bila tulis-tulis soalan ni kan, teringat balik zaman sekolah dulu. kalau nak ikut BEZA, memanglah beza sungguh sekolah zaman sekarang dengan dulu. apatah lagi, budak-budaknya... teman idokler mahu mengatakan budak-budak sekolah sekarang jahat-jahat, tetapi banyak bezanya...
dan bila jadi cikgu ni, satu yang teman rasa sangat... ohh inilah perasaan cikgu aku dulu ye. dulu zaman sekolah teman idokler baik bebeno, agak nakal, tetapi agak aktif. tetapi masa tingkatan 6, teman sangatlah rajin dan aktif. buku selalu baca dulu sebelum belajar. dan bila masuk pelajaran baru, teman selalu dapat jawab dan bagi pendapat itu ini.
samalah jugak bila mengajar ni, ada budak macam tu. selalu angkat tangan nak jawab. hehhh, dalam hati teman, baguihhh, tapi kadang-kadang terasa, kesian pulak budak yang slow-slow lain tu. nak jawab segan takut salah. yang pandai ni pulak asyik dia aje. walaupun teman dah cakap, yang berdiri aje jawab. tau dia tahu, tapi bagilah can kat kawan-kawan lain yang nak mencuba kan?
teman pun agak, sebab bila teringat balik, cikgu Pengajian Am teman masa tingkatan 6 dulu pun muka dia kadang-kadang kelat aje bila teman aje asyik nak cakap, nak angkat tangan. sebab teman ni rajin membaca, lepas tu soalan level tinggi aje nak tanyan cikgu. mesti dalam hati dia pun menyampah dengan teman. hak hak. sebab itu yang teman rasakan jugak sekarang.... ha ha.
dan, sekarang, teman terpikior, kesiannya cikgu azriku dan kawan-kawanku dulu....................
psst...
tak nak bagi can langsung kat orang lain. hak hak[auto post yang terkeluar bukan pada waktunya. isk]
2 comments:
Wahh cikgu!
memang patut jadi cikgu..
Saya dulu bila cikgu tanya, mcm nak sembunyi muka bawah meja supaya cikgu tak perasan kita ada di antara semua murid 2 itu.
buat elok2 soklan tu iyer cikgu safia jgn buat jawpan pulak hi3..jgn marah..
psst cikgu2 xnak beli mousepad ke?
meh2 pi sini
http://uruchimaru-kf.blogspot.com/2011/01/merajuk-dengan-ebay-jadi-saya-nak-jual.html
Post a Comment