Jun 1, 2010

Lagenda budak Setan | Pre-wieving.

(gambar kredit kepada encik google)


Aku tengah gila teruja. Kenapa? Sebab aku tahu beberapa hari lagi cerita Lagenda Budak Setan akan ditayangkan. Kalau kau tahu betapa terujanya aku dengan novel itu, (kau boleh tengok di side bar aku, ada list novel kegemaran…) kau akan boleh agak bagaimana tidak sabarnya aku nak tengok filem Lag. Perkara yang aku bayangkan, filem itu mesti sama sebiji dengan novel asal, tulisan Ahadiat Akasyah. How crazy I’am to ahadiat? Huhh… tak dapat nak dibayangkan.

Awek cun? Balak cun? Tu antara novel beliau yang aku baca selain Lagenda Budak Setan. Semua kisah reality budak-budak kita. Bila kau baca novel-novel tu, yang kau tak tahu, tak dapat nak agak, macam bermain-main saja depan mata.

Contohnya, aku… aku tak boleh nak bayangkan (masa aku form 2 dulu la) bagaimana gayanya hidup lelaki dua alam… bagaimana cintanya lelaki berpakaian wanita kepada seorang lelaki… bagaimana desperatenya seorang nyah terhadap cinta seorang lelaki sehingga sanggup tanggung makan pakai lelaki yang diterujai… dan Ahadiat Akasyah menyajikan itu dalam tulisan-tulisannya…

Terima kasih buat penulis, kerana membuat aku faham… kenapa perlu faham? Sebab itu adalah realiti dunia. Jangan nanti bila orang bercakap pasal A, kau bercakap pasal B. Betul tidak?

Aku… memang 100% mengharapkan yang filem ini sama tak lari dari jalan cerita asal. Masa aku baca novel ni, aku bayangkan Kasyah adalah seperti lelaki yang style macam setan, tapi hati macam malaikat. Itu saja… aku tak bayangkan dia sangat handsome, tapi rambut mesti bukan stylo mylo. Tidak terlalu bergaya, tapi sedap mata memandang. Pendek kata, Kasyah pada aku adalah seorang yang sangat natural dan sederhana. Cewah! (kadang-kadang aku bayangkan yang Kasyah itu adalah Ahadiat Akasyah itu sendiri, boleh tak? hehe)

Ayu… aku tak dapat bayangkan kaulah! Tapi bagi aku… lisa surihani sangat cantik untuk watak ayu. Bagi aku.. ayu seorang yang tidak terlalu cantik, tetapi pastinya berkulit putih dan bisa menggetarkan hati lelaki yang memandang dengan kelembutan senyumannya. Ayu juga wanita yang nampak lembut, tapi peribadinya begitu kental dan semestinya sangat AYU!

Apapun, nanti kita tengok saja… adakah Kasyah dan Ayu dalam filem ini adalah seperti yang aku bayangkan atau tidak…



Pesan cik bulan:
Tak tahu lah boleh menonton secepat mungkin ke tidak… aku kat kampong atok. Jauh dari kota, jauh dari MBO, jauh dari SGV dan semuanyalah…tapi harap semuanya kembali tenang nanti. Aku dah lama meninggalkan keghairahan aku ni…L
Agak-agak nak menonton filem ni dengan siapa ye? o.O

8 comments:

helena's said...

cikhel pon sangat teruja nak tgk!

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

cerita yg aku nanti2 kan...
;)

naz said...

sgv apa ya? tgv saya tahu lah haha saya sana teruja

faizal said...

sy pon antara peminat ahadiat akashah..dan yg pasti novel lagenda budak setan la feveret sy..hopefully jalan cite filem nie same cam novel kan..klu same,,mg best laRr..gerenti x rugi klu g tgk kt wayang..

.::WaNiE::. said...

aku pun mo nengok ini citer

tp sbb ada lisa surihani ngn fazura hahaha

sbb aku xbaca novel2 AA

ardinihumaira said...

dni nak tengok jugak! ;)


Lace & Satin | Baju Pertunangan

Ajwin Ajeera said...

nk pinjam novel dia..heheh tgh teruja/semangat nk baca ni.haha

luvly mya said...

saya pun bayangkan kasyah tu macam ahadiat akasyah sendiri.haha ;p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SILAP MATA :)