Assalamualaikum w.b.t...
wahhh... banyak gila habuk ha... kasi tiup sikit . sapu bersih ;P yuhuuu, lama gila tak update belog nihh. banyak gila cite tak cite. yelah, dah private kan, buat apa nak update. urm, kenapa private? saja, meredakan ketegangan. oleh sebab itu, ada entry yang telah didelete. demi menjaga hati orang sekeliling dan menenangkan suasana.
sebab masa nak taip tengah marah-marah tu, tak terfikir pulak, even kita marah kat orang lain, kita masih ada lagi orang yang kita sayang kan...? dan kita nak tengok dia bahagia menjelang hari bahagia dia kan... ?dah kita sendiri tahu dia sakit dan menderita... buat apa kita nak tambahkan lagi bebanan tu.... bukankah segalanya sudah tersurat? maka redha. itu lagi baik. bukan?
maka, tinggal beberapa hari lagi ni... mohon tuhan menguatkan hati-hati kami yang terbabit... jauhkan kami dari bergundah hati. penuhi hati-hati kami dengan kesabaran dan ketenangan... amin...
mohon jugak dipermudahkan urusan aku untuk berhadapan dengan mereka... mohon mereka akan lebih mengerti dan memahami, kerana sesenyum-senyum dan segelak-gelak aku, ada tekanan yang terbeban sebenarnya di dalam. bukan lagi bersedih, tetapi tertekan. sebabnya... aku belum dibebaskan dalam lingkup ruang yang aman. aman dengan life aku sendiri... tanpa ada sesiapa nak sekat, mengawal atau ambik tahu 24 jam tentang diri aku sedangkan dirinya sendiri pun bakal dimiliki oleh orang lain beberapa hari lagi... bak kata kak k, itu obsesi namanya. dah kalah retis kau pia. hahaks, retis lah sangat kan kak? ;P
No comments:
Post a Comment