam-macam ada nak kacau kita. adik paan cakap, kata bulan ramadhan tak ada syaiton, tak ada hantu? eh bukan, bukan ia tak ada, tapi power atau keterbiasaan dia tu terbatas.itu saja. jadi, beringatlah banyak-banyak..
  • ni nasihat untuk aku juga. silalah pakai elok-elok dalam perjalanan risau takut jadi apa-apa, sadis sangat. contohlah, pernah mak aku cakap ada orang jatuh motor, tapi tak pakai underware.huhhh, dasyat.jangan ye kawan buat yang pelik-pelik.
  • membantu selagi termampu. macam kak elly dan abang azrul...meskipun dah terlewat perjalanan, tapi masih juga duduk di situ membantu. aku respect mereka ni bab tolong orang...sangat tip-top. susah macam mana pun mereka cuba...

itu sajalah kot aku nak cakap...jadi kawan-kawan sama-samalah kita mengambil iktibar dari peristiwa ini ya... semoga kita selalu dipayungi rahmatnya. ops sebelum terlupa, saya dah update sidebar blog ni. kat situ, semua entry tips, tutorial, sharing dan fesyen bertudung yangaku pernah buat aku listkan, jadi, kamu hanya perlu klik-klik saja untuk membaca ya... selamat membaca dan mencuba kawan-kawan. semoga penulisan-penulisan aku itu bermanfaat....:]


Notabulan:
Tips ke, apa-apa saja boleh dicilok...asal dinyatakan sumber dari mana ia diperolehi. Ketelusan anda dalam hal ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih ye kawan-kawan...




Notatahibintang:
nikmatilah hidangan resepi aku yang begini...satu entry saja satu hari dan pastinya agak panjang...baca mana yang nak kamu tahu, skip saja jika ia tidak perlu bagimu...tapi jangan lupa untuk meninggalkan pesan juga jejak. dan selalulah berkunjung kemari. ohh ye, autopost selalunya jam 8.00-9.00 am setiap hari..:)

7 comments:

Sheherazade said...

baik sungguh hati mu sayang...

semoga kite semua dilindungi Allah

deqyalalink in-situ said...

ha lagi2 time musim ujan ni, drve carefully ! benti tepi kalau dah x nampak sgt ..:)

cik helena said...

moga moga mereka tak apa apa lah ye... :(

Kie-yu said...

entri banyak nasihat
ai loike~!

hehe
begitu vouge cik pia ke bazar ramadhan :D

Unknown said...

sempat lg snap gambar :D

my recent post:
MELAYU BABI | BUKTI 1 MALAYSIA GAGAL

Belleza~ said...

suka entry kak soffya yg ini.rs mcm dlm drama pn ada jugak.dan akak punya cara menyelamat tu mmg best la.mesti org tu nanti ingat akak sampai bila2 sbb tolong dia dgn sweater putih tu.msti lps ni dia lebih berhati2 dlm pemakaian dia hari2.dan akak dh dpt pahala berganda =)) insyaAllah.

Mat Sentap said...

kalau memandu gne lesen org lain boleh x cik bulan???hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SILAP MATA :)