Jun 19, 2010

kebetulan atau memang suratan | double S dalam kenangan...:|

pernah tak kau jumpa pasangan yang punyai kemiripan nama dengan kau? pernah tak? aku tak tahulah...mungkin sudah ditakdirkan, itu jadinya...kan? namaku safia, hurufnya 's'. cinta pertama aku (tika di tingkatan 6)... bermula dengan huruf s (syawadi, merangkak BFF aku sekarang), cinta di universiti juga bermula dengan huruf 's', cinta yang membawa pertunangan, huruf 's' juga, temanku si mangkuk juga huruf 's' dan teman yang baru ku kenali, turut bernama 's' juga...kebetulankah?



dan lagi kebetulan, jika ia punya kemiripan yang jelas. contohnya, safia dan  sapuan (cinta di universiti) tika ni kami digelarkan sebagai double s oleh kawan-kawan. kemudian, bekas tunangku...saiful vs safia, juga berdekatan.



dan sekarang...kemiripan yang ketara, teman yang baru ke kenali (kerana mereka sibuk mencarikan jodoh untuk aku. bertanya-tanya soal kahwin..haha..lawak..lawak...agak-agaknyalah, aku ni dan lanjut usia sangat ke? takut aku jadi andartu ye?huhu...), namanya ialah sufi damasutra



suffi, maksudnya...suci dan bersih. safia, pun sama itu juga maknanya...T_T


suffi vs safi~ wink* (ek? ececeh..saja je lah. nama tu saja yang mirip okay?rasa hati mungkin berbeza..kan?)



oh tidak... apapun jangan cepat membuat tanggapan. aku baru kenalinya... aku keliru. aku tahu harapannya besar, tapi aku? aku ingin menyatakan sesuatu, tetapi aku tak mampu. aku pernah mengharapkan cinta dari satu tangan yang memberi harapan, tapi rasanya mungkin cinta bertepuk sebelah tangan atau keegoan membataskan...mungkin. namun begitu, aku harap walau apapun yang terjadi, tiada insan yang akan berkecil hati dan walau siapapun yang aku pilih, aku harap semua orang berpuas hati...haraplah...



lalu, ku kini menyimpan hati (bukan ku kunci. karang, hilang kunci letih pula nak buka). biar masa, datangnya seru dan jodoh yang menentukan...ye tak? kan pernah ku katakan, kalau dah jodoh, takkan lambat atau cepat walau sesaat....:)



cik bulan:


double s-cinta teragung.mungkin juga cinta terulung dalam hidupku. masihkah kau ingat?


aku tak nak jadi macam sesetengah orang, desperate nak kahwin punya pasal, terima saja sesiapa saja, ohh tidak....simpang malaikat 44...


(ditulis pada:16.06.2010)

6 comments:

sugar2 kapas strawberry said...

dlu masa couple kami sama2 huruf H..

ahahah..tp tu dlu la..

berat jugak kes cik soffya ni..

ape2 pon berdoala dberikan jodoh yg terbaek..amin ;)

ayu humaira' said...

mungkin itu rencana dari-Nya...
dan ade hikmah yg tersembunyi..

.::WaNiE::. said...

good luck with this soffya

:)

Sharifah Ena said...

magic nya pia! aku pun tak pasan before this. sekarang baru aku pasan. hahaha...

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

moga ko dijodohkan dengan jodoh terbaek...
amin...

Unknown said...

tahniah ar sbb dpt teman yg sama pada nama...

saya pun ader teman yang sama..tp bukan pada nama..muka kitorang memang seiras...dah ramai dh org yg tegur n bgtau (siap tnya lagi adik-beradik ke?)..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SILAP MATA :)