Jan 1, 2011

01.01.2011 dan Persiapan KAHWIN!



dah nak masuk 02.01.2011 pun... lagi tak sampai 10 minit. actually, dua hari kat rumah makcik terlupa bawak ladtop, jadi tak beronline lah jawabnya. tapi rasanya kalau bawak ladtop pun, memang tak ada selera nak online sebab penat sangat. dua hari ni keluar je pun...


semalam temankan adik pergi beli barang-barang kahwin. konon nak pulun sale yang ada kat KL ni. sudahnya, tenggelam dalam kesesakan manusia. barang yang letak sekejap, lesap dalam masa 30 saat. eceh, nak gambarkan kat korang macam mana sesaknya sogo 31hb tu.... sudahnya ke KLCC dan ke mid valley, hampa jugak. yang nak tak ada, yang tak nak, ada je depan mata. ciittt.



macam nak tercabut kaki semalam. nasib naik train, kalau tak, mahu makan asap dalam jem. sudahnya, barang tak dapat semua, perut je kenyang memanjang. hari ni pulun lagi... jusco bukit tinggi dengan sunway piramid jugak boleh harap. termakbullah permintaan merek berdua, datang dari terengganu untuk menjejaki brand-brand barangan idaman... T___T alhamdulillah.... tak sia-sia...



ohh ye, nak tanya, kat KL ni mana nak tempah kad kahwin MURAH-MURAH? [nampak tak murah tu capslock dan bold di situ, maknanya murah itu diberi penekanan. kekeke] sebab kat terengganu, kad yang sama dengan sini, rasa harga dia lagi mahal.. so, biarlah sebagai kakak yang baik hati, saya ini yang pergi menempah kad mereka. (baik kan saya? cepatlah cakap baikkkk....hak hak)



ohh ye... persiapan kahwin tu, persiapan kahwin adik saya ye... saya ni walimatul urus aje... =P. tengah fikir ni, hadiah untuk langkah bendul nak mintak apa ye? boleh mintak kereta sebijik tak? o,0



ohh ye selamat tahun baru semua! mesti panjang list azam baru kan? semoga kalian berjaya mencapainya segera. insyaAllah! semoga segalanya yang terbaik untuk kita tahun ni dan seterusnya....amin....

5 comments:

Liyana said...

aah la nk tau jgk.. kad kawen kt kl ni mane yg murah ek... hmm

.::WaNiE::. said...

Kad kawen murah rasanya kat kelantan la soffya

Unknown said...

bila kah majlis besar si adik tu?

kakak pulak bila lagi?

FIFIEY LYCHEE MARATION said...

sis, selamat tahun baruu,,

mmg macam2 list azam buat tauu.. tp tatauu lah jd hapee entah smpai ke akhir tahun ni,, haha.. semoga sahja tercapai semua hajat kita yee:DD

happy new year again!

ch!natsu said...

selamat tahun baru..
sorry cant help..
mmg xtaula klu bab2 nak cr brg kawen neh..
apapun hope u'll it find soon.. =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SILAP MATA :)