Jul 25, 2010

rupa bonzer pun ada


 [cuba teka, yang mana satu aku?]


aku tahu kalau tunjuk encik M mesti encik M gelak hodoh tengok ni...ala, benci..jue, siapa suruh kau tayang gambar ni kat facebook? aku mogok lapar karang, baru kau letih nak pujuk.. (tapi i like sebenarnya..hakhak. ada sentimental value kat situ...) eh, tengok seluar aku pakai tu..seluar silat tau? ha...jangan tak tahu..jangan main-main sama wa (sambil angkat jari telunjuk, tanda awas, kamu!). tengoklah baju pula...gaya-gaya micheal shummacher tu der..hakhak.



okay, ni adalah gambar yang diambil masa lepas sukaneka asrama, masa form 4. hakhak, masa ni kiteorang team yang score banyak game lah. mana tak score, cuba kau tengok muka satu satu... kalau masuk world cup pun gerenti menangis c. ronaldo awal-awal lagi. yang paling tak tahan tengok muka sendiri, rupa bonzer pun ada.adoiii.....



masa ni team dorm kita orang juga main netball. apa lagi, pulun lah semua... team berjuang sampai mati, agi idup ago gelaban, memang kuat main di samping kuat gebang. yang asyiknya, si naniey, shooter kami tu, kalau main ikut kepala dia. orang cakap kaki tak boleh gerak, mahu gerak juga. sudahnya, banyak gol tak kira. fuhh. tapi...tangan macam ada pembaris, selalu score walau lempar bola bodoh je nampak. memang terror wa cakap lu, tang dia aim macam mana tu, ha tu yang kita tak tahu...:P

 

zaman sekolah, aku main silat untuk sekolah dan pernah pergi wakil daerah untuk pemilihan mewakili negeri terengganu untuk SUKMA 2004. sedih sob sob sob... team kami kalah satu anak tangga di tempat kedua... dan aku dah syak, ni lah penghujung karier aku dalam silat. aku jadi malas yang amat...lepas tu, aku kurang ambil tahu, tak turun latihan dan....



sampai sekarang, baju tu tinggal kenangan je. eh tapi...pernah masa kat U, tahun 2007, semester 3, kami jabatan sastera buat event, masa tu aku kena perform sekali lagi... cess, tunjuk terror lah kan..hakhak. padahal dah lupa dah..sekarang, kalau nak perform 99 jurus wajib tu, aku agak, ingat 5 je kot...hakhak. marahlah tok guru aku karang ni....



ni gambar candid je masa latihan jumpa dalam fs aku. 
nak korek lagi gambar tak tahu dah mana letak
 


Notabulan:
ada gaya tun teja, atau tun fatimah tak aku?hakhak 
apa-apa tun pun tak kisah, asal jangan tun mahathir sudah. dia lelaki woii...


6 comments:

Anonymous said...

cik soffya ada silat la..
cik paro ada taekwando tau!
jom kita berperang!!

soffya cik bulan said...

cik paro, yergh
mri berperang

sugar2 kapas strawberry said...

akk yg pakai bju serba hitam tu ke?seluar hitam..

ardinihumaira said...

meh dni wat silat terlak 30 point lima belas. hik3

Unknown said...

ni mesti urat tangan
timbul2 nie..!
haha..

Sheherazade said...

alahai memori,indah utk dikenang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SILAP MATA :)