Dec 25, 2009

tukar nama.boleh?

pia announce satu lagi perkara ye bertepatan dengan maal hijrah, ada lagi satu perubahan... mulai hari ini, 25 dis 09, secara rasminya blog pia bertukar nama kepada soffya86@blogspot.com. sebenarnya, pia bkn suka sangat tukar2 identiti ni dan pia pernah berniat utk kekal dengan identiti tu sampai bila2. tp benar kata orang, pendirian manusia adakalanya boleh berubah2. begitulah jua pia.

sebabnya, pia agak ralat hari tu, bila ada seorang teman yang menegur di FB pia (teman dari seberang). katanya, nickname pia pakai gadismanis tu tak sesuai dan ia merupakan satu nama yg tidak jelas dan ada unsur konotatif makna.hu3. sebab, ada yg pakai utk makna di sebalik. ertinya di sini, ia punya 2 makna iaitu, yg positif dan negatif. negatifnya wujud dalam konteks dunia siber.

ya, tak syak lagi bila pia search je kt enjin pencarian yahoo, aduhhhhhh...rasa geram dan menyampah!!! atas dasar itu, pia rasa terdesak sgt nak menukarnya tapi belum punya kesempatan. tp hari ini, ia berjaya direalisasikan. alhamdulillah!

paling ralat, bila siang taid, si farhan, anak buah pia asyik senyum sumbing dan sengih mengada-ngada bila dengar title blog pia ni.hua3.malu eden...dalam hati (konfem, aku tukar lepas nihhh!!!), dan tetiba wujud rasa malu nk bagitahu kpd k.ely (ibu si farhan) bahawa begitulah bunyi title blog pia...keh3.

sekarang, confirm dah tukar.sila alert ye...segala kesulitan harap dimaafkan...

owner,
=pia=

pia:sebenarnya, pia masih mencari2 title yg sesuai untuk blog pia. buat masa ni, itu je yg dapat. ni pun, sbb hari tu, ada selak2 diari lama...dari situ, dapat tahu bahawa dari form 2, 3 lagi asyik buat emel guna nama safiey_din or something like that la... (lupa dah) hehe, dah pandai ye walau ketika itu berusia 14, 15 thn...(senyum sendiri bila kembali teringat pada zaman sek men rendah yg meriangkan)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SILAP MATA :)