Jul 22, 2010

Public Relation (PR) akak memang bagus...

sejak bila aku pandai berPR-PR pun aku tak tahulah... tapi sejak encik M menyebutnya hari tu, aku pun selalu terfikir benda tu. bagaimana ia bekerja, dan how pentingnya PR untuk dia, buat aku rasa nak tingkatkan had laju PR aku. mungkin juga momentum itu harus lebih, supaya kalau ada kayu ukur untuk menyukatnya, level aku harus lebih tinggi 2 inci dari dia. ah, tak kisah berapa pun, tapi harus tinggi dari dia, waima 0.0001 pun.


tahukah anda apa itu PR? sebab masa aku cakap macam ni kat geng bas sekolah aku dulu....

"entahlah budak baru tu...mungkin PR dia tak bagus kot..." eceh, tiba-tiba je pandai sebut PR orang, kan... tercengang budak-budak tu dan tanya, what is PR, dan aku dengan gaya berhemah serta berwacana bagai, menerangkan PR ala-ala kaki kelentong. haaiiih, aku pun tak tahu lah cuma tiba-tiba perkataan tu keluar dari mulut sebab encik M selalu sebut...aku faham lah benda tu, tapi nak translate apa PR tu dalam bahasa yang bagus dan benar, macam tak menjadi je.



jadi, aku tanyakan encik M lagi dan dia pun menjawab dengan bergaya. cess, perli aku lah tu... jadi, lepas tu aku selalu fikir, betapa pentingnya PR dalam diri. bagi aku, kalau PR kau bagus, orang campak kau kat mana pun kau boleh hidup, tapi kalau otak kau je pandai, tapi PR kau tak okay langsung, kirim salam lah bhai..



maka, bila aku tahu benda tu, aku selalu terasa sayang dengan pemupukan PR yang telah dibuat dalam diri ini setelah bergelar businesswomen, ohh bukan businesswomen yang ada syarikat besar dan pandu kereta besar, hanya part time sahaja, dan kecil-kecil sahaja. alhamdulillah, kalau campak aku kat mana pun, aku tak tersesat, aku tak terkulat-kulat, aku tak mati kutu setakat ni. even naik bas ke mana-mana saja seorang diri, even pergi kursus seorang diri, even jumpa customer baru yang macam-macam ragam satu hari.



kalau jumpa customer yang entah bila aku kenal, hari tu je baru kenal, jam itu juga aku boleh melawak bagai... "PR akak memang bagus..." ye, aku dengar sekali lagi mereka menyebut perkataan itu. tahu juga merek eh? (malu, malu). Aku mungkinlah nampak sombong kalau kau bagi first impression tanpa aku menyedari di situ ada kau, tapi, cubalah kau benar-benar melihat bagaimana aku survive dalam dunia yang pertama kali aku jumpa...



sebab tu aku selalu pegang, kalau komunikasi, PR kau bagus...insyaAllah campak kat mana-mana pun boleh hidup. sebab dengan komunikasi je, kau akan dapat pengetahuan, kalau tak, matilah kau... nak bertanya takut, malu... nak buat itu ini rasa macam-macam....dan itu juga instruktor kelas KPP memandu hari tu ada sebut. ye, saya setuju incik. ;]





Notabulan:
aku kena marah sebab masa sesi memperkenalkan diri dalam kelas KPP tu aku tak dengar jiran sebelah (lelaki) memperkenalkan diri sebab ralit bercakap dengan jiran sebelah aku ni... instruktor tu cakap, bila awak perkenalkan diri awak, dia dengar...hakhak, mestilah dia dengar, sebab dia kan nak mengurat aku...hakhakhakhak.

6 comments:

azmihamin said...

salam...
sudah tolong promosi blog anda di blog saya...
promosi blog saya pulak ;-)

http://phantasticaku.blogspot.com/2010/07/lagi-40.html

ezdevon said...

kak soffya sila ke page sy,,,,krn anda tlh sy tag utk menyertai lensa buruk d contest....bukan dipakse tp anda dikerah,,,heheheh...bace syarat dlu eh....thx..


http://ezdevon.blogspot.com/2010/07/lensa-buruk-contest.html

Unknown said...

wah..yakin je budak lelaki tu nak ngorat dia.haha...
kelakar..

CIKGU NAMAN said...

ingatkan page rank tadi..hoho

Entri terbaru chekgu

nak header percuma tak?

Kie-yu said...

belog pun ada PR gak
hee :D
page rank~

Sheherazade said...

ku fail bab2 ni :(,ajar in daku

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SILAP MATA :)