Apr 27, 2010

Aiz! tolong cantikkan blog saya...

warkah untuk aiz yang kacak, segak dan budiman..:)



aiz,
salam rindu-rinduan dari bulan yang dipagari bintang.hehh



tidaklah hamba mengutus warkah ini jikalau tidak hamba mahu mengkhabarkan kepada tuan hamba, bahawa hamba membutuhkan pertolongan yang agak besar juga untuk hamba, tapi tidak untuk tuan hambalah.kenapa hamba meminta pertolongan ini?silalah tuan hamba membaca senarai sebab-musabab bukan sebab-akibat di bawah ini dengan teliti...:)




yang kesatu,
blog bulan ni design sendiri (hehh, design zaman hang tuah dulu dah ada ke belum ek?)jadi, pasti ia memang syok sendiri.wakaka.jadi, besarlah hati kiranya dapat tuan hamba mengubah ia menjadi yang syok tak sendiri.kiranya, syok ramai-ramai atau komang-komang pun syok berdua.hehh :P




yang kedua,
sudah memang ditakdirkan hamba sampai ke blog tuan hamba dan melihat kebolehan tuan hamba yang begitu menterujakan itu.maka,adalah elok kalau hamba meminta pendapat bernas otak kancil tuan hamba itu mengenai design2 ni.tidak begitu tuan hambar hamba?




yang ketiga,
hamba tengok blog tuan hamba sudah canggih-manggis manggih.hamba pun teringin juga seperti itu, jika tuan hamba tidak keberatanlah....hehh.juga seperti blog-blog yang tuan hamba sudah percantikkkan itu....:)



yang keterakhir,
hamba tiada sebab lagi..cuma mahu menyatakan pengharapan hamba agar permintaan ini diperkenankan,supaya tidak berputih mata, nanti terjadi gurindam jiwa, letih pula tuan hamba nak merawat lara...kan tuan hamba?



tuan hamba aiz,
hamba akhiri warkah ini dengan ucapan ribuan terima kasih yang tak teucap.hohoho (padahal dah ucap...)




p/s:okay, sesiapa nak mendesign blog tapi tak berapa reti, silalah minta bantuan kawan kita ni....si aiz, di http://colourmaster.blogspot.com

p/s/s:mari kita saling sokong-menyokong antara kita..:)

6 comments:

Sheherazade said...

wah3,semakin hebat safia ku didunia blog ini

fARahAnNa biNTi rAhmaN said...

Jom join blog saye

http://terataimewangi.blogspot.com

Ade yg menarik tau

Saye dah join blog awk…♥nice blog

Mak Su said...

wow! dia leh tolong cantikkan template kita?

FCUTEAM said...

hikhik... akak... nanti sy buat entry khas ye... ikut giliran... akak amik no giliran berape.. hikhik :P

FCUTEAM said...

no giliran akak ialah esok jatuh pada malam 29 april fool.... hikhik


komen i punya entry gak ye.. klik bertubi-tubi kat sini >>BAGAIMANA NAK JADI BLOGGER YANG DIKENALI RAMAI DENGAN BERKESAN !



Cikgu Dahlia said...

aha... siap bermadah tuu :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SILAP MATA :)