Feb 27, 2011

Gejala PMS yang menjadi-jadi

macam aku cakap sebelum ni, aku bukan jenis orang yang suka beremosi tak tentu hala. sekejap okey sekejap tak. tetapi, bila Premenstrual syndrome (PMS) melanda, aku memang pelik sikit. perasaan aku ni boleh jadi 200% sensitif dari biasa. entah. aku pun pelik. benda yang kecik pun aku nak touching-touching.


sepatutnya, hari ni aku nak siapkan banyak kerja dan standby banyak benda. esok aku ada obersevation dari PK pagi kalau dia berkesempatan. so, aku nak standby banyak barang. tapi alih-alih, aku kelip-kelip sorang diri. lepas satu-satu blog aku baca, aku gelak, aku komen, aku pangkah. tak ada motif langsung. satu benda kerja pun tak jalan. haihhhh. ;'(



nasib baik jugaklah, semua kerja rumah, mengemop, menyental baju, mengemas bilik, melipat baju semua dah setelkan jugak pagi-pagi lagi... kalau tak sampai petang agaknya duk kelip-kelip macam ni. blur. bila aku celaru macam ni kan, hari ahad pun aku tetap tak tidur lama...tetap pagi-pagi buta lagi aku dah bangun... pukul 8 lagi dah bergegas.



begitulah hari ahad aku yang sekadar duduk kelip-kelip, termenung dan blur.......entah.

1 comment:

Liza said...

Hai Cik Sofia. Lama tak berkunjung ke sini..... Sihat?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SILAP MATA :)