mungkin sebab pelajar sekolah agama kot (ececeh). walau perangai buruk tapi takdelah buruk mana dorang ni. (dorang je, bukan aku). kalau muka rock kapak pun, tapi hati pesen ada taman. gitulah kira... so, amalan hormat-menghormati dan tegur-menegur antara satu sama lain tu memang dah sebati.
so, memang lah dulu sekolah agama kan... tapi bila dah besar dan ada haluan masing-masing, tiap orang punya cara sendiri lah kan. tapi walau cara kita tak sama, tapi masing-masing tetap ada sikap toleransi.... maksudnya, kalau kau still pakai tudung labuh tapi tetap boleh kawan dengan kawan yang dah tudung tak berapa labuh. atau mat rock tetap boleh kawan dengan pak ustaz, contoh lah kan....
lagipun, masa tu jiwa remaja. ada yang memang tak tahan dengan rules sekolah agama. so, masa form 4, jiwa meronta-ronta dan memberontak nak tukar sekolah biasa. atau koman-koman pun, nak masuk sekolah teknik. (termasuklah si tukang tulis ni. tapi cikgu tak bagi pindah, sebab debaters kesayangan cikgu. hek eleh) sebab, tak kena dengan jiwa. biasalah, budak-budak baru nak up kan. lagha. ikut hati je semua. dah asyik kena dengan ustaz, sebab tudung singkat, kapel, ponteng kelas atau yang duduk asrama rasa terikat sangat sebab jarang dapat outing. itu antara masalahlah... lain-lain masalah pun banyak lagi.
so, masa aku naik form 4, dah tinggal beberapa kerat je. yang memang muka pun stok-stok pak ustaz atau ustazah (ayat poyo haha). pendek kata, masa aku duduk dalam kelas 4,5 sains tu, memang geng-geng aku je lah yang bermasalah (sebab tu geng kitaorang takde masuk U lepas SPM. hu sadisss. nasib baik, dapat tebus balik kekalahan tu masa STPM) . so, masa form 4,5 ni, geng-geng yang tinggal memang agak rapat lah each other. pendek kata, even aku kelas 4 sains, tapi aku ni dah macam budak akaun. sebab selalu sangat melawat kawasan- tak kelas 4PA1, 4PA2 atau 4PA3. sampai cikgu asmadi iaitu cikgu disiplin yang merangkap cikgu bahasa melayu kelas aku selalu perli macam ni 'ha, mu dari mana? dari kelas geng-geng mu hok hujung-hujung tuhh??" perli dalam senyum. makan dalam. tapi muka tetap selamba... kan...
yang agak menyedihkan, a few years ago, dua orang schoolmate telah pergi menemui Ilahi dengan cara kemalangan, iaitu arwah hafis dan najmudin. memang agak rapat dengan dorang, so pemergian dorang amat dirasailah. tapi yang pergi tetap pergi kan... so, kita kena redha dan berdoa untuk kesejahteraan mereka, kan....
so, yang hidup ni, iaitu kami-kami ni... ukhwah terus terjalin. even sebelum fs, facebook ada lagi kami memang dah selalu jumpa-jumpa... sampailah ada fs, fb ni, lagilah widespread. so, dari geng-geng yang kecil, sampailah budak-budak alfalah yang hanya sekolah form 1 hingga form 3 tu. yang hanya masa tu kenal suam-suam kuku je, sekarang dah jadi macam isi dengan kuku (perumpamaan baik punya kan...?).
sebab tu every year kami mesti ada renioun atau small gathering.... dari masa ke masa. terutama masa hari raya. memang besttt.... seronoks tak terkata bila jumpa. hope sangat hubungan kami ni akan berkekalan hingga ke akhir hayat... even masing-masing berbeza pendapat atau ideologi ;)))
nanti me share gambar kiteorang dari dulu sampai sekarang eh dalam next entry. ada yang buat gelak terkangkang-kangkang kalau tengok... shhhuuuuhhhh ;P
#banyak geng... geng sekolah rendah (SKSB), geng sekolah menengah (SMAAK), geng form 6 (SMKC) dan geng UPSI. semua ada cerita... ;))
majlis berbuka puasa hari tu... 28.8.2011
latest... makan-makan petang kat otak-otak che wan. 26.10.2011
;)))
No comments:
Post a Comment