Dec 1, 2010

jatuh kerusi sebab make up? apa ada hal ye dak?

memandangkan aku ini guru baru, yang perlu mengisi form itu ini yang memerlukan pula gambar ukuran pasport untuk pengisian borang, maka berlari-lari anaklah aku pergi kedai gambar untuk mensnap gambar. kalau diikutkan hati, mahu je aku snap gambar kat rumah berlatar belakangkan dinding rumah berwarna warni, tapi takut direject awal-awal. maka tidaklah diteruskn niat suci itu.


bila pergi kedai, pergilah secara berjemaah. lebih afdal kata orang. maka bila buat onar, pasti jugak ramai-ramai ye dak? nak dijadikan cerita, sampai je, aku cakap, make up dulu boleh? eceh, gaya artis je kau kan. nak lebiiiihhh aje. budak muda tu kata boleh, boleh. cina ma...


masuklah menempek apa yang ada kat dalam tu. so, kawan aku buat dulu satu satu. then, bila giliran aku, budak-budak ni duk kutuk akulah sebab paling lama make up, tapi macam tu jeeee...tak lawa-lawa pun. hehhh. yang best tu, masa nak duduk atas kerusi tu macam mana lah aku boleh nak jatuh. bontot terkehel sikit dari kerusi. hakhak. nasib baik tak terkangkang je kat situ ha, lagi niaya.


alamaknya pecahlah gelak aku. yang tak tahan tu, bukan aku je gelak, uncle tua yang nak ambil gambar tu gelak sama. terhinjut-hinjut pulak tu eh dia gelak. mambang betullah. makin lah aku nak gelak sampai tak boleh nak ready untuk snap. amboii uncle, seronok gelak nampak? mesti uncle tu cakap, tak pernah-pernah ada customer aku jatuh dari kerusi itu macam. dah lah make up kemainnya lama... tak berbaloi langsung. hehh.


yang best tu jugak, kawan-kawan aku tak perasan accident tu. jadi mereka gelak kat aku sebab tengok aku duk tergelak-gelak kuat. apa kehal lah pia ni... sempat lagi nak gelak tu. lagilah pulak aku nak gelak dan gelak lagi. hakhak. berapa banyak gelak dah... persoalannya di sini, berapakah bilangan perkataan gelak dalam entry ini. siapa cepat, dia dapat pelempang laju-laju sorang satu. =P


kemuncaknya, bila keluar bilik, aku cerita lah balik kat kawan-kawan aku kenapa aku gelak tadi. biasalah bila cerita mesti sekali dengan gaya-gaya dan volume suara yang memukau jiwa. dan-dan je, budak cina muda tadi yang aku tanya nak pergi make up dulu boleh ke tak tu dengar jugak. dia tengah lunch dalam kedai tu pun terkekek-kekek gelak. cinabeng betul. malu iiii tauuu...  bertambahlah panjang gelak kawan-kawan aku kan. ewah-ewah, joli dorang gelakkan aku hari ni ye. tak apa, ada lori ada bas okeh.


sebut pasal make up ni,  aku make up biasa-biasa je. bila keluar, itu je cara aku make up. sama je pergi mana-mana. tapi dulu, aku tak reti langsung pakai foundation. sekarang, dah reti pakai dah. bedak myami tu, aku basahkan, so jadilah foundation kan. nak try beli yang asing-asing punya, tapi tak reti warna apa yang sesuai. ohh ye, untuk bedak myami aku pakai no.3 sebab tak nak nampak sangat pakai bedak. so, ia sesuailah untuk kulit gelap aku nihhh.


apapun, buat uncle, anggaplah peristiwa tadi tu rahsia. janganlah dipertontonkan kepada umum jikalau ada rakamannya. hakhak. buat korang, kalau nak duduk atas kerusi duduk betul-betul, karang jadi macam aku. nasib tak masuk paper =P (perasan artis-iyelah, macam jaclyn victor jatuh tangga masa konsert hari tu (^,^)


nah, gambar budak yang konon-konon make up lama tapi lepas tu jatuh kerusi. tak cool langsung.  sorry, penataan cahaya lebih maka saya kelihatan seperti putih. hehh.


pesan tahi bulan:
banyak duit melayang hari ni beli keperluan rumah.... maka tolonglah beli-beli tudung saya secepat mungkin supaya dapat tabungan balik. hehehe

3 comments:

Sheherazade said...

erk....snap kat kedai dkt dgn malis ke?

Gee Jah Noor said...

wahh template n header baru..cantik..baru pasan..hehe...

KE said...

ingat nak letak gambar pasport tu. hahaha. ops lupa. takde orangnya dah jatuh. tinggal background je. hehehe. jangan marah gurau je. :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SILAP MATA :)