Dec 1, 2010
Aku blogger! So what???
aku agak dah lama gila tak join segmen yang ben ashaari buat. bloglist dia pun aku dah tak diterlistkan dah. sebab dah tereject sebab tak peka. tapi kali ni, sebab aku pun nak buat karangan jugak kan, naklah masuk segmen ni. iyep, aku blogger, so what kome? hehh, tiba je campur perak pulak.
kalau cakap pasal aku, tengok kat side bar blog ni pun dah boleh agak aku ni siapa dan macam mana. actually, dulu aku tulis blog kat friendster aje, tapi bila jumpa blogspot, terus tukar. mula-mula, pakai URL ni, gadismanis. blogspot, tapi sebab tiba-tiba je rasa malu-malu kucing kan, aku tukar jadi soffya86.blogspot pulak. dah lama blog ni, sejak 2008 kot, tapi aktif awal tahun ini. orang ganu. aku ni memang dari kecik nak jadi cikgu. ha sekarang dah dapat jadi cikgu. alhamdulillah, syukur... so, mengajar kat setapak mulai tahun depan. 24 tahun. bujang. penjual tudung. aku cakap sambil menulis masa tulis blog, jadi kalau baca, boleh agak dah aku macam mana, kan?
kalau cakap pasal blog pulak, aku rasa blog ni medium terbaik kot untuk social networking. sebab, dengan blog, bukan saja boleh tulis, boleh pulak letak gambar. nak lebih lagi, letak pulak video. dan tiap-taip perkara itu boleh dihuraikan secara mendalam. berapa banyak nak tulis pun orang tak marah, kan? free pulak tu. jadi, bagi aku ia medium terbaik untuk cakap pakai tulis dan kemudian, kenal-kenal dengan orang lain. malah, apa yang ada dalam kepala otak kita, mungkin juga ideologi kita, apa-apa sajalah kita boleh share kat sini. apapun, setiap yang baik, pasti ada je keburukan, kan? sebab apa, sebab yang menggunakannya manusia. so, kena pandai-pandailah nak pakai kemudahan ini.
positifnya dalam dunia blog ni untuk aku ialah tentang fashion kot. sebab aku rasa, kerana bloglah, fashion apa-apa entah, yang rare, yang awesome yang cute miut segala boleh dicapai dengan klik-klik saja. kalau tak ada blog kan, aku rasa mati kutu jugak nak fikir, eh apa fashion sekarang eh? elehh, gaya aku cakap macam aku ni fashionista jeee. he tak okeh. aku suka ikut fashion aje, tapi ikut-ikut jugak, kalau fashion yang tak sesuai untuk aku, pelik semacam je, memang aku tak ikut meskipun fashion tu tengah tops sekarang.
negatifnya pulak, biasalah, bila dah ada blog ni, makin banyak masa aku nak habiskan kat sini. lepas tu, susah nak control mana privacy ke tak. kadang-kadang semua nak cerita. semua gambar nak letak. itu sendiri mau ingat lah.. tapi kadang-kadang tu yang tak ingat tu. dan pernah lah sekali, aku ada komen kat kawan blogger ni, pendapat aku. alih-alih dia pergi buat satu entry untuk membalas komen aku tu. sedangkan niat aku baik nak tegur dia sebab macam sama-sama naik dalam dunia blog kan... erm, tapi apa ada hal ye dak? senang saja, jangan masuk lagi blog itu. sudah kan?
bila kita buat apa-apa, mesti ada target. bodoh lah kan kita kalau buat apa-apa buat sebuat-buatnya je. sama jugaklah dengan aku. glamour atau ayat sedap sikit, dikenali, itu tak boleh dinafikan. sebab benda ni saling berkaitan. kau glamour, blog kau ramai baca. bila makin ramai orang baca blog kau, kau lagi glamour. semua bersangkutan. sama jugak dengan aku. aku harap blog aku yang glamour, sebab itu sajalah kot pengukuran terpenting bagi seorang blogger. sebab bila blog dah glamour, trafik pun akan naik. itu tunjukkan, apa yang kau tulis, dah tak sia-sia. memang ada orang baca. tapi biarlah semua kerana blog kita tu memang bagus, okeh?
bila dah jadi blogger, yang paling aku suka ialah kawan-kawan aku sendiri yang baca blog aku. tu kebanggaan yang amat. sebab, kadang-kadang ni, kawan-kawanlah orang yang sebenarnya tak suka tengok kita maju sikit, ye dak? so, bila kawan-kawan aku baca, means mereka masih ambil tahu hal aku. dan baca update aku kat facebook. even mereka tak pernah komen, tapi bila lepak-lepak kan, atau cakap kat fon kan, terkeluar ayat dorang, eh blog mu ork kelakar gila.. atau bodoh ah mu ni tulis, lawak gila.. he, means dorang ada bacalahkan? atau, "eh mu rindu lagi dia ke?" "ye... aku tahu, aku baca dah blog mu hari tu..." erm, so kantoilah kan? so yes, aku nak cakap, aku bangga jadi blogger. sebab bukan senang nak jaga blog ni lepas tu nak tulis entry, mahu demam fikir isi, tapi bila dah dapat tulis, kira satu kejayaan lah kan? dan bila ada yang baca, itu satu kebanggaanlah jugak kan?
p/s:
dah siap kan? kalau korang baca macam ada yang tak best je statement aku, aku dahului dengan permohonan maaf...:] yang penting, aku tak suka sembunyi apa yang aku nak, niat aku semua. tak sukalah hipokrit-hipokrit. jadi je diri sendiri dan bergerak dengan kehendak kau... baru lega dan aman terasa dunia ni. ye dak? lakukan, apa saja, asalkan ia tak bersalahan dnegan etika, agama dan undang-undang. ok? chill.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
10 comments:
bagus2...like
huu~,bile jumpe nti nak mtk tlg make up blog ku yg huduh??
kawan kawan baca lagi best, tapi klau xde sape nak baca, tu yang parah. kn?
betul kata cik pia, blog la yg buat rmai org terkenal dgn fashion.klau blog x wujud, mungkin sush diorang yg femes ni nak femes..
wahh panjangnya penerangan..memang gaya seorang guru..hehe..
blog ni memang bagus..banyak tips2 yg pia share.. :)
salam. yups, betullah. Bila ada orang baca, ianya satu kebanggan selepas berhempas pulas pikiaq idea nak tulis pa..hehe. Seronok dapat buat orang lain gembira sebab kita~
yeah!!org ganu..
ganu blh..
salam blogger, teruskan brblogging yaa, datang dari segmen abg ben, jemput ke blog buruk saya jugak ea (:
haruslah bangga bila anda seorang blogger.. :D
keep it up!!!
salam ziarah..=)
Класс, Я согласен с вами
привет, Прошу прощения, что я Вас прерываю, есть предложение пойти по другому пути.
Post a Comment